Pengikut

Selasa, 7 September 2010

Selamat tinggal Ramadhan.....

Allah s.w.t tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutus para Nabi dan Rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara yang memberi menafaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh bencana?

Kita melihat kemusnahan alam dan keruntuhan akhlak telah melanda kehidupan manusia sedangkan manusia berada pada tahap paling mewah dan kaya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud:
"manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi dengan menamakannya sebagai bangunan pencakar langit".

Begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana-sini masih ada mereka yang miskin,kebuluran,terbiar sakit,tiada wang untuk membiayai kos perubatan,tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak. Dan dalam masa yang sama maksiat dan kemungkaran berleluasa.

Jenayah yang membahayakan masyarakat berlaku. Keganasan menjadikan manusia lebih jahat dari binatang buas.

Marilah kita memuhasabah diri sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semua yang berlaku ini adalah kerana manusia telah meninggalkan ajaran Allah s.w.t.

Manusia telah merosakkan Iman, Islam dan Ihsan. Meninggalkan syariat Allah dengan membuat peraturan hidup sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah s.w.t dan berlagak seolah-olah lebih pandai dari Allah s.w.t

7 ulasan:

  1. Sedih sangat bila mengenangkan ramadhan dah nak berlalu. Rasa baru sekejap aje kita berpuasa. Tahun depan belum tentu kita sempat bertemu ramadhan lagi.Mudah-mudahan amalan dibulan ramadhan ini diterima oleh Allah.

    BalasPadam
  2. Salam AM..

    semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

    BalasPadam
  3. salam.

    alangkah bagusnya kalau entri ini dibaca oleh mat rempit, bohsia, gro dll.

    bangunan pencakar langit .. istilah ini pun dah sombong. ada ke langit nak di cakar .

    BalasPadam
  4. salam,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir batin.

    Semoga bergembira bersama keluaraga.

    BalasPadam
  5. slmt hr rya.. maaf zahir batin.. yg tersalah komen ke.. kira 0-0 bleh ke hehe

    BalasPadam
  6. terima kasih tazkirah akhir ramadan

    *******************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

    5. Berhati-hati di jalanraya.

    BalasPadam
  7. selamat hari raya bang ! maaf zahir batin.

    BalasPadam