Pengikut

Khamis, 21 Oktober 2010

Mekah.... bumi yang kering kontang.

Mekah,
semakin ramai orang mula mengunjungi mu,
berbondong-bondong dari setiap pelusuk dunia,
yang miskin, kaya, hitam, putih, pemimpin, rakyat, semua berkumpul menyahut seruan mu,

Allah perintahkan bumi Mekah yang kering kontang itu dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s
Allah perintahkan kaabah dibina disitu,
dan di bumi itulah nabi akhir zaman dilahirkan.

Allah berfirman:
"dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekelian alam"
(suratul Anbiyaa)




dimanakah rahmat itu?
dibumi yang kering kontang?
tiada air?
tiada buah-buahan?
tiada makanan?
tetapi diutus nabi di situ sebagai pembawa rahmat.

9 ulasan:

  1. Salam, Syeikh;
    Itulah pusat ibadat paling makmur di dunia, yang air minumannya tidak perlu akan klorin.

    Itulah pusat ibadat paling luar biasa. Hanya satu bangunan empat persegi, tetapi dikelilingi jutaan manusia.

    Tidak perlu pada bangunan seperti Colesium untuk menarik orang datang.

    Maka berserulah jemputan Allah, LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK.

    BalasPadam
  2. semoga hamba mu ini akan kesana nanti..InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. salam...kunjungan pertama ke blog ini..semoga tuan blog sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT

    BalasPadam
  4. Salam. Semoga saudara-saudara kita yang mengerjakan ibadah haji tahun ini dirahmatiNya dan diberikan haji yang mabrur.

    BalasPadam
  5. sahromnasrudin : salam kenal dan t.kasih sudi berkunjung .

    BalasPadam
  6. ZULKIFLI ;benar sekali tuan. Bukan sebarangan tempat Mekah ni.kalaulah roh ibadah haji ini difahami oleh para jemaah saban tahun sudah tentu Isreal dan Amerika tidak berani berkokok lagi.

    BalasPadam
  7. Bimbangnya kalau tak sempat ke sana.. errr.. jemput ke blog saya..http://samadjfr.blogspot.com..

    BalasPadam