Pengikut

Isnin, 21 September 2009

Jangan tergelincir dari ajaran Islam

Sedarkah kita apakah hikmat kita diperintah membaca surotul fatihah sebanyak tujuhbelas kali sehari semalam setiapkali rakaat sembahyang?
Ada satu doa yang sangat penting menjadi ulangan kita tiap waktu solat.

"Ya Allah Ya Tuhanku tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus".

Mengapa kita diperintah mengulangi doa tersebut? Adakah kita belum yakin dengan pegangan kita? Adakah kita masih ragu bahawa Islam yang kita anuti ini adalah jalan yang betul?Adakah jalan-jalan yang lain lebih baik dari jalan yang ditunjukkan oleh Nabi besar Muhammad s.a.w?Adakah agama yang kita anuti ini tidak membawa kemajuan pada kita? Tidak membangun? adakah agama kita ini satu agama yang lapuk?

Jawapannya, sebenarnya terlalu banyak gangguan dalam perjalanan umat Islam diatas dunia ini. Jika kita tersilap langkah maka terpesonglah kita dari perjalalanan yang sebenar.

Kita umat islam bukan saja diganggu oleh syaitan yang merayap didalam darah manusia, yang sentiasa melakukan tipudaya kita juga berdepan dengan dorongan kesesatan dan amalan jahat sesama manusia.

Jika umat Islam menolak mana-mana hukum dari ajaran illahi ini bermakna kita telah terpesong dari jalan yang lurus. Hari ini umat islam berada disuatu zaman yang sangat mengelirukan. Umat Islam dilanda pelbagai serangan pemikiran oleh musuh -musuh islam. Mereka bukan saja menggunakan pelbagai senjata canggih yang boleh membunuh manusia tetapi juga senjata yang boleh membunuh iman,melemahkan aqidah dan keyakinan umat islam kepada ajaran islam.

Salam aidil fitri.........

2 ulasan:

  1. "Ya Allah Ya Tuhanku tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus".

    Hairan ye, kita meminta di tunjukkan jalan yang lurus, sekurang2nya 17 kali sehari, tapi bila sudah di tunjukkan, tak nak pulak ikut. semoga kita semua mendapat hidayahNya kerana Dialah yang maha berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang di kehendakkiNya.

    BalasPadam
  2. Salam.. mmg mengelirukan, Ya Allah kuatkanlah imanku dan semua hamba2Mu

    BalasPadam