Pengikut

Khamis, 2 Julai 2009

Tiada jalan pintas nak mewah

Semua orang memerlukan wang. Orang Terengganu kata pitis samalah dengan orang Kelantan.Pitis ni boleh didapati dimana-mana.Tetapi bukan senang nak dapatkan pitis ni. Ada orang sanggup mengadai maruah diri untuk mendapatkannya. Tiada jalan mudah untuk memperolehinya.

Orang Bangla dan Indon sanggup mengadai nyawa merentas lautan semata-mata untuk mencari pitis dibumi Malaysia. Para pengedar dan pembuat dadah sanggup kehilangan nyawa semata-mata nak dapatkan pitis.

Ada beratus-ratus jenis kerja yang tuan boleh lakukan untuk menambah kekayaan dan pendapatan. Apa yang perlu ialah kita berfikir sedikit kemudian bekerja untuk mendapatkannya.Wang bukan mudah didapati dengan usaha sahaja tetapi disertakan dengan fikiran dan pengalaman.

Jika tuan mahukan wang untuk bermewah tuan mesti tunduk kebumi kerana dari bumi wang atau pitis ni datang. Ramai orang tadah tangan kelangit mengharapkan wang atau emas diturunkan sedangkan mereka tahu bahawa emas tersimpan didalam perut bumi. Emas belum pernah diturunkan dari langit.

Jika tujuan hidup tuan mencari kemewahan maka tuan mestilah terlebih dahulu menjadikan diri tuan mewah dengan sifat kerajinan, mewah dengan fikiran dan mewah dengan kemahuan. Jangan tergolong dalam kumpulan manusia yang menadah tangan kelangit sahaja untuk mendapat wang dan kemewahan. Jumpa lagi.

5 ulasan:

  1. Salam,

    Benar..mahu mencari wang perlu ada usaha dan daya fikir..wang bukan datang bergolek. Kalau arab panggil fulus :)

    Jemput ke blog saya.. http://www.faridrashidi.com

    BalasPadam
  2. assalammualaikum....

    mewah ngan fikiran cukuplah saya ni...

    BalasPadam
  3. Salam...usaha itu perlu dengan diiringi doa & tawakal kepadaNya

    BalasPadam
  4. Salam, benar kata tuan, jika tujuan hidup kita adalah untuk mencari kekayaan namun... apakah tujuan hidup kita?

    Dunia dan hasil bumi yang melimpah-ruah dijadikan manusia sebagai khalifahnya bukan untuk kita mengejar kekayaan dan kemewahan tetapi untuk kita mempelajari bagaimana untuk menolak nafsu kemewahan itu sendiri. Hidup perlu dengan berpada-pada demi survival ruh kita menjelangnya kematian yang tidak pasti, dengan kemampuan dan kelebihan yang diberikan Allah untuk diri, keluarga, umat dan agama, carilah hasil bumi yang kurniaan-Nya kepada manusia untuk berbuat kebaikan.

    Mengapa perlu menadah tangan ke langit semata-mata untuk meminta kemewahan di dunia sedangkan di langit itu sendiri terkandungnya kemewahan yang lebih indah dan mempersonakan.

    Dari bumi jasad kita dijadikan, kepada bumi ia kan dikembalikan.

    che ahmad

    BalasPadam
  5. "Jika tuan mahukan wang untuk bermewah tuan mesti tunduk kebumi kerana dari bumi wang atau pitis ni datang".
    Benar sekali. Saya sungguh terkesan! Salam kenal.

    BalasPadam