Pengikut

Khamis, 14 Oktober 2010

musim haji tiba lagi,

Sudah ramai jemaah haji Malaysia kini berada di tanah suci ,
Ibadat haji adalah ibadat yang telah ditunaikan sejak zaman jahiliyyah hinggalah ke zaman kedatangan Islam.

Bayangkan bagaimana kuatnya semangat baginda Rasulullah s.a.w menemui qobilah-qobilah Arab waktu itu mengajak untuk mengabdi diri kepada Allah dan memeluk ajaran Islam .

Pimpinan qabilah Arab jahiliyyah waktu itu memberi pelbagai alasan bila ditemui oleh junjungan besar nabi kita. Pimpinan Qabilah Bani Ammar menolak dengan keras kerana mahukan habuan dunia manakala Qabilah Bani Shaiban menyatakan Islam memang agama yang baik tetapi mereka tidak bersedia untuk berjihad kerana takutkan kuasa besar dunia ketika itu.

Akhirnya yang sanggup menerima ajakan Rasulullah s.a.w ialah dari dua qabilah yang hebat Aus dan Khazraj.

Merekalah puak yang berjanji untuk taat setia dikala senang dan susah bersama baginda Nabi s.a.w.

Inilah antara janji yang mereka meterai sewaktu menandatangani Perjanjian Aqobah.... antara ucapan Rasulullah s.a.w

"aku mahu kamu berjanji setia kepadaku dengan mendengar dan taat perintahku dimasa rajin dan dimasa malas,

berjanji untuk menyumbang hartabenda dan membelanjakannya dimasa senang dan susah,

berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

berjanji untuk bersama denganku menegakkan yang benar dari Allah,

tidak peduli pada celaan orang yang mencela,

berjanji untuk menolong dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan keluarga kamu dan harta benda kamu dan Allah menjanjikan balasan syurga kepada kamu".


Bila dua kumpulan ini berbaiah taat setia maka mereka pun digabungkan dengan golongan muhajirin yang telah tertindas selama 13 tahun di Mekah.

Maka berlakulah satu noktah yang sangat penting dalam sejarah peradaban manusia bila sebuah negara Islam terbentuk.

Sebuah kerajaan dan pemerintah yang mendaulatkan syariat Allah swt. Daripada golongan Muhajirin yang ditekan dan golongan Ansor yang melakukan baiah dimusim haji yang mulia maka terbentuklah sebuah negara yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Negara yang dijanjikan dalam alquran.


Moga kalian semua memperolehi haji yang mabrur.

4 ulasan:

  1. salam,

    wah, tahniah!! rumah baru ke? azam baru? heheh
    bila lah saya juga akan kesana nanti, insyaAllah..
    semoga saudara2 islam kita disana selamat dan mendapat haji yg mabrur , amin.

    ps:
    gambo kapal mende kat header tuh? kapal minyak ke? yg pasti bukan kapal selam kan, lalalala

    BalasPadam
  2. salam.
    Semoga semua jemaah haji dapat menunaikan ibadat denagn sebaik mungkin, Amin Amin Amin

    BalasPadam
  3. Salam.

    InsyaAllah ada rezeki sampai lah nanti..

    BalasPadam