Pengikut

Isnin, 4 Januari 2010

Zaman pengampu bermaharaja lela......

Ketika Umar AlKhattab r.a dilantik menjadi khalifah maka beliau mendedahkan dirinya dengan nasihat. Apabila kamu melihat aku melakukan penyelewengan maka perbetulkanlah aku.

Berlaku secara amali bagaimana khalifah Umar menerima teguran secara terbuka walaupun dari seorang perempuan yang lemah.

Semasa Umar memberikan ucapan di masjid meminta supaya perempuan-perempuan jangan meninggikan mahar perkahwinan maka bangun seorang wanita dengan berdalilkan ayat quran mengatakan bahawa menentukan mahar perkahwinan adalah hak perempuan . Maka Umar alkhattab tanpa segan silu berkata . Betul perempuan itu dan umar telah tersalah.

Adakah contoh keadilan seperti ini berlaku di dalam masyarakat dan negara pada hari ini?Terlalu jauh untuk menemuinya . Kita sekarang berada di dalam negara yang pemimpin-pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bohong yang memberi pujian yang melangit supaya pemimpin kembang hatinya walaupun nasihat yang diberikan itu penuh kezaliman dan penyelewengan.

Dan kita juga hidup kini dalam zaman dimana penasihat-penasihat negara takut untuk memperbetulkan penyelewengan pemimpin mereka.

Itulah keadaan yang wujud di dalam masyarakat islam hari ini.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum
    itulah akibat bila pemimpin yang tidak layak memimpin

    pemimpin dipilih kerana apa sekarang?
    mereka dipilih kerana POPULARITI , PANDAI BERCAKAP,PENGARUH dan KETURUNAN.

    bukan kerana pendidikan,kebolehan,peribadi yang elok,kepimpinan dan idea beliau.

    dan apabila orang yang layak hendak masuk menyumbang dalam bidang kepimpinan,dihalang.padanlah ramai orang pandai2 meluat.

    hurm...

    assalamualaikum

    BalasPadam
  2. dunia akhir zaman ... teringat saya suatu waktu dulu sayu pernah kerja kat MAMPU, JPM.

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz,

    Di akhirat nanti, pengampu dan pemimpin akan bertelagah sesama sendiri, saling menyalahkan dan akhirnya terpaksa mengaku mereka sama-sama tersesat..

    Firman Allah dalam Surah As-Saaffat - (Yang Berbaris)27 hingga 34..

    "Dan masing-masing pun menghadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela. (27) Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu. (28) Ketua-ketuanya menjawab: (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman! (29) Dan kami (selain daripada mengajak kamu) tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas. (30) (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu). (31) (Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat. (32) Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama. (33) Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa. (34)

    BalasPadam