Pengikut

Isnin, 25 Januari 2010

yang melukakan isteri.....



"Dan daripada tiap sesuatu itu, kami telah jadikan berpasang-pasang.Mudah-mudahan kamu semua ingat mengingat."Az Zariyat : 49


LELAKI boleh melukai wanita tanpa disedari. Tanpa sengaja tapi wanita menggangap itu disengajakan.

tapi lelaki kena faham bahawa ada perkataan atau tingkahlaku yang kita rasa 'biasa' tetapi ianya melukakan hati wanita dan mereka amat sukar pula untuk melupakannya.

antara yang menyebab wanita mudah terluka:
1. suami tidak romantik.

ketika tiba hari ulangtahun perkahwinan misalnya. Si isteri mengagak tentu suaminya akan menghadiahkannya sesuatu sebagai tanda kasih suami padanya.

bila tiba harinya..... suami nampak biasa saja.

isteri bertanya... abang ingat tak? Ingat apa ..... tanya suami?

Oh! beli roti tuuu.... maaflah abang lupa..... nanti petang abang belikan.

Bukan itu bang..... si isteri sudah mula mencuka.. Abang memang tak kisah. Bukan nak ingat pun hari penting dalam hidup kita.

Oh! itu.. nasib baik awak ingatkan. Selamat ulangtahun perkahwinan ...sayang... tak sedar ia kita dah makin tua.Berapa tahun dah kita kahwin?

Si isteri menutup muka sambil berlari masuk ke biliknya.

Sudah tentu dia sangat hampa dengan sikap suaminya. Waktu berkenalan dulu pelbagai hadiah diberikan. Bila sudah berkahwin , suaminya sudah buat layan tak layan.

Hal seumpama itu selalu berlaku.Kata-kata dan sikap seperti di atas memungkinkan si isteri meluahkan rasa luka hatinya kepada orang lain yang dipercayai, mungkin adik-beradiknya atau kenalan rapatnya.


41 ulasan:

  1. Salam,
    Aaa..selalu gitu la orang lelaki ni..tapi my loving hubby dia buat reminder h/p..so tak le lupa..saya pula yang kadang-kadang terlupa..

    BalasPadam
  2. salam..

    heeeeeeeeeee
    tu la pasal. lelaki ni kalau dah kahwin, romantik2 nih bukan perkara utama lagi.
    ya ke?

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz..

    suami kakcik bukan seorang yang romantik dan bukan seorang yang mengambil berat hal2 yang berkaitan hari ulang tahun. Tapi, selagi kakcik tahu dia sayangkan kakcik, kakcik sangat bersyukur dan berterimakasih kepada Allah yang menjodohkan kakcik dengannya. :)

    BalasPadam
  4. abu muaz
    sifat saya pun sebiji macam sifat suami kakcikseroja.. Alhamdulillah, bulan Ogos nanti, insyaallah genaplah 30 tahun saya berkahwin dengannya (sahaja).

    BalasPadam
  5. Salam ukhwah...

    Suami ana pun seperti suami kak chik,ana sendiri pun tak kisah bab-2 begini kerana apa yang penting kasih sayang antara kami sentiasa di semai dan dibajai setiap hari dengan caranya yang tersendiri walaupun tanpa kata-2 dan ucapan yang berbunga-2.Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kasih sayang yang wujud antara kami.

    BalasPadam
  6. salam abu muaz..,

    Suami saya juga seperti al-lavendari . no,no,no.. bukan usia , sbb dia muda sikitttt ... tapi sifatnya .


    and... dah jodoh kami , kebetulan saya jenis isteri yang tak banyak songel dan cerewet . As long as dia bertanggungjawab dan sayangkan saya dan anak2, itu sudah memadai .

    syukran...syukran ... heheee

    BalasPadam
  7. Salam Abu Muaz. Saya akui saya selalu melukai hati isteri saya. Sukarnya mulut lelaki saya untuk mengakui kesilapan demi menjaga ego. Namun, apa yang selalu saya lakukan ialah dengan memeluk beliau dan mengucup dahinya ketika beliau tidur. Dan ketika itu juga saya mohon maaf. Saya tahu dia sedar dan dapat mendengar ucapan saya. Saya memang ego dan isteri saya tahu akan hal ini...

    BalasPadam
  8. persennya memang lelaki cam tu la, diciptakan plak pompuan bersifat suka memikir yang remeh pada fikiran orang lelaki maka terciptalah seni kata 'sedangkan lidah lagi tergigit' supaya hubungan tu sentiasa segar walaupun dengan cara 'mencuka'

    BalasPadam
  9. saya tak ambik kisah pun pasal harijadi saya atau suami,begitu juga dgn dia kadang harijadi saya sendiri pun saya x ingat!!...tapi kami akan meraikan harijadi atau hari2 yang bermakna buat anak2 je..yang penting kami hidup berkasih sayang dan aman sejahtera!!tahun ni usia perkahwinan dah menjangkau ke 20 tahun!!!

    BalasPadam
  10. Indahnya anugerah kasih sayang yang Allah hadiahkan buat pasangan2 solih dan solihah...bernaung di dalam rahmat dan kasih sayangNya...apapun ciri2 suami anda.terimalah ia seadanya kerana itu anugerah Allah...hidup itu saling melengkapi...

    BalasPadam
  11. Selamat petang isteriku..InsyaAllah abang tak cari lain..

    BalasPadam
  12. abu muaz seorg yg romantik ke?

    BalasPadam
  13. kadang2 tak sengaja...bukan niat gitu...tapi kalo dah lama kawin....takde masalah pun sebab dah terbiasa gitu...

    BalasPadam
  14. Suami kena belajar menjadi lebih peka.

    BalasPadam
  15. Salam abu muaz,
    Ada suami yg tak ambil kisah sgt perkara2 ni dan ada yg terlebih romantik. Pergi candle light dinner suami isteri sehingga tinggalkan anak2 di rumah.

    Ikutlah keadaan. Kalau yg anak dah berderet tu ada cara nak tunjukkan kasih sayang. Tak semestinya beri bunga dan kad ucapan setiap tahun. Yang penting element of surprise utk menunjukkan kita cinta dan kasih pada pasangan.

    Hanya pandangan saya.

    BalasPadam
  16. Salam abu muaz,
    saya cuba nak jadi pengikut awak tetapi dah tutup ke? ngeh3x

    BalasPadam
  17. salam,

    ingat nak copy paste ikon2 dah gaji tu kat sini, tapi tak keluor pun
    heeeeeeee
    x leh kot
    sori

    BalasPadam
  18. salam abu muaz,
    suami saya pulak memang akan terlupa birthday anak-anak tapi birthday saya, tetap ingat..anniversary..kadang-kadang ingat...
    tapi tak kesahlah...
    sepanjang tahun dia dah menjadi suami/ayah yang baik kepada kami sekeluarga...tak ada apa lagi yang nak di minta....hanya syukur ke hadrat ALLAH snw.

    BalasPadam
  19. Salam Abu Muaz,

    bagi kak tak pa lah tak romantik sangat pun tentang anniversary atau birthday ke asal tetap ambil berat hal2 keluarga. tetap bersyukur kpd Allah, kekalkan jodoh hingga kini.

    BalasPadam
  20. kenapa org2 eropah boleh romantik sampai ketua?

    teringat lak semasa saya digerman,
    kat taman2 yang tenang, berpasang2 orang tua berjalan pimpin2 tangan. yang suami menolak kerusi roda isteri,
    romantik jer...

    BalasPadam
  21. hahahaha... slot di atas macam dalam drama swasta...

    BalasPadam
  22. yohteh : kalau yusof haslam terbaca blog aku niii...

    BalasPadam
  23. blueCITY :kita sepatutnya lebih lagi dari orang eropah tu.Romantik,romantik nii nabi kite ajor belake doh. mandi bersama tuuu... lama doh nabi buat.

    BalasPadam
  24. Werdah : kekal jodoh sampai akhir hayat insyaAllah

    BalasPadam
  25. Ibu n Abah :tahniah memiliki suami yang baik

    BalasPadam
  26. Yunus Badawi: t.kasih kerana sudi singgah di sini.Selamat datang dan rajin-rajinlah merayap ke sini.

    BalasPadam
  27. Cikgu Jang :lama sangat dah kawin jadi gitu ya... kawinlah lagi cikgu.

    BalasPadam
  28. relevan :tabik spring untuk tuan.

    BalasPadam
  29. zue : tak tahulah saya. ini kena tanya my wife.

    BalasPadam
  30. Husin Husaini :betul tu hidup memang saling lengkap melengkapi. Baru aman bahagia.

    BalasPadam
  31. hai:usia perkahwinan 20 tahun sudah ya...tentu banyak pahit manis bersama.

    BalasPadam
  32. cemomoi :ha,ha, pandai anak bapak.

    BalasPadam
  33. maiyah :betul tu maiyah, kalau sudah terluka tentu sukar diubati.

    BalasPadam
  34. Mybabah :kalau tak ego bukan lelakilah tuan.

    BalasPadam
  35. LiNda : oklah tu, yang penting kita mengenali dan memahami antara satu sama lain.

    BalasPadam
  36. sekuntum mawar berduri:amin!

    BalasPadam
  37. al-lavendari:tahniah tuan , 30 tahun tu dah kira lama.Nak masuk skim pencen dah ni.

    BalasPadam
  38. kakcikseroja : betul kakcik.Serasi tu mustahak.

    BalasPadam
  39. anakmuaallaf : apa cara tak penting yang penting kita sentiasa ingat mengingati.

    BalasPadam