Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

musykil aku....

Pagi tadi aku hadir mengikuti satu perbicaraan di mahkamah. Pelbagai kes ada.....
ada tak bayar hutang pinjaman belajar la, hutang bank la, mencuri , edar dadah, hisap dadah, edar vcd lucah, curi motor....macam - macam kesalahan .

pening juga jadi hakim.... semua orang tengok glemerlah.... hakim katakan.

hakim pula garang juga rupanya... senang-senang je dihambur pegawai polis yang tak sempurna tugasan pendakwaan. eeehhhh malu juga bila semua orang dengar leteran hakim tu.

biru jugalah muka polis tu... sudahlah bilik mahkamah sejuk...

dan kesalahan yang disabitkan ada yang kena denda dengan wang ringgit, ada kena jel, ada kena kedua-duanya sekali.

musykilnya aku bila pesalah bayar denda .... ada empat ribu bagi kesalahan dadah, ada dua ribu , ada yang kena ribu-ribu dan jel pula tiga bulan...nasibla.

duit tu sudah tentulah datangnya dari hasil dadah kalau pesalah tu edar dadah.
duit tu juga sudah tentu dari hasil jual vcd lucah...
duit tu juga ada dari hasil jual tubuh....
duit tu juga ada dari hasil judi...sabung ayam, judi online...

jadi macam mana ya? semua duit tu dibayar dibahagian kewangan mahkamah... kerajaan pun ambil semua duit tu... dan sudah tentu diagih-agihkan untuk pelbagai pembangunan negara.

boleh ambil ke kita duit tu? kalau anak kita dapat e-book kena pulangkan balik tak?

musykil aku, musykil sungguh.

11 ulasan:

  1. salam...

    ketua hakim lagi glamour tuan..

    BalasPadam
  2. saya pun musykil .. tak tahu nak jawab sebab belum habis berguru !

    BalasPadam
  3. kena tanya 'depa' yang bising-bisng kat tv bebaru ni. duit yang orang miskin bubuh dalam kotak tu dah pulangkan balik kat KMPP?

    BalasPadam
  4. hukumnya sah memanfaatkan kutipan dari denda kesalahan jenayah untuk pengurusan dan kepentingan ramai. Rasulullah (saw) memanfaatkan hasil rampasan perang daripada musuh yang menentang Allah (swt) untuk maslahah awam...... wallahuaklam.

    (tak payah pilangkan e-book)

    BalasPadam
  5. *pembetulan:
    (tak payah pulangkan e-book)

    BalasPadam
  6. boleh ke hantar anak ke sekolah kerajaan?
    boleh ke belajar dengan cikgu yang digaji oleh kerajaan?
    boleh ke kalau jadi askar ke, polis ke, atau apa-apa kerja yang digaji oleh kerajaan?
    boleh ke guna jalanraya yang dibina oleh kerajaan?
    boleh ke sembahyang di masjid kerajaan?
    boleh ke tonton TV channel kerajaan?
    boleh ke masuk ke pejabat kerajaan?
    boleh ke patuh kepada traffic-light yang diletakkan oleh kerajaan?
    boleh ke......
    boleh ke......
    boleh ke......???

    BalasPadam
  7. Boleh guna ..apa hal pun biar kerajaan yang tanggung..

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz.

    Hmmm. Musykil juga....,

    BalasPadam
  9. salam akhi abu muaz...


    selamat ulangtahun hari kelahiran pada hari nie 8 oktober

    semoga dipanjang usia dlm keimanan,ameen

    BalasPadam