Firman Allah taala dalam surah as-shaffat ayat 102: bermaksud:
"Maka tatkala dia (Ismail) sampai umur boleh berjalan bersama ayahnya (Ibrahim) dan boleh membantunya , tiba-tiba Ibrahim bersabda : Wahai anak kesayanganku ! aku melihat didalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu , maka fikirkanlah apa pendapatmu. Dia ( Ismail) menjawab: wahai ayah kesayanganku ! lakukanlah apa yang diperintahkan itu , engkau akan dapati saya , insyaAllah, termasuk dikalangan orang-orang yang bersabar ".
Sedarlah kita semua bahawa mimpi seorang rasul adalah wahyu dari illahi. Perkara yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah kepada Ibrahim dan keluarganya yang beriman. Ingatlah bahawa dari zuriat keturunannyalah lahir nabi akhir zaman untuk seluruh manusia.
Sebelum itu nabi Ibrahim telah diuji untuk meletakkan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan itu dibumi Mekkah yang kering kontang . Nabi Ibrahim menunaikan semua perintah Allah yang menjadi ujian kepada mereka . Mereka tetap beriman dan yakin kepada rahmat,kebijaksanaan dan keadilan Allah walaupun Allah telah memerintahkan perkara yang begitu rupa dan cara yang sangat sukar diterima oleh aqal biasa.
Bersempena hari raya qorban ini marilah kita menilik diri kita sendiri sejauhmanakah kita semua telah mentaati arahan dan perintah Allah dalam menjalani kehidupan harian yang terlalu sibuk ini????
Selamat hari raya AidilAdha.
Salam Aidil Adha buat Abu Muaz sekeluarga.. buat korban ke?? :)
BalasPadamSalam, Syekh;
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha. Kesediaan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail berkorban melambangkan kita ini tertakluk pada perintah-Nya. Kita wajib mendahulukan suruhan-Nya, kemudian barulah kita mengharapkan rahmat-Nya.
salam.....aidiladha buat tuan sekeluarga,
BalasPadammoga gembira di hari raya..