Pengikut

Selasa, 17 November 2009

isteriku bidadari........

Salam semua. Semalam saya membaca sebuah buku mengenai hari akhirat. Ada satu ayat dalam surah al waaqi'ah menceritakan mengenai bidadari di syurga.

Allah telah menjadikan perempuan-perempuan yang sentiasa terlihat muda atau seperti baharu saja dilahirkan dari ibu-ibu mereka yang masih dara dan tidak pernah disentuh oleh lelaki pun.

Allah jadikan mereka sebagai satu kenikmatan yang disediakan untuk ahli syurga. Dan yang menariknya ialah isteri-isteri yang soleh di dunia ini akan dimasukkan Allah ke dalam syurga sebagai isteri yang kecantikannya melebihi bidadari untuk suaminya sendiri.

sila rujuk ayat 35 surah berkenaan.

26 ulasan:

  1. ...kita tak tahu nasib di sana
    baikkah atau sebaliknya...........

    amalan dan taqwa
    jadi bekalan....

    BalasPadam
  2. salam en ,

    hmmmmmmm
    alangkah nikmatnya kalau kita antara insan2 terpilih itu....

    BalasPadam
  3. InsyaAllah..Isteri kita adalah ketua bidadari dalam syurga nantinya..InsyaAllah

    BalasPadam
  4. kakcik : biarlah kita kekal dengan taqwa hingga akhir hayat.Janji Allah adalah pasti.

    BalasPadam
  5. Lana Bulu : semoga Allah makbulkan doa kita.InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. Err... ada peluang jadi bidadari tupanya, hehe... kena usaha lebih la sikit.

    BalasPadam
  7. Salam semua. Tidak perlu tunggu di akhirat. Di dunia ini pun jika isteri kita isteri solehah, sudah dapat kita rasakan nikmat hidup berkeluarga. Saya sudah dan senang mengalaminya. Payah diunggap di sini...

    BalasPadam
  8. Tie : rebutlah peluang yang ditawarkan itu sementara masa masih ada.


    yoh teh : takbir tuan.

    BalasPadam
  9. sebuah N3 yang sangat berharga bagi wanita.. terima kasih abu muaz kerana mengangkat wanita begitu infiniti..

    semoga ramai wanita Islam yang akan menjadi BIDADARI SYURGAWI itu nanti..

    mama akan buat sebuah puisi BIDADARI SYURGAWI buat anda abu muaz..heee..

    BalasPadam
  10. beruntunglah andai dpt berada disana.. moga kita dlm keberkatan

    BalasPadam
  11. salam...tuan abu muaz,

    puisi khas buat tuan abu muaz ( khas buat isteri tuan)


    Bidadari

    Isteri yang solehah memang benar bidadari di dunia ini
    Permata yang amat berharga
    Hiasan yang amat menawan
    Peneguh yang amat kukuh
    Isteri yang solehah berbalut ilmu berselimut akhlak
    Isteri yang solehah menembus kalbu
    kerana semua yang dia lakukan berasal dari ketulusan hati,
    dari keikhlasan jiwa
    Isteri yang solehah adalah rizq yang tidak ternilai dari Allah,
    Yang menggenggam segala kemuliaan, pemberi segala kebahgiaan
    Wahai kaum muslimin, pilihlah wanita solehah dengan mensolehkan dirimu
    Wahai wanita solehah, jadilah bidadari dengan peribadi yang indah kerana Allah semata

    al

    BalasPadam
  12. salam ziarah buat tuan abu muaz........

    BalasPadam
  13. mama min : terima kasih puisi yg dicipta khusus untuk saya.

    BalasPadam
  14. maiyah : insyaAllah waktu masih ada untuk menambahkan amal.

    BalasPadam
  15. echah : mungkin , semua masih ada peluang lagi.

    BalasPadam
  16. anak laut : terima kasih.terima kasih.... tabik untuk anak laut.


    ibrahim : rajin-rajinlah singgah di teratak buruk saya ni.

    BalasPadam
  17. Cik Cookie hrp Cik cookie jadi bidadari buat si suami dunia dan akhirat.amin...

    BalasPadam
  18. sedap puisi yg anak laut buat khas utk isteri tuan abu muaz...pasti isteri tuan tersenyum membacanya kan!

    BalasPadam
  19. fadzilah : sapa tak kenal anak laut. Bakal pemuisi negara

    BalasPadam
  20. assalammualaikum abu muaz

    nak tanya sikit

    kenapa gambar kat header atas tu tinggal abu muaz sorang je?
    dulu2 gambar ngan orang rumah sekali...kan

    ke
    dah berangankan isteri si bidadari?

    BalasPadam
  21. ha,ha,haaaaaaaaaa. Ada sebelah tu cikgu. Bidadari mana nampak!!!

    BalasPadam