Saya bukan anak nelayan , tidak pernah ada pengalaman dilaut tetapi rezeki saya sudah disini, dilautan luas.
kerja pelaut juga kerja mulia jika patuh pada arahan tuhan .
ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan anakanda . Jaga diri baik-baik bila berada jauh di rantau orang. (Anak pertama saya yang kini dalam pelayaran dari negara cina...... negara Puteri Hang Li Po dan Laksamana Islam Cheng Ho).
Kerjaya dalam bidang maritim masih baru berkembang di negara ini.Syarikat-syarikat perkapalan di tanahair kita masih lagi dikuasai oleh pelaut-pelaut dari negara asing.Melibatkan diri dalam bidang ini masih baru bagi para remaja kita. Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan UthmaniahTurki terkenal dengan angkatan tentera lautnya yang kuat. Barat sangat mengeruninya. Semuanya itu hanya menjadi sejarah kini.
Amat malang bagi negara YANG MENGABAIKAN sektor perkapalannya. Kita lihat bagaimana negara-negara maju mempunyai syarikat-syarikat perkapalan yang besar dan hebat. Semua ilmu pelayaran ini diambil dari ilmu yang ditinggalkan oleh umat islam terdahulu. Janganlah menganggap kerjaya sebagai pelaut sebagai pilihan kedua dan hanya sesuai untuk mereka yang tidak cemerlang dalam bidang akademik semata-mata.
Masyarakat sentiasa memperolehi maklumat yang tidak tepat mengenai bidang maritim ini. Sedarkah kita bahawa sudah ada warga kita menjadi kapten dikapal kontena, kapal tangki,kapal cruise dan kapal pengangkut kargo yang moden dan besar diseluruh dunia. Kita sudah mempunyai Akademi Laut sendiri yang melatih anak-anak tempatan kita untuk melibatkan diri dalam bidang maritim ini.
Pelbagai program ditawarkan antaranya Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan Maritim, Diploma Pengajian Nautika dan Diploma kejuruteraan Marin. Peringkat sokongan melibatkan latihan untuk kelasi dek,enjin dan sajian turut disediakan. Pelbagai tempat latihan disediakan oleh kerajaan . IKM mempunyai kursus Teknologi Marinnya. IKBN juga mempunyai kursus yang sama . Peluang terbuka luas untuk anak-anak tempatan menceburi bidang perkapalan ini.
Ingatlah bahawa rezeki yang Allah kurniakan itu maha luas samada didaratan, udara mahupun dilautan.
Hebat anak Abu Muaz...jadi pelayar..jauh perjalanan, banyak pemandangan, banyak pengalaman, banyak ilmu yang diperolehi.
BalasPadamSyabas buat anak sdra...mencari rezeki tak kira apa bidang asalkan halal
BalasPadamSalam Abu Muaz,
BalasPadamAlhamdulillah, Sekali lagi tahniah kpd keluarga Abu Muaz, keluarga sakinah..
sem0ga menjadi anak yg s0leh..amin
BalasPadamTahniah lagi sekali dari kawan..
BalasPadamsyabassss anakanda..!!
BalasPadammelankolik lagu pilihan abahnya... pasti sarat dengan kenangan... hehehe..
Alhamdulillah...sangat mencabar..semoga dia sukses!!
BalasPadamsalam..
BalasPadamterharu dan tumpang bangga saya bila ada anak melayu islam mampu sehingga tahap ini. terbukti dan ternyata kita melayu islam mampu spt mana2 tokoh islam terdahulu, dengan sokongan pihak2 berwajib, sepatutnya kan.
tahniah buat saudara dan anak yg berjaya itu.
teringat pepatah, pergilah menuntut ilmu sehingga ke negeri china kan.
saya hanya mampu terlibat dalam pembelian kapal selam malaysia , scorpene walau hanya kecil sahaja fungsi saya.
ada juga rezeki saya pergi ke german , kurus bagi maintenace bateri kapal selam .
heeeeeeeeee
Salam Muaz. Wow ramau beri komen pada entri Muaz. Seronok juga baca dan boleh perbaiki apa yang kurang. Saya nak belajar daripada Muaz. Saya baru berkecimpung dalam arena blog. Rasanya kurang sebulan. Harap terus beri sokongan.Wassalam.
BalasPadamdulu pernah fikir nak kj mcm tuh.
BalasPadamBila cakap kat mak, dalam mak pandang anak mata.
huhuhuhu...Apapun Cik Cookie doa yang terbaik buat dia.
p/s:kim salam kat dia ya abah
erkk....abah???
tahniah, moga dia akan terus memperjuangkan tanggungjawabnya, ingt dulu pernah gi ngan arwah suami naik kapal kecil ke tgh laut tngkap ikan.. jadi mabuk mcm nak pengsan dgn gelora air laut
BalasPadamBaru je tengok drama Korean tentang kapal.
BalasPadamAlhamdulillah.. berjaya juga anak saudara ni. Moga-moga sentiasa dibawah perlindunganNya.
Salam, Syekh;
BalasPadamSaya rasa anak-anak yang hendak ke gerbang perkahwinan atau ayah-ayah dan ibu-ibu yang hendak ke gerbang perkahwinan kali kedua ketiga dan seterusnya, harus belajar Kemahiran Keibubapaan daripada Syekh Muaz kita ini.
Alhamdulillah, harta yang dikurniakan Allah kepada Syekh berkilau keemasan.
Alhamdulillah! Rezeki Allah di mana2 ...
BalasPadamTirana : memang banyak pengalaman diperolehi. Dilanda taufan,ribut adalah lumrah kehidupan para pelaut.
BalasPadamAbd Razak : benar tuan halal itulah yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.
BalasPadamWerdah : terima kasih.
BalasPadamsharamli : doa untuk anda juga. Moga sukses dalam exam.
BalasPadamrelevan : sama-sama tuan.
BalasPadamyohteh : lagu sapa tu hah? ada peristiwa kut, tapi kat mana ya?
BalasPadamhai : memang mencabar..... jiwa dan perasaan sekali.
blueCity : ya ke? selamat tak kapal selam baru ni?
BalasPadamtentu banyak ni dapat ...... pulus. Kaya,kaya.
Babah : t.kasih sudi jenguk rumah buruk saya ni.Kita ni sama-sama belajar.
BalasPadamCik Cookie : salam sudah dikirim melalui satelit semalam.
maiyah N Tie : terima kasih kerana sudi singgah dirumah buruk ambe ni.
BalasPadamZulkifli ; janganlah begitu tuan. Kita sama -sama belajar ni.
BalasPadamlili11 : ya benar. sangat luas rezeki darinya .
mula2 tgk blog nih confius jew....rupanya gmbr2 ank erkkk....Tahniah atas kejayaan ank2 ...sejuk perut ibu mengandung...mg sukses sentiasa.
BalasPadamAzleyn74: terima kasih kerana sudi singgah.
BalasPadamsalam. Tahniah buat saudara Muaz...Bapa mithali. Semoga generasi masa depan adalah anak-anak kita yang kita asuh dan didik supaya mereka tidak mengulangi kekurangan,kesilapan dan kejahilan silam kita..
BalasPadamP/s : minat lagu 60-an? Click kat create playlist bawah my playlist dalam blog saya tu.. and then follow the instruction given. saya pun try and error je...