Pengikut

Isnin, 27 September 2010

anak I tak tahan la... nyamuk banyak.

Semua orang bila sebut balik kampung sudah tentu sangat gembira. Beria-ria hingga terloncat-loncat menyanyi lagu arwah sudir "Balik kampung".

Yang tinggal jauh di luar, yang bertugas di pagi syawal sudah tentu terasalah amat sedihnya.

Aku cuma nak mengomel mengenai ada juga kawan-kawan yang balik kampung beraya baru-baru ini menginap di hotel.

Bila ditanya dijawabnya..... anak I tak tahanla digigit nyamuk.
anak yang nombor dua tu... tak dapat tidur , tiada aircond.
anak I menangis bila tidur ramai-ramai dengan
sepupu,sepapa,sepusat ditengah rumah tu.
bibik aku nak letak kat mana?
(aku jawab bibik kamu letak kat hotel...kamu tu tidur di sini)
tandas ada dua je.... beratur memanjang.

kalau sudah tahu kekurangan yang ada di rumah ibu bapa kita berpakatlah dengan adik beradik baikilah segala kekurangan rumah mak bapak kita tu.

mereka mungkin tak berkata apa pun bila anak cucu tinggal di hotel... tapi tuhan sajalah yang tahu hati dan perasaan mereka!!!

ingatlah kita dulu pun berasal dari rumah buruk itu , membesar di tengah lamannya, beratur di tandas usang itu juga.

kepada anak-anak aku ini warning awal .....

10 ulasan:

  1. Itulah anak2 dari spesis yang lupa asal usul...

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz.

    Ada di kalangan mereka tak hargai ibu bapa.. benar kata Abu Muaz jika mampu apa salahnya lengkapkan rumah ibu bapa separti rumah mereka.. setuju sangat akan hal ini.

    BalasPadam
  3. Salam Idulfitri, Syeikh,
    Siaran yang bagus kerana menyentuh hakikat. Hal ini pernah berlaku dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

    Dapat saya selami perasaan ibu dan bapa.

    Seperti kata Kak Cik, inilah spesies anak-anak yang lupa asal usul. Percayalah, kalau berlaku perang, orang seperti ini lebih rela lari ke luar negara daripada berdiri mempertahankan negara. Yalah, baru tak ada air-cond, baru dilanda nyamuk, sudah melarikan diri!

    BalasPadam
  4. salam akhi...

    betul tu situasi di kampong begitu ...tp cari jalan penyelesaian , nyamuk , pasang le kelambu ... ummi siap jahitkan kelambu sendiri .. guna kain langsir jarang n buat besar sikit dr kelambu yg dibeli ... boleh masukkan kipas sekali dlm kelambu , apa susahnya...

    BalasPadam
  5. salam.

    satu entri yang menyentuh perasaan saya. masa saya kecik2 dulu, mandi perigi kat kampung. mana ada paip. periginya pulak satu, yang guna sebuah kampung. bayangkanlah.

    tandas pula yang paling panjang ... sepanjang sungai. hehe

    BalasPadam
  6. Salam...

    Upgrade jer rumah ayah tu dengan tandas yang banyak, bilik berhawa dingin dan tambah bilangan biliknya...mesti anak-anak suka nak balik kampong

    BalasPadam
  7. ye betul..terapkan dengan nilai2 kekampungan kepada anak anak kota..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah berkat pendidikan yg ibu dan bapa berikan saya dpt belikan sebuah rumah untuk mereka tinggal kerana rumah di kampung sentiasa kena banjir. Semoga mereka selesa dan dapat beramal ibadat dengan tenang dikala senja... syukur

    BalasPadam
  9. Balik kampung, pastikan bawak anak buat xtvt luar, masuk hutan, pegi pancing, berkaki ayam, main pasir, pegang duri semalu, kena gigit nyamuk, main panas, mandi air terjun, bagi dia merasa macamana abahnya ni dulu duduk dikampung tanpa ada internet, shopping kompleks, panggung wayang, restoran, McD, KFC, komputer, TV. ( tapi bile balik ke bandar, orang rumah marah le sebab anak berbintat2 kena gigit nyamuk, calar sana-sini, demam...Hehehehehe...Bukan apa nak bagi dia tahan lasak sikit, bak kata org jangan jadi ayam daging, makan org bagi, duduk dalam aircon, lemak banyak. Kena jadi ayam kampung, tidur atas pokok, badan berotot...hehehe

    BalasPadam
  10. Fadzli Amir; benar tu biar jadi ayam kampung... terbang, tidur, makan apa saja..bebas ... lasak taklah anak-anak jadi pondan.
    bukannya lama pun... dua hari jee..

    BalasPadam