Pengikut

Isnin, 20 September 2010

doa juga adalah senjata.

Pagi tadi membaca satu hadis nabi s.a.w mengenai persaudaraan Islam.

Sabda baginda yang bermaksud:

" Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri".

Oleh itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam diserata dunia, samada mereka ditimpa gempa bumi,dilanda peperangan, banjir besar ,kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika dan umat Islam yang dijajah,dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di palestin, Iraq, selatan Thai dan dimana saja dimuka bumi ini.

Jika tiada upaya untuk membantu dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya doa dan munajat kepada Allah untuk memberi pertolongan, membebaskan mereka dari penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.


3 ulasan:

  1. Salam en Abu Muaz..jika kita tidak mampu berbuat apa apa..hanya doa sahaja lah yang kita kirim kan..

    BalasPadam
  2. salam Tuan,
    doa sangat mustajab dalam menyelesaikan pelnagai masalah dan kesulitan, tapi doa adalah perlu sentiasa samada di masa senanag atau pun susah kan?

    BalasPadam
  3. oh macam tu..
    thank share perkongsian ilmiah..
    doa memang senjata mustajab juga utk menumpahkan musuh ISLAM...=)

    BalasPadam