Pengikut

Selasa, 22 September 2009

Solat raya dimasjid rusila..............


Aku solat raya dimasjid rusila Terengganu. Jemaah penuh dan menyesakkan. Khutbah tok guru hj. hadi menyentuh naluri.

Khutbahnya dalam nada yang menyebakkan memberikan ingatan tentang bulan ramadhan yg sudah berlalu.

Disamping kegembiraan menyambut syawal tok guru juga menyeru untuk jemaah tidak lupa penderitaan umat islam dipalestin. thailand,filipina, afghanistan dan pelbagai tempat didunia yang umat islam sedang dibunuh dan ditindas.

Aku juga tabik padanya ketika mengingatkan pada jemaah supaya tidak menjadi manusia yang melampau. Contoh manusia melampau ialah yang membawa kenderaan laju, menunggang motosikal membabi buta tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain.

Satu lagi yang aku sempat ingat ialah pada bulan syawal ini Allah telah menentukan umat islam berperang ketika itu. Perang ini bernama Peperangan Ahzab. Perang yang kita sebut dalam takbir hariraya yang terlalu syahdu dan mendayu itu.

Peperangan ini mengabungkan pelbagai kumpulan jahiliyyah mengepung baginda rasulullah s.a.w. Kemenangan akhirnya berpihak kepada golongan islam sesudah mengalami pelbagai tekanan akibat dikepung .

5 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz..kwn pernah singgoh sekali solat di mesjid Rusila tu..

    Hati2 bila berada di jln raya..

    BalasPadam
  2. Salam lebaran.. huhu.. tak bleh nak solat kat mesjid, tak mesra OKU

    BalasPadam
  3. salam..tuan,

    terima kasih singgah blog anaklaut.. tuan guru adlah tokoh yg paling disegani..saya sangat kagum dengan beliau..

    BalasPadam
  4. salam abu muaz..

    Zai pun pernah singgah kat masjid rusila suatu waktu dahulu..alhamdulillah dapat juga merasa keberkatan beribadat disana...

    BalasPadam
  5. isi khutbah yang sangat relevan dengan isu semasa.

    BalasPadam