Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

buka akaun facebook satuuuu...mamattttt!!!!

semalam aku duk bersembang dengan kawan lama.
rakan sekolah terpisah 30 tahun lalu.

terkejut aku bila menerima panggilannya.
sempat berjumpa .... makan tengahari tapi masa sangat mencemburui,
dia bergegas hendak pulang ke Kuala Lumpur.

katanya... aku ni tak ada facebook, nak buka pun tak tahu.
aku dengar juga cerita kawan-kawan yang duk cari aku ni.... call suruh aku buka akaun FB ,
macam-macam gambar nostalgia lama ada dalam tuu..

aku dah suruh anak aku bukakan satu untuk aku, katanya.

tapi anak aku kata tak payahlah abah, susah nanti dan macam alasan diberikannya.

sebelum pulang sempat aku beritaunya .... kamu tu kena hati-hati dengan anak-anak sekarang,
bukan apa tuu...anak kamu tu takut rahsianya bocor nanti bila kamu pula tahu berfacebook.

9 ulasan:

  1. Buka saja bang..try ber pesmbok pula.. kita letak link entri terbaru blog je kat sana..

    BalasPadam
  2. yup !
    Parents kena tahu tentang dunia tanpa sempadan ini .

    Pantau apa yang dilakukan oleh anak2..

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz.

    Bukalah FB tu, boleh pantau anak-anak.

    BalasPadam
  4. Salam, tuan.

    Bukalah akaun facebook, tuan. Dalam dunia teknologi ini, pastikan kita tidak ketinggalan. Mudah juga hendak memantau aktiviti anak-anak sekiranya kita bergerak seiring dengan mereka. Insya-Allah, niat yang baik pasti akan membawa kebaikan kepada kita kelak.

    Bukalah akaun dan... selamat datang ke dunia perhubungan tanpa sempadan... Saya percaya, jikalau tuan boleh menyebarkan kebaikan melalui blog, tuan juga boleh berbuat lebih baik di fb nanti, Insya-Allah.

    BalasPadam
  5. salam..

    dalam metro hari ni ada budak bergaduh pasal facebook.keluar harian metro.

    BalasPadam
  6. hmm...facebook..ada baik dan buruknya..kalau tersalah guna..mmg mcm2 boleh terjadi..apa2pun tepuk dada tanyalah selera...

    BalasPadam
  7. eloklah tu..nanti dapat bertemu kawan2 lama dialam maya.. ..sebelum berjumpa dialam nyata..

    BalasPadam