Pengikut

Khamis, 5 November 2009

Melangkah gagah.......................


anak ketiga
yang sedang menuntut disebuah universiti tentera ditanahair
.
aku hormati kesungguhan dan ketabahannya untuk berkhidmat dengan angkatan tentera




bersama rakan-rakan seperjuangannya

dihadapan kapal perang korea selatan

tinggalkan ibu tinggalkan ayah
serta sanak saudara
membuktikan kesetiaan kita

pada bumi malaysia


Dalam membesarkan anak-anak kita memerlukan banyak kesabaran. Banyak idea diperlukan. . Pelbagai kaedah perlu digunapakai. Gagal satu pelan tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya. Anak-anak hari ini cerdik tetapi nakal.

Mempunyai anak yang ramai lagilah memerlukan kita memerah otak dan keringat.Kita juga kena memahami perilaku yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang jenis riang selalu. Ada yang suka memendam rasa dan perasaan. Ada yang suka dibelai. Yang perlu ialah bagaimana kita memenuhi keperluan tiap anak tersebut.
Apa pun anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayang.

Dalam memberikan kasih sayang janganlah terlalu mengongkong hingga anak tersebut terlalu dilindungi dan dimanjai. Kesannya nanti bila dewasa ia akan menjadi anak yang mementingkan diri sendiri. Dengan sifat ini menyebabkan orang tidak ingin bergaul dengannya nanti.

Dan dibimbangi juga ia sukar untuk berkomunikasi dengan baik hatta dengan isterinya jua kelak.Anak adalah harta yang tidak ternilai.
Mengurusnya memerlukan nilai seni yang tinggi jua.

37 ulasan:

  1. u must be so proud of him..u did a great job..

    BalasPadam
  2. ...apa lagi yang harus dikatakan... anugerah Tuhan amat tidak ternilaikan...

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak dengan baik. Doakanlah agar mereka mendapat kejayaan di sini dan juga di sana. Anak-anak ini, adakalanya tidak memahami teguran kita. Bagi mereka, kita mengongkong, walhal kita tak mahu mereka tersasar dari landasan yang benar...

    BalasPadam
  4. mengikut jejak langkah abg sul0ng??

    BalasPadam
  5. Salam Abu Muaz,

    Sejuk perut ibu mengandung.. syukur alhamdulillah.. tahniah sekali lagi..

    BalasPadam
  6. salam,

    wahhhhhhhhhhh study kat upnm ke? student2 tu salu gak datang opis i nih n wat prektikal.
    heeeeeeeeeee

    BalasPadam
  7. betul tu setiap anak,karenahnya tak sama....kadang menyeronokkan kerana ia memberi berbagai bentuk pengalaman!!

    BalasPadam
  8. tahniah buat anak tuan..semoga dpt berbakti kepada nusa dan bangsa.

    BalasPadam
  9. Tahniah en Abu Muaz..anda mendapat anugerah yang baik2 belaka..

    BalasPadam
  10. yohteh : terimakasih sudi singgah.

    BalasPadam
  11. kakcik seroja : benar tu bukan kita nak konkong sangat tetapi mengawal supaya tidak tergelincir.

    BalasPadam
  12. Salam Abu Muaz, agak-agaknya umur kita sebaya. Anak saya pun sebesar anak tuan. Tetapi setelah gagal meneruskan pelajaran di UITM, dia terus masuk bekerja di Bank Negara sebagai pegawai keselamatan. Walaupun saya tidak berapa berbangga dengan karier dia yang sekarang ini, tetapi melihat pada komitmennya, saya rasa lega. Lebih lega lagi apabila dia ingin menyambung semula pelajaran secara sampingan...

    BalasPadam
  13. shaRamli :kerja semua dilautan tetapi bidang tugasnya berbeza. Satu kapal dagang yang satu lagi kapal perang.

    BalasPadam
  14. Werdah :Terima kasih .


    blueCity : ya ke....

    BalasPadam
  15. hai ; pengalaman yang sangat berharga dan mahal harganya.

    BalasPadam
  16. endiem : terima kasih tuan.

    fadzilah : insyaAllah cikgu.

    BalasPadam
  17. relevan : terima kasih tuan.


    MyBabah : baguslah ada cita-cita untuk sambung belajar kembali. Mungkin dia sudah matang bila terlibat dengan bidang pekerjaan.

    BalasPadam
  18. sebahagian amanah dah terlaksana, moga kita yang ada ni dapat juga melaksanakan amanah dengan sebaiknya

    BalasPadam
  19. sejuk perut mak mengandung ssh payah.
    senang hati abah dapat ank mcmtuh.
    amin buat dia.
    semoga terus berjaya.

    BalasPadam
  20. cikcookie : abah dah konpius ni yang mana satu pujaan hati>?

    BalasPadam
  21. hemsom jugak anak awok ye..rodong, ade macam awok muda2 dulu??

    BalasPadam
  22. Salam,
    Seronoknya ramai zuriat dan bagus-bagus pula tu... Tahniah pada mak, abah dan anak-anak yang berjaya. Syukur atas segala kurniaan Allah...kejayaan juga merupakan suatu ujian Allah terhadap hambaNya...

    BalasPadam
  23. sronok ngan kuarga abg muaz ni, trsnyum bila tgk

    BalasPadam
  24. ckg rash :terima kasih atas ingatan ini.

    cemomoi :insyaAllah.

    BalasPadam
  25. syahbandar87 :terima kasih kerana singgah.

    BalasPadam
  26. Cikgu jang : kuah tumpahnya dalam nasilah tuan.

    BalasPadam
  27. maiyah : terima kasih, terima kasih....

    BalasPadam
  28. berjaya anak² abu muaz..
    ari tu da konvokesyen dah sorang..
    haa, kena nuntut ilmu nga bu muaz nh... hihi

    BalasPadam
  29. Duan : boleh . bawa pisang emas sesikat. Hati nyamuk satu dulang, ha,ha,.....

    BalasPadam
  30. tahniah atas kejayaan anak2 ni....kejayaan anak2 ini bermula dari rumah...

    BalasPadam
  31. salam AbuMuaz...
    dah mula nampak di depan mata kejayaan mereka.seronok mulai terasa ...

    anak2 ummi masih alam sekolah men dan rendah lagi..

    BalasPadam
  32. slm... fuh teringat plak zaman kawe jd kadet mulo huhuhuh.. hr2 nyanyi lagu ni semasa PT pg...

    BalasPadam
  33. Kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan ibu ayah; memang payah menduga akan takdir & kudrat anak-anak untuk masa depan;

    Jika memandang kepada keluarga saya kami memang orang biasa, tiada kalangan kami pun menjadi VVIP dalam kerjaya tetapi sekadar insan biasa.

    Cabaran & saingan untuk anak-anak kini memang tinggi Sdr Abu Muaz antara ayah nan beruntung punyai zuriat nan berjaya. Agar segalanya akan berjalan seperti dirancang.

    ... (3dot) bagi saya biar di bidang mana anak kita berkerja yang penting rajin & tekun. Gaji lumayan tak semestinya memandukan kehidupan yang senang & bahagia jika tidak dapat menguruskan rumah tangga sebaiknya. Hidup yang sederhana sering lebih bahagia berbanding mereka yang kaya raya tetapi lupa diri lupa saudara mara.

    BalasPadam
  34. iDAN : terima kasih atas catatan itu. Sila bertandang lagi .

    BalasPadam