Pengikut

Sabtu, 28 November 2009

niii yang isteri naik angin ..............................

Kehidupan berumahtangga banyak memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Ilmu yang kita tidak akan perolehi dari universiti atau mana-mana sekolah. Ia datang melalui pengalaman dan pelbagai peristiwa yang menimpa. Ada lucu, sedih, manis , masam dan pahit. Lagi lama usia perkahwinan itu lagi banyak pengalaman dan ilmu diperolehi.

Antaranya ialah seperti perkara - perkara berikut.

Iaitu perkara yang menyebabkan isteri naik darah, naik angin, naik taufan atau mungkin sampai peringkat angin puting beliung menerbangkan semua sekali barangan dalam rumah.

mungkin ini diantaranyaaa seperti catatan di bawah. Kalau setuju bunyikan hon !!!!!

1. Suami bertangguh dan buat relax je...... sedangkan isteri sudah acapkali memanggil untuk makan bersama. Bukan apa mudah untuk mengemaskan meja makan dan boleh buat kerja lain pula.

2. Suami duduk seperti batu dalam rumah. Belum mandi, pakaian tidak bersalin, tidak bercukur laksana orang gila yang tak terurus.

3. Suami asyik menonton televisyen, membaca akhbar hingga tidak ada lagi muka surat yang hendak dibaca. Memerap depan komputer.


4. Isteri balik ke rumah dan mendapati rumah berselerak dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh. Suami tidak tolong mengemas.


5. Bila menyalin pakaian , suami hanya tahu mencampakkan baju kotor merata tempat bukan dalam bakul yang disediakan.


6. Suami dengan muka manis dan selamba menawarkan diri untuk membantu isteri di dapur tapi hasil kerjanya comot dan meninggalkannya dalam keadaan berselerak dan kotor.

Geeeeram. geeeraaaam janganlah engkau geram wahai sang isteri.

16 ulasan:

  1. salam aidiladha
    ni topik yang best...sebagai seorang isteri memang betul apa yang dikatakan tu...bagi saya yang paling naik angin ialah bila seorang lelaki yang make do know je bila bini dok sembang dengan dia...kalau dengan orang lain...jadi mcm burug murai...lelaki macam ni ke?

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz..

    kalau nak disenaraikan mmg banyak lagi... :)

    BalasPadam
  3. Syukur Alhamdulillah, satu pun daripada senarai di atas tidak dilakukan oleh suami saya, hehehee.. Cuma sesekali bengang bila dia mudah lupa apa yang sudah diberitahu kepadanya.. :)

    BalasPadam
  4. Menyokong en Abu Muaz..jadilah suami yang senonoh..barulah isteri sayang..

    BalasPadam
  5. pakcik muaz bkn macam ni 0rgnya kn....

    BalasPadam
  6. mmg betullah tu akan wat isteri naik hangin tapi ada yg pandai cpt2 pujuk hehe

    BalasPadam
  7. doakan koi jadi suami yg baik....

    BalasPadam
  8. kalau setuju camne nk bunyikan hon ni..:))
    salam aidiladha.

    BalasPadam
  9. Salam Abu Muaz. Isteri pun suka naik hangin...terutama bila nak datang...

    BalasPadam
  10. salam abu muaz,
    hehehehe selalunya macamnilah sikap suami.
    bagi mama bukan bermakna suami yg bersikap begini bukan suami yg baik.

    tetapi memang hangin satu badanlah kalau begini jadinya...

    bagi mama bukanlah bmakna suami yg bsikap begini adalah suami yg tidak baik pd isterinya, kdg2 mereka mbantu juga perkara2 lain...

    so, bila jadi pkara begini, hangin camna pun tahan jelah. anggapjelah tu kesilapan yg terpinggir.

    selalu pandang byk kbaikannya bbanding melihat sedikit keburukan & kesilapannya..

    BalasPadam
  11. Dah tabiat lelaki macam tu...Susah nak ubah..Terima ajelah seadanya..hehehe.. Kalau naik angin pun apa yang dapat...buat penat aje...

    BalasPadam
  12. Salam...:)

    Kalau lelaki itu mendapat didikan dari ibubapanya dari kecil lagi dalam keadaan baik maka baiklah dia hingga ke alam perkahwinan...soal dia berubah itu atas iman yg dia sendiri kena didik dan jaga.

    BalasPadam
  13. assalammualaikum abu muaz

    1. hon!
    2. hon!hon!
    3. hon!hon!hon!
    4. hon!hon!hon!hon!
    5. hon!hon!hon!hon!hon!
    6. hon!hon!hon!hon!hon!hon!

    saya seorang je ke yang bunyikan hon!!!?

    BalasPadam
  14. Hhmmm...
    hhee..sabar..
    Isteri tu kan penyabar orangnya..
    Isteri yg penyayang lah katakan...
    cayanggg..cuk..

    BalasPadam
  15. bukan setakat naik angin mulut pun pok pet pok pet sama...

    BalasPadam
  16. ha..ha...hhaaaaaaaaaaaa.....angin dah makin kuat.

    BalasPadam