Pengikut
Jumaat, 18 September 2009
Maksiat hari raya........
Esok hari terakhir kita berpuasa. Selamat tinggal ramadhan untuk tahun ini. Kita sudah boleh menilai sendiri kemampuan kita untuk memperolehi keputusan cemerlang dari universiti Ramadhan yang akan berlalu ini.
Hebatnya universiti ini para pelajarnya cuma perlu menghadiri kuliah untuk tempoh sebulan saja.Sebelas bulan lagi para mahasiswa/inya akan menggunakan ilmu yang diperolehinya itu.
Selesai sudah sebulan berpuasa kita akan menyambut pula satu hari yang Allah sediakan untuk kita bergembira. Itulah Hari raya aidilfitri.
Maka kita akan dihidangkan dengan pelbagai nyanyian,drama dan pelbagai rancangan sejak pagi hari lagi. Sesudah bacaan alquran disampaikan,setelah lagu negaraku dan takbir hariraya berkumandang,.
Para artis,penyanyi, para pelakun akan memperagakan bentukbadan dan pakaian mereka dihadapan mata manusia tanpa rasa segan dan malu.
Maka bersalamanlah mereka antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu bukan suami isteri. Memohon maaf antara satu sama lain sambil menyanyi, makan dan mengoyangkan badan.
Pemerintah membenarkan rancangan-rancangan seperti ini tumpang sekaki berseronok. Alasan mudah diberi kononnya rancangan tersebut adalah lambang budaya dan adat resam masyarakat negara ini.
Kononnya ia menjadi daya penarik meramaikan pelancung ketanahair kita.Tidak ada gunanya itu semua jika perbuatan - perbuatan tersebut mengundang kemurkaan allah.
Hari raya adalah hari untuk mengingati,memuji dan membesarkan Allah telah dirosakkan oleh golongan tersebut.Memang orang ramai bergembira ,seronok terutamanya golongan muda tetapi kegembiraan dan terhibur dalam keadaan mendapat murka Allah taala.
Marilah kita berusaha merubah keadaan ini supaya masyarakat Islam terkawal agama dan akhlak mereka.Salam aidilfitri . Maaf zahir dan batin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
setuju. boleh bergembira tapi harus berpada-pada dalam batas sempadannya.
BalasPadamsalam,
BalasPadamalangkah manisnya ya jika kita dapat merubah diri kita, keluarga kita dan keadaan masyarakat Islam seluruhnya mengikut Islam sebenar..
Slmt hari raya maaf zahir batin
Salam en ABu Muaz..
BalasPadamLebih parah utk orang2 yang tidak berpuasa tapi menyambut raya mengalahkan orang2 yang berpuasa..hehe
MAAF ZAHIR BATIN
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
BalasPadamsalam....lebaran buat tuan,
BalasPadammaaf zahir dan batin...
salam lebaran.. inilah yg dikhuatiri.. maklum ler ada anak pompuan, takut gejala nih.. kita dah semakin lari dr tanggungjawab sbg Islam
BalasPadambetul.. salam lebaran, maaf zahir batin.
BalasPadamSalam,
BalasPadamSelamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.