Pengikut
Isnin, 30 November 2009
seorang ibu , seorang isteri
awak buat apa ?
Masak....... ehhhh ibu yang baik tak mestinya pandai memasak jeee tau........ ha, ha, wanita tu... ketawa.
Betulke seorang ibu yang baik tidak perlu dan pandai memasak untuk anak dan suaminya??? (bengang aku memikirkan percakapan wanita itu!!!!!!!!!! .................... kenapa jadi begini pemikirannya ??? adakah itu lambang kebebasan wanita? atau apa ya????
Malang sungguh!.
Sabtu, 28 November 2009
niii yang isteri naik angin ..............................
Antaranya ialah seperti perkara - perkara berikut.
Iaitu perkara yang menyebabkan isteri naik darah, naik angin, naik taufan atau mungkin sampai peringkat angin puting beliung menerbangkan semua sekali barangan dalam rumah.
mungkin ini diantaranyaaa seperti catatan di bawah. Kalau setuju bunyikan hon !!!!!
1. Suami bertangguh dan buat relax je...... sedangkan isteri sudah acapkali memanggil untuk makan bersama. Bukan apa mudah untuk mengemaskan meja makan dan boleh buat kerja lain pula.
2. Suami duduk seperti batu dalam rumah. Belum mandi, pakaian tidak bersalin, tidak bercukur laksana orang gila yang tak terurus.
3. Suami asyik menonton televisyen, membaca akhbar hingga tidak ada lagi muka surat yang hendak dibaca. Memerap depan komputer.
4. Isteri balik ke rumah dan mendapati rumah berselerak dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh. Suami tidak tolong mengemas.
5. Bila menyalin pakaian , suami hanya tahu mencampakkan baju kotor merata tempat bukan dalam bakul yang disediakan.
6. Suami dengan muka manis dan selamba menawarkan diri untuk membantu isteri di dapur tapi hasil kerjanya comot dan meninggalkannya dalam keadaan berselerak dan kotor.
Geeeeram. geeeraaaam janganlah engkau geram wahai sang isteri.
Jumaat, 27 November 2009
Khamis, 26 November 2009
CARA TERBAIK MENGAGIHKAN DAGING KORBAN
Pengorbanan!!!!!!!
"Maka tatkala dia (Ismail) sampai umur boleh berjalan bersama ayahnya (Ibrahim) dan boleh membantunya , tiba-tiba Ibrahim bersabda : Wahai anak kesayanganku ! aku melihat didalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu , maka fikirkanlah apa pendapatmu. Dia ( Ismail) menjawab: wahai ayah kesayanganku ! lakukanlah apa yang diperintahkan itu , engkau akan dapati saya , insyaAllah, termasuk dikalangan orang-orang yang bersabar ".
Sedarlah kita semua bahawa mimpi seorang rasul adalah wahyu dari illahi. Perkara yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah kepada Ibrahim dan keluarganya yang beriman. Ingatlah bahawa dari zuriat keturunannyalah lahir nabi akhir zaman untuk seluruh manusia.
Sebelum itu nabi Ibrahim telah diuji untuk meletakkan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan itu dibumi Mekkah yang kering kontang . Nabi Ibrahim menunaikan semua perintah Allah yang menjadi ujian kepada mereka . Mereka tetap beriman dan yakin kepada rahmat,kebijaksanaan dan keadilan Allah walaupun Allah telah memerintahkan perkara yang begitu rupa dan cara yang sangat sukar diterima oleh aqal biasa.
Bersempena hari raya qorban ini marilah kita menilik diri kita sendiri sejauhmanakah kita semua telah mentaati arahan dan perintah Allah dalam menjalani kehidupan harian yang terlalu sibuk ini????
Selamat hari raya AidilAdha.
Rabu, 25 November 2009
tanda seorang isteri yang tahu kewajipannya........
Andainya isteri tahu akan kewajipannya pada suami maka bahgialah rumahtangga itu. Apa yang seorang suami mahukan ? Apa pula yang isteri perlu lakukan. ????
Alangkah bahgianya jika seorang isteri mempunyai sifat malu terhadap suaminya.
Alangkah bahgianya jika seorang isteri diam ketika suaminya sedang berbicara.
Alangkah bahgianya jika seorang isteri sentiasa berhias untuk suaminya.
Alangkah tenangnya jiwa jika seorang isteri merapatkan dirinya kepada suami ketika hendak tidur.
Alangkah amannya jika seorang isteri tidak khianat pada suaminya ketika suaminya tidak ada ditempat tidurnya dan tidak khianat pada harta suaminya.
Alangkah nyamannya jika seorang isteri memakai wangi-wangian.
Alangkah damainya jika seorang isteri menghormati keluarga suami dan kaum kerabatnya.
Selasa, 24 November 2009
jangan lupa guru kita..................
Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w telah melihat kehebatan agama Islam ini sebelum baginda wafat. Baginda telah berjaya menjadikan satu bangsa yang asalnya sesat, buta huruf, keras dan degil kepada menjadi satu bangsa terbaik. Bangsa contoh pada dunia.
Bacalah kisah-kisah bangsa quraisy ini setelah mereka memahami Islam sebenar. Rasulullah s.a.w telah membina keperibadian bangsa ini.Mereka muncul sebagai ummat terbaik.Mereka adalah ummat yang kuat berpegang pada syariat Allah. Mereka berakhlak Islam hingga mampu berdepan dengan kuasa besar ketika itu Rom dan Parsi. Ingatlah Rom dan Parsi ketika itu laksana Amerika dan Russia ketika ini.
Cahaya Islam tersebar keseluruh dunia hasil kerja keras dan kuat bangsa mulia ini. Walaupun ummat Islam kini mengalami kelemahan tetapi cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Penganut Islam semakin bertambah dan agama lain makin merosot serta makin hilang. Ideologi ciptaan manusia makin menujukkan kegagalan.
Janganlah kita lupa pada baginda s.a.w dan berselawat padanya tiap waktu dan saat. Disebalik keghairahan kita membaca buku-buku motivasi cipatan manusia sedarlah kita bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah pakar segala ilmu motivasi, pakar segala ilmu kesihatan, pakar dan ahli strategi perang dan sangat berkepakaran dalam ilmu kemasyarakatan . Banyak kisahnya yang perlu kita baca kerana di sana terdapat pelbagai ilmu yang mesti kita gali untuk dimenafaatkan pada anak cucu kita akan datang.
Isnin, 23 November 2009
Potong..... telekom....potong.
Ahad, 22 November 2009
potong ke tidak............
Jumaat, 20 November 2009
tahniah anakandaku .................
Salam tengahmalam. Hujan semakin lebat. Angin pun bukan similir(pinjam dari mama min) tapi kencang dan garang. Membuka dan membelek beberapa laman milik teman-teman maya. Akhirnya bertemu dengan coretan kl citizen. Haaaaa....... inilah perkara yang sama bermain difikiran aku.
Keputusan UPSR hari ini. Tahniah untuk anak nelayan,anak pemandu lori, anak penoreh getah , anak yang ketiadaan ibu dan bapa yang berjaya dengan cemerlang dalam upsr yang diumumkan hari ini.
Benar kata kl citizen bahawa banyak perkara yang perlu dipelajari oleh anak-anak kecil ini. Bagaimana jika harapan menggunung untuk memperolehi 5A tidak kesampaian. Usia semuda itu telah terbeban dengan harapan. 5A adalah lambang kejayaan. Lambang kecemerlangan. Lambang pelajar yang pandai.
Minitis airmata sampai ada yang bengkak matanya tak terduga .......... harapan tinggal harapan 5A gagal dicapai. Rasa kecewa pasti dirasai oleh anak - anak semuda ini.
Jam 9.30 pagi tadi aku menelepon anak keenam aku yang mengambil keputusan upsrnya. Tak dapat lagi ayah........ tapi dengar khabarnya sekolah kita niii (SRAB khairiah K.terengganu)..... seramai 21 orang memperolehi 5A dan 21 orang mendapat 4A 1B. Sekolahnya mempunyai murid tahun enam seramai 83 orang.
Wow..... hebat tuuuu...... kata aku memberi perangsang. Jam 10 pagi sekali lagi aku membuat panggilan.... dah tahu kebelum ? Belum kata anakku. Tapi aku menangkap sesuatu dari nada suaranya. Dah dapat tuuu.... uji aku. Belum....... ok..... tapi ayah punya perasaan kakak dapat 4A 1B kan?........ lama juga panggilan ku tak dijawab.
Dan dia akhirnya mengiyakan tembakan aku tadi. Ok.... tahniah kakak. Oklah tuuuu...... 4A 1B (subjek sains). Aku maklumkan padanya bahawa aku ke sekolahnya sekarang untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu bersama ibu.
Tiba disekolah ibunya terus memeluk dan menciumnya. Aku melihat titisan airmata jernih mengalir. Matanya merah.........
Aku membuat panggilan pada semua abang dan kakaknya untuk memberikan ucapan tahniah pada adik mereka. Moga semangat dan kekecewaannya terubat dan pulih kembali.
Semoga jiwa mu makin kental . 5a atau 5e bukan faktor penentu kejayaan atau kegagalan masa depan. ....masih banyak lagi halangan dihadapan.
Khamis, 19 November 2009
hujan yang turun..........
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Sesungguhnya Allah jualah yang maha kuasa menukar air yang segar diminum menjadi masin atau pahit. Maka hendaklah kita semua bersyukur kepadanya yang telah menjadikan air segar untuk diminum dan bukannya masin.
Selasa, 17 November 2009
isteriku bidadari........
Allah telah menjadikan perempuan-perempuan yang sentiasa terlihat muda atau seperti baharu saja dilahirkan dari ibu-ibu mereka yang masih dara dan tidak pernah disentuh oleh lelaki pun.
Allah jadikan mereka sebagai satu kenikmatan yang disediakan untuk ahli syurga. Dan yang menariknya ialah isteri-isteri yang soleh di dunia ini akan dimasukkan Allah ke dalam syurga sebagai isteri yang kecantikannya melebihi bidadari untuk suaminya sendiri.
sila rujuk ayat 35 surah berkenaan.
Isnin, 16 November 2009
Isteri adalah amanah Alllah jua.....
Ahad, 15 November 2009
menangi hati isteri --- part two.
no.7 : Ketawalah pada jenaka yang dibuatnya.
no.8 : Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda.Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain atau melihat jam.
no.9 : Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
no.10: Biar dia tahu bahawa anda sentiasa membawa gambarnya dalam dompet anda.
no.11: ............ cukuplah dulu kalau dah beramal setakat nombor 10 kira dah ok lah tuuu....
Sabtu, 14 November 2009
HINI dulu ,kini TAUN pula .............
Penyakit taun diisytihar wabak di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Taun kini diisytiharkan sebagai wabak di Terengganu apabila bilangan pesakit yang mengalami gejala muntah dan cirit birit kronik yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini meningkat kepada 56 orang semalam, berbanding 20 orang kelmarin.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun setakat ini hanya tiga daripada pesakit terbabit disahkan mengidap taun berdasarkan analisis sampel yang dibuat, tetapi penyakit itu diisytiharkan wabak selepas kes kematian pertama dicatatkan kelmarin.
"Sebagai persediaan dan langkah pencegahan awal, beberapa hospital di daerah lain juga sudah diarah membuka wad isolasi bagi menangani wabak daripada terus merebak.
"Jabatan juga sudah menghantar beberapa pegawai melaksanakan kerja mengambil sampel dan mengenal pasti punca wabak itu berlaku bagi membolehkan kerja pencegahan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Dr Nordiyanah berkata, bagi memastikan wabak tidak menular dan dapat dikawal, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka tidak mendapat jangkitan.
"Langkah yang perlu diambil termasuk mengelak makanan yang sudah tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna, mengelak meminum air yang tidak dimasak, menjauhi premis perniagaan dan pengendali makanan yang tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan yang baik dan jangan makan makanan yang sudah terdedah," katanya.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian di wad isolasi HSNZ semalam mendapati, pekarangan wad sesak dengan waris pesakit yang ingin melawat tetapi tidak dibenarkan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan hospital.
Sementara itu, waris pesakit, Wan Mohd Zaki Wan Abdul Rawi, 24, berkata dia akur dengan larangan hospital yang tidak membenarkannya bertemu ibu saudaranya di wad isolasi.
Jumaat, 13 November 2009
antara cara menangi hati isteri........
Seorang suami mestilah bijak memenangi hati isterinya. Barulah ada ketenangan dalam rumahtangga. Entah petua entah ketidak apa yang aku coretkan ini.....tapi yang pastinya hanya suami isteri saja yang boleh mengamalkannya. Awek mengawek, balak-membalak tak payahlah....... tak berkat hidup anda.
No wahid : bila anda pulang ke rumah, carilah dulu dia (yakni isteri) sebelum anda melakukan perkara lain dan peluklah dia.
No two : bila cuaca sejuk (terutamanya musim tengkujuh kini) eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
no tiga : berikan dia lima pelukan setiap hari . Sekali waktu subuh, satu waktu zohor,asar.maghrib dan Isya'. Jika tidak berkesempatan himpunkan dua atau tiga pelukan bila waktu terluang.
no empat: bila dia memarahi pada seseorang,eloklah anda menyebelahi dia .Kalau anda tidak setuju dengan caranya itu boleh diselesaikan kemudian.
no lima : layanilah dia sebagaimana anda melayan dia semasa awal-awal dulu.
kalau rajin mungkin bersambung esok.....
Khamis, 12 November 2009
Dua ratus empat belas ribu rial........
- Kerusi Tempat Duduk Penonton : RM500 x 224 unit = RM112,000. (Haish mahal gila. Betul ke seunit kerusi ambil kos sampai RM500? Wah wah wah! Mahal.
- Pintu Masuk Stadium : Gate Kuning (RM5000) + Gate Merah (RM5000) + Selak pagar (RM5000) = RM15,000. Wah wah! Mahal jugak. Adeh!
- Tandas : Kepala Paip + Mangkuk Tandas + Sinki = RM27,000. Wuhaha! Pakai mangkuk tandas emas + Kepala Paip Perak + Singki Gangsa memang la mahal. Gurau je ;)
- Trek : RM60,000.
- TOTAL : RM214,000!!
Tapi stadium tempat aku ni siapa pula nak bayar semua kerosakannya ? Bukan tempat duduk saja yang terbakar ni? PBSNT ke yang kena bayar semua tu? Siapa ya ?......... Manalah aku tahu?....... Ultraman kut kena bayar semua ni sebab dia yang rosakkan.......
Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil |
Ditulis oleh Ir. Azizan Razak |
TUESDAY, 10 NOVEMBER 2009 17:52 |
AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut. Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang. Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya. Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium. Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA. Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air. Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini. Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA. Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah. Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya. Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib. Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia? Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA. Sekian, terima kasih. Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional, Hp : 012-2050538 catatan ini diambil dari kelate.net |
Isnin, 9 November 2009
SPM.......sekolah,,,,,,periksa...... main..
anak kelima aku bersama ibunya
ibunya bertemu dengan dua rakan lamanya sewaktu belajar dulu.....
rupanya rakan-rakan ibu itu adalah guru pada anaknya...
Dalam zaman duit susah dan payah ini ada pula majlis seperti ini diadakan. Tak tahulah aku sejauh mana berkesannya pada diri para pelajar. Yang jelasnya mak dan bapa mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk program ini. Aku diberitahu bahawa majlis seperti ini banyak diadakan di sekolah-sekolah di Terengganu. Di negeri lain adakah majlis yang seumpama ini berlaku? Itu tidak lagi termasuk jamuan akhir tahun persekolahan.
Jamuan ini tidak dibuat di sekolah tetapi di restoran dan kedai-kedai makan berjenama. Sekali lagilah mak bapak kena keluarkan wang. Budak-budak sekarang apa tahu . Yang dia tahu jamuan ini sangat penting kerana itulah kali terakhir bersama rakan sekelasnya. Selepas SPM nanti masing-masing akan membawa diri . Perlu sangatke majlis seperti ini diadakan? Mungkin bagi yang ber wang no problem....... ... dulu lain sekarang lain.
Sabtu, 7 November 2009
ketabahan ibu......
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
( ulang 2 & 1 )
Khamis, 5 November 2009
Melangkah gagah.......................
anak ketiga
yang sedang menuntut disebuah universiti tentera ditanahair .
aku hormati kesungguhan dan ketabahannya untuk berkhidmat dengan angkatan tentera
tinggalkan ibu tinggalkan ayah
serta sanak saudara
membuktikan kesetiaan kita
pada bumi malaysia
Dalam membesarkan anak-anak kita memerlukan banyak kesabaran. Banyak idea diperlukan. . Pelbagai kaedah perlu digunapakai. Gagal satu pelan tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya. Anak-anak hari ini cerdik tetapi nakal.
Mempunyai anak yang ramai lagilah memerlukan kita memerah otak dan keringat.Kita juga kena memahami perilaku yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang jenis riang selalu. Ada yang suka memendam rasa dan perasaan. Ada yang suka dibelai. Yang perlu ialah bagaimana kita memenuhi keperluan tiap anak tersebut. Apa pun anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayang.
Dalam memberikan kasih sayang janganlah terlalu mengongkong hingga anak tersebut terlalu dilindungi dan dimanjai. Kesannya nanti bila dewasa ia akan menjadi anak yang mementingkan diri sendiri. Dengan sifat ini menyebabkan orang tidak ingin bergaul dengannya nanti.
Dan dibimbangi juga ia sukar untuk berkomunikasi dengan baik hatta dengan isterinya jua kelak.Anak adalah harta yang tidak ternilai. Mengurusnya memerlukan nilai seni yang tinggi jua.
Isnin, 2 November 2009
MEREDAH SAMUDERA..................
Kerjaya dalam bidang maritim masih baru berkembang di negara ini.Syarikat-syarikat perkapalan di tanahair kita masih lagi dikuasai oleh pelaut-pelaut dari negara asing.Melibatkan diri dalam bidang ini masih baru bagi para remaja kita. Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan UthmaniahTurki terkenal dengan angkatan tentera lautnya yang kuat. Barat sangat mengeruninya. Semuanya itu hanya menjadi sejarah kini.
Amat malang bagi negara YANG MENGABAIKAN sektor perkapalannya. Kita lihat bagaimana negara-negara maju mempunyai syarikat-syarikat perkapalan yang besar dan hebat. Semua ilmu pelayaran ini diambil dari ilmu yang ditinggalkan oleh umat islam terdahulu. Janganlah menganggap kerjaya sebagai pelaut sebagai pilihan kedua dan hanya sesuai untuk mereka yang tidak cemerlang dalam bidang akademik semata-mata.
Masyarakat sentiasa memperolehi maklumat yang tidak tepat mengenai bidang maritim ini. Sedarkah kita bahawa sudah ada warga kita menjadi kapten dikapal kontena, kapal tangki,kapal cruise dan kapal pengangkut kargo yang moden dan besar diseluruh dunia. Kita sudah mempunyai Akademi Laut sendiri yang melatih anak-anak tempatan kita untuk melibatkan diri dalam bidang maritim ini.
Pelbagai program ditawarkan antaranya Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan Maritim, Diploma Pengajian Nautika dan Diploma kejuruteraan Marin. Peringkat sokongan melibatkan latihan untuk kelasi dek,enjin dan sajian turut disediakan. Pelbagai tempat latihan disediakan oleh kerajaan . IKM mempunyai kursus Teknologi Marinnya. IKBN juga mempunyai kursus yang sama . Peluang terbuka luas untuk anak-anak tempatan menceburi bidang perkapalan ini.
Ingatlah bahawa rezeki yang Allah kurniakan itu maha luas samada didaratan, udara mahupun dilautan.