Pengikut

Isnin, 9 November 2009

SPM.......sekolah,,,,,,periksa...... main..



anak kelima aku bersama ibunya





ibunya bertemu dengan dua rakan lamanya sewaktu belajar dulu.....
rupanya rakan-rakan ibu itu adalah guru pada anaknya
...


Semalam aku menghadiri majlis graduasi anak kelima di Terengganu Equestrian Resort(TER). Majlis ini untuk para pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang akan mengambil peperiksaan spm tidak berapa hari lagi. Waktu aku bersekolah dulu tak pernah pun ada majlis seperti ini. Tiada majlis seumpama ini pun ramai juga rakan sekolah aku dulu yang bekerja sebagai doktor, peguam ,guru dan pelbagai jawatan lagi.Jadi orang besar parti-parti politik ternama tanahair pun ada.

Dalam zaman duit susah dan payah ini ada pula majlis seperti ini diadakan. Tak tahulah aku sejauh mana berkesannya pada diri para pelajar.
Yang jelasnya mak dan bapa mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk program ini. Aku diberitahu bahawa majlis seperti ini banyak diadakan di sekolah-sekolah di Terengganu. Di negeri lain adakah majlis yang seumpama ini berlaku? Itu tidak lagi termasuk jamuan akhir tahun persekolahan.

Jamuan ini tidak dibuat di sekolah tetapi di restoran dan kedai-kedai makan berjenama. Sekali lagilah mak bapak kena keluarkan wang. Budak-budak sekarang apa tahu . Yang dia tahu jamuan ini sangat penting kerana itulah kali terakhir bersama rakan sekelasnya. Selepas SPM nanti masing-masing akan membawa diri .
Perlu sangatke majlis seperti ini diadakan? Mungkin bagi yang ber wang no problem....... ... dulu lain sekarang lain.

43 ulasan:

  1. Dari pemerhatian saya, sekolah2 yang selalu buat majlis 'ala-ala orang kaya' ni adalah sekolah2 berasrama penuh.. tak kira la, sekolah sains ke, MRSM ke, Integrasi ke.. saya pun tak paham.. pada hal ibu bapa murid2 sekolah tu kebanyakannya berpendapatan sederhana sangat.. sy tahu ni sbb adik dan kebanyakan sepupu2 & anak2 saudara saya pernah bersekolah jenis 'high prestige' ni.. Saya tak paham.. sama ada pentadbiran (Pejabat Pendidikan) yang suruh buat atau pun program cikgu2 nya saja.. yang lebih2 nak makan free kat hotel2 mau pun restoran 5 bintang.. ;b

    BalasPadam
  2. Sekolah saya dulu tak ada pulak buat program macam ni..maklumla sekolah kampung..tapi tak pulak menjejaskan hubungan saya dengan kawan-kawan lama. Ada yang masih berhubungan sampai sekarang pun.

    BalasPadam
  3. he hee betul tu... sebab lama dok asrama aku paham gak sikit sebanyak keadaan tu ada satu crita aku dulu pon gitu gak tak bayar untuk jamuan akhir tahun sebab penganjurnya ada hutang ngan aku maklum le duit bukan senang nak dapat, so kalu ko setel hutang baru aku join... lastly aku dok sorang-sorang dalam gelap beruzlah dan makanan yang ditinggalkan untuk aku aku bagi kat orang lain le sebab aku tade hak untuk makan

    BalasPadam
  4. sekolah anak saya buat jamuan asrama akhir tahun di hotel Vistana...adusss!!

    BalasPadam
  5. salam ziarah... uh uh uh uh kawe dulu pun masa sekolah kena wat kt hotel juga.. xtau la apa motifnya... tp skrg bg students2 kawe... kawe x suka buat jamuan2 gini, cukup sekadar mkn2 cikit dlm kelas udah memadai...

    kalo mereka nk wat kt hotel juga... seboleh2nya kawe akan mengelak.... huhuhuhu

    BalasPadam
  6. salam Abu Muaz
    zaman sudah berubah .. apakh nilai universiti skrg ni sama lak dgn SPM jer... poning mak bapak yg bertaraf cam ummi .

    BalasPadam
  7. yelah zaman dah brubah, nak wat camne, tp tahniah pd anak

    BalasPadam
  8. memang dah jadik trend sekarang jgn kata sekolah pejabat kejaanpun suka mengadakan jamuan sebegitu di tempat-tempat yg agak gah. memandangkan keadaan ekonomi yg didakwa PM tak menggalakkan apa kata kalu kita buat macam dedulu, masak sendiri...

    BalasPadam
  9. sekali sekalo takpo...buak acak2 gak..."tiris" jugok duit mok pok....hmmm...zame lo ni...

    BalasPadam
  10. membuatkan kite serba dalam bersalah...

    BalasPadam
  11. dulu masa sek takde pun jamuan kat hotel..dlm kelas je..tapi merasa la jugak jamuan kat hotel bila dah final year kat universiti..seronok jugak walaupun byk duit habis..mesti nak pakai baju yg glamer2 kan!

    BalasPadam
  12. assalammualaikum

    sama je trend nya, cuma sekolah saya, buat di sekolah je...takde bajet buat di hotel

    BalasPadam
  13. abu muaz...
    it's a matter of business... ada yang untung tu..!!!

    BalasPadam
  14. Salam...

    Tahniah buat anak sdra...:)

    BalasPadam
  15. luahan seorang bapa.hehe..betul tu..kdng2 pihak yg menguruskan x prnh pun pk soal masalah ibubapa yg ssh ni..mungkin jg mereka ambil mudah bnda2 cani.mungkin jg mereka menganggap golongan yg x mampu itu hnyalah kes2 terpencil shja.lalu mereka mengabaikan..mungkin la..wallahu'alam

    BalasPadam
  16. budha-ya baru seperti ini merebak dengan pantas sekali dan menjadi ikutan banyak sekolah. Objektifnya bagus cuma pelaksanaanya kena teliti. Mungkin sekolah kena sesuaikan dengan keadaan semasa (ekonomi, taraf hidup ibu bapa dsb)

    p/s: SESMA tu tempat saya bertapa satu tahun semasa Matrikulasi 1986.

    BalasPadam
  17. nasib baek takde anak lagi...
    haha...

    BalasPadam
  18. dulu lain sekarang lain
    dulu miskin sekarang kaya
    (klu miskin pun terpaksa jadi kaya nak menjaga hati org yg dibela)

    BalasPadam
  19. mak ayah sanggup wat ap sj..nnt kal0 xbg duit..kesian kt anak2...tgk anak 0rg lain bleh pegi..

    BalasPadam
  20. hurmm...
    salam ziarah pertama saya...
    sekarang dah x sama macam zaman kita bersekolah dulu.. skarang semua nya nak guna duit.. banyak pulak tu

    Ada kalanya ibu terpaksa telan sendiri setiap kepayahan, korbankan apa saja asalkan anak-anak tidak rasa tersisih diantara kawan kawan.. walaupun kadangkala anak-anak faham tapi ibu masih x sampai hati..

    Susah nak jelaskan yer.. hurmmm

    BalasPadam
  21. mungkin sy tk mampu mengadakan spt yg pihak sekolah minta dengan keadaan sy begini..tp kesian pulak pada anak2 jika tidak dipenuhi permintaan pihak sekolah..
    apa2 pun sy sgt bersyukur kerana masih ada guru2 yg perihatin nasib anak sy hinggakan snggup memberi sumbangan yg sgt bersar ertinya buat sy.

    BalasPadam
  22. anak2 saya semuanya bersekolah agama swasta mmg terasa kesan pengeluaran wang yg sangat banyak kerana ada2 jer perkara yg kena keluarkan wang setiap waktu..sedangkan kita bukanlah kaya..terpaksala berakit2 kehulu dan berenang2 ketepian..

    BalasPadam
  23. Salam en Abu Muaz..

    Kawan tak sempat amik SPM..ayoh suruh urus kebun..duduk dalam kebun tanam pisang..

    BalasPadam
  24. wifenavy ;

    susah nak kata....nanti tersentuh perasaan pula.

    BalasPadam
  25. Tirana : betul tu



    cemomoi : gentleman betul tuan....

    BalasPadam
  26. hai :
    hotel vistana..... hebat tuuuuu.Samataraf dengan menteri je.


    cikgu adham : comel doh gitu cikgu.

    ummi humaira : memang jadi trend sekarang ni..

    BalasPadam
  27. maiyah : thanks.

    noorlara :
    budgetkurang .... mintak bonus tak dapat ,wa wa waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .......


    acutra : bukan tiris je wehhhh....

    BalasPadam
  28. cikgu jang : jadi semua serba salah.

    BalasPadam
  29. fadzilah : kalau dah sampai u tu berbaloilah juga cikgu.

    BalasPadam
  30. a l kitizen : sepatutnya begitulah.Cukup dalam kelas je buat jamuan tu.

    BalasPadam
  31. yoh teh : tak,tak,tak, tak untung......

    BalasPadam
  32. Abd razak : terima kasih

    syahbandar : saya cuma berkongsi perasaan dengan orang lain .Itu saja.

    BalasPadam
  33. DrSam : oh pernah mmenginap disitu juga ya...

    BalasPadam
  34. Duan : tunggulah bila tiba waktu dan saatnya nanti...

    BalasPadam
  35. A Brother of 4 anis : kekgi mu kawin mu tahu r

    BalasPadam
  36. KuIna : sekali sekala nak rasa juga jadi orang kaya.... ha, ha, haaaa

    BalasPadam
  37. sha Ramli ; sentimental belaka mak ayah ni.

    mamamin : terima kasihla kerana sudi singgah diteratak buruk saya ni. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Sila datang lagi.

    BalasPadam
  38. Idalara : ibu memanglah begitu perasaannya.

    BalasPadam
  39. zai ; bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian. Itulah ibu dan bapa.

    BalasPadam
  40. relevan : SPM - syarikat pisang malaysia.Sungguh jauh wawasan ayah tuan.

    BalasPadam
  41. Salam Abu Muaz. salam ziarah. Tentunya kejayaan ini mengandungi rahsia yang tersembunyi. TAHNIAH

    BalasPadam
  42. Aidil Fadzil : Salam dan terima kasih sudi singgah.

    BalasPadam