Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

Hutang vs Sedeqah....

Pada malam Isra' dan Mi'raj ketika Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke syurga, baginda melihat ditulis pada pintu syurga bahawa "ORANG YANG MEMBERI HUTANG LEBIH BESAR PAHALANYA DARIPADA ORANG YANG MEMBERI SEDEQAH".

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail . Tidakkah orang yang memberi sedeqah itu tidak akan mendapat kembali hartanya, sedangkan memberi hutang akan memperolehi semula hartanya?
Kenapakah orang yang memberi hutang lebih tinggi pahalanya?

Jibrail menjawab kerana orang yang berhutang adalah mereka yang terdesak dalam kehidupannya. Adapun orang yang menerima sedeqah tidak semestinya seorang yang susah dan memberi sedeqah adalah lebih mudah daripada memberi hutang.

Inilah perasaan yang menekan dalam diri seorang yang memberi hutang. Memberi hutang adalah suatu muamalat yang digalakkan oleh Allah di dalam Islam dengan syarat orang yang memberi hutang itu bertimbangrasa, kasihan untuk menolong dan orang yang berhutang ikhlas untuk membayar balik hutang yang diambil.

Selasa, 29 Disember 2009

Perhatian !

PERHATIAN ! PERHATIAN !

Dua pesawat asing didapati menceroboh ........ dikesan sedang berlegar-legar di laut cina selatan.

Juruterbang Sukhoi yang berpengkalan di Gong Kedak,Terengganu diarah memintas pesawat berkenaan.


Lihatlah bagaimana juruterbang kita dengan jet pemintasnya.........



apa tuan-tuan dan puan -puan blogger semua nak kata?

Isnin, 28 Disember 2009

MiG 29........pula ???


MiG-29 pula bermasalah!!!!!!! Jet ini baru diguna pakai dalam tempoh 20 tahun. Sudah ada masalah? Nak tahu lebih lanjut baca chedetblog/

Apa sudah jadi niii lepas satu timbul lagi satu masalah. Enjin jet hilang belum kesudahan cerita jet lain pula timbul.

Kalau perang berlaku sekarang apa akan jadi pada negara ku Malaysia?

Ahad, 27 Disember 2009

malam pertama.....................

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


saya hanya copy n paste untuk renungan bersama.. .. ..
semoga ianya menyedarkan kita semua ........
dan moga kita semua meningkatkan amal..... untuk menghadapi itu semua.

Khamis, 24 Disember 2009

enjin oh enjin



oh enjin oh enjin
kenapa engkau hilang
bagaimana aku tak hilang
orang ambil aku.......

oh orang oh orang
kenapa engkau ambil enjin
bagaimana aku tak ambil
memang kerja aku.....

Selasa, 22 Disember 2009

Ahad, 20 Disember 2009

cara-cara.................

cara-cara panaskan isteri yang dingin?????? kalau ada cara silalah kemukakan ramai yang sedang menunggu ni.

Anak laut sudah membantu menyelesaikan masalah satu pihak.

Jumaat, 18 Disember 2009

1431 hijrah.....

Salam dan selamat tahun baru hijrah 1431.

Diantara pengajaran paling besar daripada hijrah Rasulullah s.a.w ialah janji kemenangan dari Allah s.w.t . Janji itu telah diwahyukan kepada generasi awal umat islam yang ditekan dan ditindas sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah taala bermaksud :

"Allah menjanjikan kepada orang -orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa Allah akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa dibumi, sebagaimana ia (Allah) telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia (Allah) akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang diredhai dan ia (Allah) akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh) . Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku.Dan ingatlah sesiapa yang kufur sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" an-nur 55



Rabu, 16 Disember 2009

wanita yang baik untuk ..........

Alhamdulillah ada kekuatan hari ini untuk mencoret sesuatu. Mungkin faktor perubahan cuaca musim tengkujuh memberi kesan juga pada kesihatan kita. Rasa seperti nak demam, nafas tersekat, hidung tersumbat menyebabkan rasa tak selesa.

Terbaca suatu hadis nabi yang diriwayat dari Ahmad,Muslim dan Abi hurairah r.a .

"Janganlah seorang lelaki yang beriman benci pada seorang wanita yang beriman, kerana jika ada pada wanita perangai yang dia benci, tentu ada pula perangai yang dia suka".

Bukankah kita semua maklum bahawa wanita sifatnya penuh cinta berahi. Hidupnya mendambakan cinta. Sebab itu kita banyak melihat dan membaca kisah bagaimana wanita mudah terpedaya dan jadi rosak akibat cinta.

Mudah diperdaya sampai boleh lari bersama kekasihnya hingga ke Lombok. Mudah menyerah sampai termengandung. Itulah bahana cinta.

Wanita menjadi rosak dan curang pun kerana cinta. Tapi harus diingat bahawa sesiapa lelaki yang dicintai oleh seorang wanita itulah yang boleh menjadikan wanita itu baik dengan syarat lelaki itu tahu cara mencintai wanita itu secara umum dan secara khusus. Bagi setiap kebaikan dan kejahatan wanita , lelakilah yang memainkan peranannya..

Tapi ingatlah bahawa semua sifat wanita yang dianggap buruk itu kepada anda bukanlah melambangkan sifat wanita itu keseluruhannya. Masih ada kebaikan pada wanita itu. Mungkin ia jadi begitu kerana layanan anda terhadapnya.

Cara dia melayani anda sebenarnya bergantung bagaimana cara anda melayaninya. Maka layanilah dia dengan baik agar dia baik pula terhadap anda.

Bila dikaji dan diteliti bentuk kejahatan wanita hanya beberapa kajahatan saja pada dasarnya tidak boleh dimaaf dan diampun iaitu kufur,derhaka dan curang.. Ini memberi anda signal untuk berpisah darinya. Yang lain-lain itu sebenarnya masih subjektif kepada peranan anda ketika bersamanya.

Betulke kalau kesimpulannya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.

Selasa, 15 Disember 2009

salam semua ..........

Salam semua. Sudah empat hari bercuti dari berblog. Ada sikit-sikit melastik (cikcookie ajar) sahabat dan teman-teman maya. ..... sekadar melepas rindu. Tuan lavendari pun sudah kembali. Cuma mama min mohon cuti selama tiga minggu. Kakcik seroja kita doakan supaya cepat sembuh.

Anak laut ingatkan sudah bertemu teman hidupnya. Rupanya orang lain yang bertunang. Apapun semoga AL menemui bakal teman hidupnya tahun depan insyaAllah.

Relevan sedang gembira sakang pasukan negaranya menang dan masuk pertandingan akhir sukan Sea di Laos. Suka-suka juga tuan , mari kita tengok pertandingan akhir nanti.

Idalara pula sedang mendengar lagu uji rashid 'ku kekosongan'. Saya tak mahu komen...... dan tak berani sangat nak komen.

oklah...... jumpa lagi..... ku bukan kekosongan tapi keletihan. Oh lupa...... salam ceria untuk maiyah .... kuat dan tabahkan hati.

buat cikgu fadhilah ...... selamat menghantar orang berkahwin sempena cuti sekolah ni.

Jumaat, 11 Disember 2009

catatan hari jumaat.....

Kita apabila berbalah akan terkeluarlah segala macam perkataan yang buruk-buruk . Kata dusta yang merendahkan mertabat diri sebagai insan. Segala yang baik dilupakan atau buat-buat lupa.

Kalaulah ditakdirkan berlaku penceraian dalam rumahtangga janganlah burukkan sidia. Dulu dia dan anda saling berkasih sayang. Sekarang walaupun dia sudah tidak lagi menjadi isteri anda tentulah dia lebih baik dan lebih berharga dari semua kawan dan kenalan anda. Jika tidak tentu anda tidak memilih dia sebagai teman hidup.

Jauhilah buruk sangka terhadapnya. Jadikanlah diri anda ikhlas dan bersih hati dan jauhilah sifat busuk jiwa dan dendam.

Mengapa sekarang anda kata dia sebegitu teruk?

catatan hari jumaat.....

Khamis, 10 Disember 2009

apa khabar teman-teman maya?

Semoga semua teman-teman maya berada di dalam lindungan rahmat Allah swt.

Zaman umat Muhammad s.a.w adalah zaman di mana wanita diangkat mertabatnya seiring dengan kaum lelaki. Kaum lelaki mempunyai beberapa kelebihan dan kaum wanita pula ada kelebihannya yang tersendiri.

Maka sangat tidak wajar untuk kaum lelaki merendahkan ataupun menghina wanita akibat tidak faham dan tidak tahan akan perangai mereka. Hormati wanita sewajarnya dan dia akan hormat pada anda dengan sendirinya.

Zaman sekarang dan akan datang adalah zaman di mana peranan wanita sudah tidak sama seperti zaman dahulu lagi. Wanita sekarang telah diharuskan untuk keluar mencari rezeki membantu keluarga asalkan mereka dapat menjaga kehormatan dan berperibadi tinggi .

Sedarlah bahawa Islamlah agama yang telah membebaskan wanita dari menjadi bahan murahan diwaktu zaman jahiliyyah dahulu. Sangat rugilah wanita yang tidak menyedari hal ini semua dan bercakap kononnya atas nama persamaan hak dengan melanggar segala batasan syara' yang telah ditetapkan oleh agama.

Wanita yang baik-baik itu adalah permata yang mulia.

Selasa, 8 Disember 2009

....cinta dan cemburu......

Wanita apabila dia mencintai seseorang, cintanya sangat hebat dan dia menjadi berani melakukan apa saja. Sebab itu ada bidalan mengatakan "cinta itu mengalahkan semua perkara selain hati yang kejam".

Wanita juga menunjukkan kebijaksanaannya pada lelaki dan percaya bahawa "siapa yang tidak cemburu maka tidak cinta". Sebab itu wanita suka menduga kesetiaan lelaki dengan menimbulkan rasa cemburu dihati lelaki. Ada bidalan lama berbunyi "Tiada cinta tanpa cemburu".


Wanita selain suka lelaki cemburu (kerana dia tahu lelaki itu cinta padanya) tetapi tidak suka juga pada lelaki terlalu cemburu. Ada juga bidalan menyatakan "Lebih baik punya lelaki tanpa cinta daripada penuh cemburu".

Betulke begitu wahai wanita????????

Isnin, 7 Disember 2009

tragedi KB Mall.........

dari sini ia bermula


kereta jatuh ke bawah


sangat menyayat hati

ini yang dikatakan malang tak berbau....
sangat diluar pemikiran kita

darinya kita datang kepadanya kita dikembalikan

Ahad, 6 Disember 2009

salam ........

Kebahgiaan itu ibarat biji benih yang disemai. Bila sudah disemai , ia perlu dipupuk dan dibaja dengan baik. Hari perkahwinan itu ibarat hari menyemai benih. Bukan main gembira dan bahagianya terasa. Sesudah itulah sepatutnya kebahagiaan semakin meningkat. Jika suami isteri saling faham memahami, perkahwinan itu sudah tentunya menjadi satu mahligai syurga.

Sabtu, 5 Disember 2009

selamat pengantin baru........

bukan perkahwinan jenis ini maksud tulisan niii...

Sekarang musim orang berkahwin (ada kawan-kawan memanggilnya musim mengawan). Walaupun banjir melanda majlis yang sudah terjadual lama ini mesti diteruskan juga. Majlis yang meriah ini agak muram bila hujan turun dengan lebat. Wajah gusar tuan rumah ketara benar bila khemah-khemah dibocori air .Nak buat macam mana dah memang musimnya. Musim tengkujuh.

Kepada pengantin baru anda kini sedang memasuki fasal baru . Zaman cinta-cinta gila anda akan mulai berubah sedikit demi sedikit. Apa pun sebagai suami anda kena terus belajar bagaimana memenangi wanita kekasih anda itu yang kini sudah bergelar isteri. Ingat wanita sentiasa mahukan perhatian.

1.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

2.Bantulah dia bila dia merasa penat dan letih.

3.Jika perasaannya tersinggung tunjukkan rasa simpati anda dan katakan padanya 'saya sedih awak tersinggung'. Diam, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

4.Bila anda berjalan jauh,telepon dia biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telepon tempat itu.

5.Selalulah urut belakang , tengkuk dan kakinya.

6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Solat bersama dan doa bersama.

Petua ini pun barangkali masih sesuai untuk diguna pakai juga oleh pengantin-pengantin veteran dan hampir veteran.

Apa pun selamat pengantin baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan dalam cuti sekolah sekarang ini.Moga kekal hingga keakhir hayat.

Rabu, 2 Disember 2009

berleter........

'sampah pun tak mahu nak buang. Yang membuang dan menyepahnya ramai, yang kena bersihkan ini semua cuma saya seorang. Manalah tahan hari-hari begini. Busuk dan hanyir baunya dapur semua buat tak peduli, dibiarkan saja! Manalah hati tak geram!"


Ini adalah contoh bagaimana seorang isteri bercakap menyebabkan lelaki mengangap wanita suka berleter.

Selasa, 1 Disember 2009

niiii yang menyebabkan suami naik darah....


Isteri hanya pandai memikirkan perasaan mereka sahaja.Perasaan suami dipandang sepi. Maka lama kelamaan akan haru birulah rumahtangga tersebut.

Hari ini aku nak mengajak semua melihat perkara yang menaikkan darah sang suami.

Kalau betul tak payahlah bunyikan hon cuma angkat ibu jari sudah cukup.Italic

1. Kereta. ...... isteri hanya tahu memandu saja langsung tidak ambil tahu mengenai hal ehwalnya. Minyak brek kurangke, air bateri dah kering atau apa-apa saja mengenai kereta.... langsung tak dipedulikan. Pam tayar...... !!!!!!!!!.

2. Isteri merungut tiada baju nak dipakai sedangkan penuh satu almari pakaiannya. Suami nak cepat sedangkan isteri masih mencuba bajunya satu persatu.

3. Ketika isteri mula membebel barangan suami seperti joran kail, kasut bola,jaring ikan dilonggokkan dalam rumah...... menyemakkan.

4. Bila suami bertanya barang kesayangannya, siisteri memberitahu dia telah berikan pada saudaranya.
Italic
5.Isteri bawa pulang kawan-kawanya yang tidak disukai oleh suaminya serta berbual mengata orang lain . (mengumpatlah tuuu...)

6. Suami baru pulang dari kerja..... isteri sudah membebel mengatakan suaminya tidak membantu sedikit pun dirumah.

7. Bila suami mengajak memadu kasih isteri menolak pelawaan tersebut.

Sekianlah dulu ....... kalau ada lagi tambahan sila kemukakannya untuk disiarkan.


Isnin, 30 November 2009

seorang ibu , seorang isteri

Aku mendengar perbualan telepon dari seorang wanita ( seorang ibu ) dengan kawannya. Kebetulan kereta aku parking disebelahnya. Wanita itu bercakap dengan nada yang kuat.

awak buat apa ?

Masak....... ehhhh ibu yang baik tak mestinya pandai memasak jeee tau........ ha, ha, wanita tu... ketawa.

Betulke seorang ibu yang baik tidak perlu dan pandai memasak untuk anak dan suaminya??? (bengang aku memikirkan percakapan wanita itu!!!!!!!!!! .................... kenapa jadi begini pemikirannya ??? adakah itu lambang kebebasan wanita? atau apa ya????

Malang sungguh!.

Sabtu, 28 November 2009

niii yang isteri naik angin ..............................

Kehidupan berumahtangga banyak memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Ilmu yang kita tidak akan perolehi dari universiti atau mana-mana sekolah. Ia datang melalui pengalaman dan pelbagai peristiwa yang menimpa. Ada lucu, sedih, manis , masam dan pahit. Lagi lama usia perkahwinan itu lagi banyak pengalaman dan ilmu diperolehi.

Antaranya ialah seperti perkara - perkara berikut.

Iaitu perkara yang menyebabkan isteri naik darah, naik angin, naik taufan atau mungkin sampai peringkat angin puting beliung menerbangkan semua sekali barangan dalam rumah.

mungkin ini diantaranyaaa seperti catatan di bawah. Kalau setuju bunyikan hon !!!!!

1. Suami bertangguh dan buat relax je...... sedangkan isteri sudah acapkali memanggil untuk makan bersama. Bukan apa mudah untuk mengemaskan meja makan dan boleh buat kerja lain pula.

2. Suami duduk seperti batu dalam rumah. Belum mandi, pakaian tidak bersalin, tidak bercukur laksana orang gila yang tak terurus.

3. Suami asyik menonton televisyen, membaca akhbar hingga tidak ada lagi muka surat yang hendak dibaca. Memerap depan komputer.


4. Isteri balik ke rumah dan mendapati rumah berselerak dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh. Suami tidak tolong mengemas.


5. Bila menyalin pakaian , suami hanya tahu mencampakkan baju kotor merata tempat bukan dalam bakul yang disediakan.


6. Suami dengan muka manis dan selamba menawarkan diri untuk membantu isteri di dapur tapi hasil kerjanya comot dan meninggalkannya dalam keadaan berselerak dan kotor.

Geeeeram. geeeraaaam janganlah engkau geram wahai sang isteri.

Khamis, 26 November 2009

CARA TERBAIK MENGAGIHKAN DAGING KORBAN

Soalan; Bagaimana cara pembahagian daging korban yang sebenarnya?

Jawapan;
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Cara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.[1]

Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging yang dimakannya atau dengan daging seumpamanya. Tidak dituntut ia menyembelih lagi binatang korban kerana ia telahpun melakukannya.[2]

Jika korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya untuk makan sebanyak mana yang ia kehendaki dengan syarat sebahagian darinya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.

Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Dan disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya samada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya.[3]

Disunatkan pengagihan daging binatang korban merangkumi tiga bahagian;[4]Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya. Satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin. Satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.[5]

Pemberian sebagai hadiah tidaklah wajib. Oleh itu, harus pengagihan daging korban berlegar antara dua sahaja iaitu untuk dimakan dan untuk disedekahkan. Lebih banyak bahagian yang disedekahkan adalah lebih afdhal (umpamanya separuh atau dipertiga (2/3) darinya). Paling afdhal ialah mensedekahkan ke semua daging korban kepada fakir miskin kecuali sedikit darinya yang sunat diambil untuk dimakan bagi mendapat berkat dan beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.. [6]

Terdapat hadis menceritakan;
كان النبي(صلى الله عليه وسلم) يأكل من كبد أضحيته
“Adalah Nabi s.a.w. memakan dari hati binatang korbannya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi)

Baginda juga bersabda;إذا ضحى أحدكم فليأكل من أضحيته“
Apabila seseorang kamu melakukan korban, maka makanlah dari daging korbannya”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ al-Saghir, no. 737)

Tidak harus orang yang melakukan korban menjual apapun dari binatang korban sama ada daging, kulit, tanduk, bulu, lemak atau sebagainya. Begitu juga, tidak harus menyewanya kerana sewaan termasuk dalam pengertian menjual (yakni menjual manfaat).[7]

Ketidakharusan menjual dan menyewa ini merangkumi korban wajib dan juga korban sunat.[8]

Sabda Nabi(s.a.w);من باع جلد أضحيته فلا أضحية له
“Sesiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya”. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)Begitu juga, tidak harus menjadikan kulit, bulu dan sebagainya sebagai upah kepada tukang sembelih. Upah hendaklah datang dari sumber lain, bukan dari binatang korban.

Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang menceritakan;أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- أَنْ أَقُومَ عَلَىَ بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ: "نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا".“Rasulullah s.a.w. memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata ‘Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Namun jika ia telah memberi upah kepada tukang sembelih dengan wang darinya, kemudian setelah itu ia memberi pula daging korban kepadanya atas dasar sedekah jika ia miskin ( (yakni bukan sebagai upah) atau memberinya sebagai hadiah (jika ia kaya), maka itu adalah harus.[9]

Harus bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit dan tanduk binatang korbannya dengan segala bentuk manfaat seperti menjadikannya kasut, timba dan sebagainya sekiranya korbannya itu adalah korban sunat. Walau bagaimanapun, jika ia mensedekahkannya kepada fakir miskin adalah lebih baik.[10]

Adapun korban wajib, tidak harus orang yang melakukan korban memanfaatkan kulit binatang korbannya. Ia wajib disedekahkan kepada fakir miskin sebagaimana daging.[11]

Tidak harus sama sekali daging korban dimusnahkan walaupun sedikit. Dinyatakan di dalam Raudhah; “Tidak harus bagi orang yang melakukan korban untuk merosak/memusnahkan sebarang apapun dari korbannya, sebaliknya ia memakannnya dan ia memberi makan (kepada orang lain)….”.[12]

[1] Al-Kifayah Li Zawil-‘Inayah, hlm. 87.
[2] Kifayarul-Akhyar, hlm. 533. al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Fiqh al-Manhaji, juz. 1, hlm. 236.
[3] Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[4] Al-Muhazzab (lihat dalam kitab al-Majmu’, jil. 8, hlm. 306). Fiqh Sunnah, jil. 1, hlm. 39.
[5] Perbezaan antara sedekah dan memberi hadiah ialah; niat memberi hadiah ialah untuk memuliakan (الإكرام). Adapun sedekah niatnya adalah untuk mendapat pahala.
[6] Kifayatul-Akhyar, hlm. 533. Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 365.
[7] Ini adalah pandangan Imam Syafi’ie, Malik, Ahmad, Nakha’ie dan ‘Atha’. Bagi Abu Hanifah; “Harus menjual kulit binatang korban dan kemudian mensedekahkan harga”. (Lihat Fiqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq).
[8] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 311-312. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[9] Raudhah, jil. 2, hlm. 489.
[10] Malah disunatkan juga ia mensedekahkan pakaian/kain yang dipakaikan di belakang binatang korbannya dan juga ladamnya. Ini berdasarkan Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang menceritakan;أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- أَنْ أَقُومَ عَلَىَ بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ: "نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا".“Rasulullah s.a.w. memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata ‘Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)(Rujuk: al-Majmu’, jil. 8, hlm. 311).
[11] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 313. al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[12] Raudhatut-Thalibin, jil. 2, hlm. 488.
[13] Sabilal-Muhtadin, hlm. 911-912. (Bab Aqiqah)
[14] Fiqh Sunnah, jil. 2, hlm. 41.
Oleh : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL

Pengorbanan!!!!!!!

Firman Allah taala dalam surah as-shaffat ayat 102: bermaksud:

"Maka tatkala dia (Ismail) sampai umur boleh berjalan bersama ayahnya (Ibrahim) dan boleh membantunya , tiba-tiba Ibrahim bersabda : Wahai anak kesayanganku ! aku melihat didalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu , maka fikirkanlah apa pendapatmu. Dia ( Ismail) menjawab: wahai ayah kesayanganku ! lakukanlah apa yang diperintahkan itu , engkau akan dapati saya , insyaAllah, termasuk dikalangan orang-orang yang bersabar ".


Sedarlah kita semua bahawa mimpi seorang rasul adalah wahyu dari illahi. Perkara yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah kepada Ibrahim dan keluarganya yang beriman. Ingatlah bahawa dari zuriat keturunannyalah lahir nabi akhir zaman untuk seluruh manusia.

Sebelum itu nabi Ibrahim telah diuji untuk meletakkan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan itu dibumi Mekkah yang kering kontang . Nabi Ibrahim menunaikan semua perintah Allah yang menjadi ujian kepada mereka . Mereka tetap beriman dan yakin kepada rahmat,kebijaksanaan dan keadilan Allah walaupun Allah telah memerintahkan perkara yang begitu rupa dan cara yang sangat sukar diterima oleh aqal biasa.

Bersempena hari raya qorban ini marilah kita menilik diri kita sendiri sejauhmanakah kita semua telah mentaati arahan dan perintah Allah dalam menjalani kehidupan harian yang terlalu sibuk ini????

Selamat hari raya AidilAdha.

Rabu, 25 November 2009

tanda seorang isteri yang tahu kewajipannya........

Kebahgiaan rumahtangga . Itulah perkataan yang sering dituntut hari ini. Penceraian......satu perkataan yang sangat mengerunkan .

Andainya isteri tahu akan kewajipannya pada suami maka bahgialah rumahtangga itu. Apa yang seorang suami mahukan ? Apa pula yang isteri perlu lakukan. ????


Alangkah bahgianya jika seorang isteri mempunyai sifat malu terhadap suaminya.
Alangkah bahgianya jika seorang isteri diam ketika suaminya sedang berbicara.
Alangkah bahgianya jika seorang isteri sentiasa berhias untuk suaminya.

Alangkah tenangnya jiwa jika seorang isteri merapatkan dirinya kepada suami ketika hendak tidur.

Alangkah amannya jika seorang isteri tidak khianat pada suaminya ketika suaminya tidak ada ditempat tidurnya dan tidak khianat pada harta suaminya.

Alangkah nyamannya jika seorang isteri memakai wangi-wangian.

Alangkah damainya jika seorang isteri menghormati keluarga suami dan kaum kerabatnya.

Selasa, 24 November 2009

jangan lupa guru kita..................


Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w telah melihat kehebatan agama Islam ini sebelum baginda wafat. Baginda telah berjaya menjadikan satu bangsa yang asalnya sesat, buta huruf, keras dan degil kepada menjadi satu bangsa terbaik. Bangsa contoh pada dunia.


Bacalah kisah-kisah bangsa quraisy ini setelah mereka memahami Islam sebenar. Rasulullah s.a.w telah membina keperibadian bangsa ini.Mereka muncul sebagai ummat terbaik.Mereka adalah ummat yang kuat berpegang pada syariat Allah. Mereka berakhlak Islam hingga mampu berdepan dengan kuasa besar ketika itu Rom dan Parsi. Ingatlah Rom dan Parsi ketika itu laksana Amerika dan Russia ketika ini.

Cahaya Islam tersebar keseluruh dunia hasil kerja keras dan kuat bangsa mulia ini. Walaupun ummat Islam kini mengalami kelemahan tetapi cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Penganut Islam semakin bertambah dan agama lain makin merosot serta makin hilang. Ideologi ciptaan manusia makin menujukkan kegagalan.

Janganlah kita lupa pada baginda s.a.w dan berselawat padanya tiap waktu dan saat. Disebalik keghairahan kita membaca buku-buku motivasi cipatan manusia sedarlah kita bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah pakar segala ilmu motivasi, pakar segala ilmu kesihatan, pakar dan ahli strategi perang dan sangat berkepakaran dalam ilmu kemasyarakatan . Banyak kisahnya yang perlu kita baca kerana di sana terdapat pelbagai ilmu yang mesti kita gali untuk dimenafaatkan pada anak cucu kita akan datang.

Isnin, 23 November 2009

Potong..... telekom....potong.

Salam. Lebih menyakitkan bila menghubungi TM 100. Sibuk memanjang........ nak buat lapuran kerosakan pun susah. Aku cadangkan telekom pun dipotong sama. Potong telekom.......potong. Kalau ada syarikat lain dah lama aku tak guna telekom niii....

Ahad, 22 November 2009

potong ke tidak............

Salam semua. Musim hujan niii...... tempat hamba. line lemah sangatla....... nak potong takut lagi lemah. Geramnya rasa. Maafla tak jawab komen-komen yg dihantar. Ni pun pinjam orang punya.

Jumaat, 20 November 2009

tahniah anakandaku .................

tahniah di atas kejayaan anakanda

Salam tengahmalam. Hujan semakin lebat. Angin pun bukan similir(pinjam dari mama min) tapi kencang dan garang. Membuka dan membelek beberapa laman milik teman-teman maya. Akhirnya bertemu dengan coretan kl citizen. Haaaaa....... inilah perkara yang sama bermain difikiran aku.

Keputusan UPSR hari ini. Tahniah untuk anak nelayan,anak pemandu lori, anak penoreh getah , anak yang ketiadaan ibu dan bapa yang berjaya dengan cemerlang dalam upsr yang diumumkan hari ini.

Benar kata kl citizen bahawa banyak perkara yang perlu dipelajari oleh anak-anak kecil ini. Bagaimana jika harapan menggunung untuk memperolehi 5A tidak kesampaian. Usia semuda itu telah terbeban dengan harapan. 5A adalah lambang kejayaan. Lambang kecemerlangan. Lambang pelajar yang pandai.

Minitis airmata sampai ada yang bengkak matanya tak terduga .......... harapan tinggal harapan 5A gagal dicapai. Rasa kecewa pasti dirasai oleh anak - anak semuda ini.

Jam 9.30 pagi tadi aku menelepon anak keenam aku yang mengambil keputusan upsrnya. Tak dapat lagi ayah........ tapi dengar khabarnya sekolah kita niii (SRAB khairiah K.terengganu)..... seramai 21 orang memperolehi 5A dan 21 orang mendapat 4A 1B. Sekolahnya mempunyai murid tahun enam seramai 83 orang.

Wow..... hebat tuuuu...... kata aku memberi perangsang. Jam 10 pagi sekali lagi aku membuat panggilan.... dah tahu kebelum ? Belum kata anakku. Tapi aku menangkap sesuatu dari nada suaranya. Dah dapat tuuu.... uji aku. Belum....... ok..... tapi ayah punya perasaan kakak dapat 4A 1B kan?........ lama juga panggilan ku tak dijawab.

Dan dia akhirnya mengiyakan tembakan aku tadi. Ok.... tahniah kakak. Oklah tuuuu...... 4A 1B (subjek sains). Aku maklumkan padanya bahawa aku ke sekolahnya sekarang untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu bersama ibu.

Tiba disekolah ibunya terus memeluk dan menciumnya. Aku melihat titisan airmata jernih mengalir. Matanya merah.........

Aku membuat panggilan pada semua abang dan kakaknya untuk memberikan ucapan tahniah pada adik mereka. Moga semangat dan kekecewaannya terubat dan pulih kembali.

Semoga jiwa mu makin kental . 5a atau 5e bukan faktor penentu kejayaan atau kegagalan masa depan. ....masih banyak lagi halangan dihadapan.

Khamis, 19 November 2009

hujan yang turun..........





Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Air dijadikan Allah darinya hidup sesuatu dan air adalah kurnia yang sangat besar kepada manusia.Siapakah yang menurunkannya dari langit kalau bukan Allah? Bagaimana keadaan kita jika tidak mendapat air?

Sesungguhnya Allah jualah yang maha kuasa menukar air yang segar diminum menjadi masin atau pahit. Maka hendaklah kita semua bersyukur kepadanya yang telah menjadikan air segar untuk diminum dan bukannya masin.

Selasa, 17 November 2009

isteriku bidadari........

Salam semua. Semalam saya membaca sebuah buku mengenai hari akhirat. Ada satu ayat dalam surah al waaqi'ah menceritakan mengenai bidadari di syurga.

Allah telah menjadikan perempuan-perempuan yang sentiasa terlihat muda atau seperti baharu saja dilahirkan dari ibu-ibu mereka yang masih dara dan tidak pernah disentuh oleh lelaki pun.

Allah jadikan mereka sebagai satu kenikmatan yang disediakan untuk ahli syurga. Dan yang menariknya ialah isteri-isteri yang soleh di dunia ini akan dimasukkan Allah ke dalam syurga sebagai isteri yang kecantikannya melebihi bidadari untuk suaminya sendiri.

sila rujuk ayat 35 surah berkenaan.

Isnin, 16 November 2009

Isteri adalah amanah Alllah jua.....

Wanita bukanlah sebarangan makhluk. Penciptaannya sangat hebat. Dia adalah amanah Allah bila menjadi isteri kita. Dia adalah penyelamat diri kita ketika kita lupa dan terlalai.Sayangilah dia.

Ahad, 15 November 2009

menangi hati isteri --- part two.

no.6 : hendaklah selalu memeriksa tong sampah.Jika sudah penuh tolong buangkan sampah itu.Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.


no.7 : Ketawalah pada jenaka yang dibuatnya.

no.8 : Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda.Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain atau melihat jam.

no.9 : Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

no.10: Biar dia tahu bahawa anda sentiasa membawa gambarnya dalam dompet anda.

no.11: ............ cukuplah dulu kalau dah beramal setakat nombor 10 kira dah ok lah tuuu....

Sabtu, 14 November 2009

HINI dulu ,kini TAUN pula .............

Penyakit taun diisytihar wabak di Terengganu


KUALA TERENGGANU: Taun kini diisytiharkan sebagai wabak di Terengganu apabila bilangan pesakit yang mengalami gejala muntah dan cirit birit kronik yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini meningkat kepada 56 orang semalam, berbanding 20 orang kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun setakat ini hanya tiga daripada pesakit terbabit disahkan mengidap taun berdasarkan analisis sampel yang dibuat, tetapi penyakit itu diisytiharkan wabak selepas kes kematian pertama dicatatkan kelmarin.

"Sebagai persediaan dan langkah pencegahan awal, beberapa hospital di daerah lain juga sudah diarah membuka wad isolasi bagi menangani wabak daripada terus merebak.


"Jabatan juga sudah menghantar beberapa pegawai melaksanakan kerja mengambil sampel dan mengenal pasti punca wabak itu berlaku bagi membolehkan kerja pencegahan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Dr Nordiyanah berkata, bagi memastikan wabak tidak menular dan dapat dikawal, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka tidak mendapat jangkitan.

"Langkah yang perlu diambil termasuk mengelak makanan yang sudah tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna, mengelak meminum air yang tidak dimasak, menjauhi premis perniagaan dan pengendali makanan yang tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan yang baik dan jangan makan makanan yang sudah terdedah," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di wad isolasi HSNZ semalam mendapati, pekarangan wad sesak dengan waris pesakit yang ingin melawat tetapi tidak dibenarkan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan hospital.

Sementara itu, waris pesakit, Wan Mohd Zaki Wan Abdul Rawi, 24, berkata dia akur dengan larangan hospital yang tidak membenarkannya bertemu ibu saudaranya di wad isolasi.


Kepada ibubapa yang anak-anak mereka akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM minggu depan pastikan mereka semua tidak membeli makanan yang dijual ditepi-tepi jalan. Janganlah nanti terpaksa mengambil peperiksaan diwad hospital pula.

Jumaat, 13 November 2009

antara cara menangi hati isteri........


Seorang suami mestilah bijak memenangi hati isterinya. Barulah ada ketenangan dalam rumahtangga. Entah petua entah ketidak apa yang aku coretkan ini.....tapi yang pastinya hanya suami isteri saja yang boleh mengamalkannya. Awek mengawek, balak-membalak tak payahlah....... tak berkat hidup anda.



No wahid : bila anda pulang ke rumah, carilah dulu dia (yakni isteri) sebelum anda melakukan perkara lain dan peluklah dia.


No two : bila cuaca sejuk (terutamanya musim tengkujuh kini) eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

no tiga : berikan dia lima pelukan setiap hari . Sekali waktu subuh, satu waktu zohor,asar.maghrib dan Isya'. Jika tidak berkesempatan himpunkan dua atau tiga pelukan bila waktu terluang.


no empat: bila dia memarahi pada seseorang,eloklah anda menyebelahi dia .Kalau anda tidak setuju dengan caranya itu boleh diselesaikan kemudian.


no lima : layanilah dia sebagaimana anda melayan dia semasa awal-awal dulu.


kalau rajin mungkin bersambung esok.....

Khamis, 12 November 2009

Dua ratus empat belas ribu rial........

Perlawanan akhir piala malaysia sudah pun berakhir. Rumah siap tapi pahat masih berbunyi. Boleh bangkrap KAFA kalau kena bayar kerosakan tempohari. Aku pun memang tak setuju dengan tindakan segelintir penyokong tersebut tetapi bila membaca catatan dibawah timbul pula rasa simpati. Bacalah dulu sampai habis ...... kalau nak marah pun.


Terima kasih KOSMO!

APAKAH? Apasal banyak sangat? Tak pastilah. Tapi ni dia info mengenai RM214,000 tu :
  • Kerusi Tempat Duduk Penonton : RM500 x 224 unit = RM112,000. (Haish mahal gila. Betul ke seunit kerusi ambil kos sampai RM500? Wah wah wah! Mahal.
  • Pintu Masuk Stadium : Gate Kuning (RM5000) + Gate Merah (RM5000) + Selak pagar (RM5000) = RM15,000. Wah wah! Mahal jugak. Adeh!
  • Tandas : Kepala Paip + Mangkuk Tandas + Sinki = RM27,000. Wuhaha! Pakai mangkuk tandas emas + Kepala Paip Perak + Singki Gangsa memang la mahal. Gurau je ;)
  • Trek : RM60,000.
  • TOTAL : RM214,000!!



Tapi stadium tempat aku ni siapa pula nak bayar semua kerosakannya ? Bukan tempat duduk saja yang terbakar ni? PBSNT ke yang kena bayar semua tu? Siapa ya ?......... Manalah aku tahu?....... Ultraman kut kena bayar semua ni sebab dia yang rosakkan.......


Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Ir. Azizan Razak
TUESDAY, 10 NOVEMBER 2009 17:52
pmsia26

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya. Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium. Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA. Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air. Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini. Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA. Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah. Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya. Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib. Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia? Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA. Sekian, terima kasih.
Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional, Hp : 012-2050538

catatan ini diambil dari kelate.net

Isnin, 9 November 2009

SPM.......sekolah,,,,,,periksa...... main..



anak kelima aku bersama ibunya





ibunya bertemu dengan dua rakan lamanya sewaktu belajar dulu.....
rupanya rakan-rakan ibu itu adalah guru pada anaknya
...


Semalam aku menghadiri majlis graduasi anak kelima di Terengganu Equestrian Resort(TER). Majlis ini untuk para pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang akan mengambil peperiksaan spm tidak berapa hari lagi. Waktu aku bersekolah dulu tak pernah pun ada majlis seperti ini. Tiada majlis seumpama ini pun ramai juga rakan sekolah aku dulu yang bekerja sebagai doktor, peguam ,guru dan pelbagai jawatan lagi.Jadi orang besar parti-parti politik ternama tanahair pun ada.

Dalam zaman duit susah dan payah ini ada pula majlis seperti ini diadakan. Tak tahulah aku sejauh mana berkesannya pada diri para pelajar.
Yang jelasnya mak dan bapa mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk program ini. Aku diberitahu bahawa majlis seperti ini banyak diadakan di sekolah-sekolah di Terengganu. Di negeri lain adakah majlis yang seumpama ini berlaku? Itu tidak lagi termasuk jamuan akhir tahun persekolahan.

Jamuan ini tidak dibuat di sekolah tetapi di restoran dan kedai-kedai makan berjenama. Sekali lagilah mak bapak kena keluarkan wang. Budak-budak sekarang apa tahu . Yang dia tahu jamuan ini sangat penting kerana itulah kali terakhir bersama rakan sekelasnya. Selepas SPM nanti masing-masing akan membawa diri .
Perlu sangatke majlis seperti ini diadakan? Mungkin bagi yang ber wang no problem....... ... dulu lain sekarang lain.

Sabtu, 7 November 2009

ketabahan ibu......

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )

Ketabahan seorang ayah.....

Khamis, 5 November 2009

Melangkah gagah.......................


anak ketiga
yang sedang menuntut disebuah universiti tentera ditanahair
.
aku hormati kesungguhan dan ketabahannya untuk berkhidmat dengan angkatan tentera




bersama rakan-rakan seperjuangannya

dihadapan kapal perang korea selatan

tinggalkan ibu tinggalkan ayah
serta sanak saudara
membuktikan kesetiaan kita

pada bumi malaysia


Dalam membesarkan anak-anak kita memerlukan banyak kesabaran. Banyak idea diperlukan. . Pelbagai kaedah perlu digunapakai. Gagal satu pelan tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya. Anak-anak hari ini cerdik tetapi nakal.

Mempunyai anak yang ramai lagilah memerlukan kita memerah otak dan keringat.Kita juga kena memahami perilaku yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang jenis riang selalu. Ada yang suka memendam rasa dan perasaan. Ada yang suka dibelai. Yang perlu ialah bagaimana kita memenuhi keperluan tiap anak tersebut.
Apa pun anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayang.

Dalam memberikan kasih sayang janganlah terlalu mengongkong hingga anak tersebut terlalu dilindungi dan dimanjai. Kesannya nanti bila dewasa ia akan menjadi anak yang mementingkan diri sendiri. Dengan sifat ini menyebabkan orang tidak ingin bergaul dengannya nanti.

Dan dibimbangi juga ia sukar untuk berkomunikasi dengan baik hatta dengan isterinya jua kelak.Anak adalah harta yang tidak ternilai.
Mengurusnya memerlukan nilai seni yang tinggi jua.