Pengikut

Sabtu, 12 September 2009

Malaysia tanah tumpah darahku......

seluar dalam ATM

kapal selam ATM



Kenapa aku letakkan dua gambar yang bagai enggang dengan pipit disini? Bagai gajah dengan pelanduk?

Baru-baru ni aku diberikan sehelai seluar dalam milik ATM oleh anak buah aku. Tengok gambar. Seluar yg baru masih berplastik. Aku pakailah...... tak sampai sebulan seluar tuuu... sudah terlondeh. Getahnya tak tahulah dari jenis apa?

Kalau nak dibandingkan dengan yang ada dikedai aku rasa jauh panggang dari api. (kalau salah peribahasa tuan zul dan sis Marni tolong betulkan).

Apa aku nak cerita ni? Aku nak bagitau kepada semua aku minta berlindunglah kalau kapalselam yang baru dibeli tuuu.... dari jenis yang getahnya mudah kendur juga........

Semalam satu lagi pesawat ringan TUDM jatuh.... ingatkan NURI lagi.

Ya Allah selamatkanlah anggota tentera negara ku dari pelbagai kecelakaan . Amin.

24 ulasan:

  1. jauh betul pandang sdr! Sama2lah kita berdoa agar getah kapal selam tu tahan lama.

    BalasPadam
  2. getah seluar dalam kena kendur sikit. getah kapal selam kena teganglah.

    BalasPadam
  3. allavendari: saya sangat mengharapkan begitu juga tuan sebab banyak nyawa didalam tu.


    endiem : mana boleh kendur getah seluar dalam!!!!

    BalasPadam
  4. Seluar Dalam ATM tu guna rubber band..putus dok?..

    Malaysia banyak kebun2 getah..tak da masalah..susu getah ori punya..

    BalasPadam
  5. salam.. jagn ler getah tu kundur, jauh kan ler

    BalasPadam
  6. saya rasa lega bila tuan sudah membaca dan faham penjelasan saya dalam entri tuan yang sebelum ini.

    BalasPadam
  7. ni... nok kata guane dok tahu ni...
    kalu setara hok atm ni dok tahang, doh kalu hok ccepih-ccepih ge tali perambut gelama tu lagu mana mo'o..???

    BalasPadam
  8. Salam. Agaknya getah seluar dalam ATM tu asalnya dibuat dari lebihan getah skrap aja kot. Ataupun spender tu sepatutnya dipakai dalam kapal selam, kalau terlondeh pun tak le malu sangat sebab dalam laut, tak ramai orang nampak.

    Apa-apa pun kita harap kapal selam canggih kita ni, jangan bila menyelam nanti tak timbul-timbul. Sentiasa berbaik sangka gitu.

    BalasPadam
  9. salam en abu muaz,
    saya tergelakkkk je baca entri dan komen2 yg lain, .. lawak2 :-D

    BalasPadam
  10. kepada semua pengomen dan pengulas..... ni bukan main-main punya cerita.Suatu hari nanti kita tidak mahu dengar lagi kapalselam tenggelam tak timbul-timbul sebagaimana kapalterbang dan helikopter yg jatuh silih berganti.....

    BalasPadam
  11. Salam.

    Sangat menyedihkan apabila mendengar laporan satu lagi pesawat Pilatus terhempas. Lebih menyedihkan kerana ia berlaku seminggu sahaja sebelum hari raya (bayangkan saja kesedihan ahli keluarga mereka). Lebih menyedihkan lagi apabila laporan awal mengatakan ia tidak mungkin berlaku akibat cuaca atau faktor kecuaian manusia, tetapi akibat masalah teknikal. Dahulu, pembunuh kejam anggota tentera kita adalah PKM tetapi sekarang ala-ala bunuh diri pula.

    Sama-samalah kita doakan semoga kapal selam ini tidak bertukar menjadi satu lagi pembunuh kejam anggota tentera kita.

    BalasPadam
  12. assalammualaikum

    kesian kat askar2 kita ya...
    berjuang tapi kebajikan tak diambil endah...sekadar melepas batuk di tangga sahaja

    BalasPadam
  13. salam....

    seluar dalam atm tu, mungkin hadiah kerajaan France ( beli kapal selam dapat percuma seluar dalam..huhuhuuu)..

    ni..Kak Biru perlu jawab ni..!!

    BalasPadam
  14. Marni : sentiasa mengharapkan peralatan tentera kita lebih hebat dari negara lain tetapi yg nyata kita lebih ketinggalan dari mereka.

    Al citizen : menteri saja yg sentiasa silih berganti...kem tentera dari kayu pun masih banyak lagi .

    anak laut : bijak,bijak.....kita minum dulu.

    yohteh : terima kasih dengan maklumat ini. Wa caya luuuuu......

    BalasPadam
  15. hah...mula2 terkejut sy.hehe..tp bagus sngt2 bang..ada relevennye apa yg abng suarakan ni..muga kita lebih celik mata lagi..trima kasih bang
    :)

    BalasPadam
  16. terkezut kejap!apahal ada gambar seluar dalam plak!!ooo....saya baru je discuss ngan anak pasal plkn dan nasib tentera2 kita yang bergadai nyawa menggunakan peralatan ketenteraan yang dah nazak!!

    BalasPadam
  17. syah : baca laman yg yoh teh kirim. Ada info lagi menarik mengenai kapalselam

    hai : bahaya yg sentiasa menunggu tentera kita. kalau musuh sebenar tak apa.....

    BalasPadam
  18. salam abu muadz..
    nmpaknya abu muadz tdk berbangge dgn kmjuan yg telah dicpai oleh negara kite..
    cube anda byangkn..org dr negara lain begitu teruja dgn ngara kite tp mlngnye anda berada disebaliknye...sy rase abu muadz tidak layak mnjadi rkyat malaysia..karana anda sendri x pernah tahu yg anda dtgnye dr negara ini..
    fikir2 kan lah abu muadz...

    BalasPadam
  19. Pyanhabib ; eeehhhh pyanhabib ucap selamat hari raya kat akulah..... terima kasih,terimakasih.

    yohteh ; ada lagi woh gharib tu.....zakat tterroh bayo dog agi?

    A bro. 0f 4 anis & 2 Ahmad :
    Maaf .... oooo ni bakal pegawai askar ya... tabik tuanggg.Kerana sayangkan negara dan tidak mahu negara kita tertinggal dibelakanglah saya lontarkan idea ini.Kerana sayangkan nyawa para perajuritlah saya kemukakan pandangan ini.Semuanya kerana Malaysia adalah tanahtumpahnya darahku.

    BalasPadam
  20. salam syawal..

    kalau balik kg pandu dgn berhemah ye :)

    BalasPadam