Pengikut

Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang bakal disunting..oleh teruna @duda!!

Salam syawal dan salam satu malaysia. 27 september aku bertolak ke negeri sembilan bersama ketua dewan pemuda PAS Kuala Terengganu dan beberapa orang rakan. Perjalanan yang jauh sudah tentulah meletihkan. Bilangan kenderaan masih banyak dijalanan sedang menuju ke destinasi masing-masing selepas bercuti hariraya.




Rehat di temerloh, pahang








di temerloh apa lagi nak dimakan kalau bukan ikan patin....... patin buah ....harga jangan tanyalah (en.relevan je yg tau.... maaf tak call .... no phone tak bagi)
dua kepala ikan patin buah dihidangkan..... apa lagi mertua lalu dibelakang pun tak nampak.






kedai menjual masakan patin pun banyak ........ mana satu nak dipilih?







tiba di teluk kemang hampir jam 7 malam.......









kagum aku dengan pembangunan pesat bandar port dickson dan teluk kemang...... tapi hairan juga melihat banyak bangunan terbiar yang mencacatkan pemandangan. Bangunan terbiar..... aku fikir selama ini hanya haiwan saja terbiar . Semua bangunan pencakar langit itu tentunya dibuat atas dasar pembangunan. Semuanya untuk aktiviti pelancungan. Barangkali kalau orang-orang politik ditempat aku berfikir sebagaimana pemimpin politik teluk kemang berfikir maka hancurlah satu demi satu kampung-kampung melayu ditepi pantai. Yang dapat dilihat bangunan-bangunan besar.Tetapi milik siapa? Anak tempatan belum tentu diambil bekerja . Lebih baik mengaji orang asing yang gajinya lebih murah dari anak tempatan. Kapitalis mesti berfikir untuk mendapat untung lebih. Biar rakyat merempat dibumi sendiri .








cantik dan memang menarik....... tapi milik siapakah semuanya ini??????









persekitaran pantai teluk kemang......... kenapa dibiarkan bangunan buruk ini ........ robohkan segera sangat menyakitkan mata dan pemandangan. Lagi cepat dirobohkan lagi cepat dapat duit.









projek datang lagi........ kenapa tiapkali pilihanraya diadakan projek segera dicurah ketempat berkenaan. Tiada pelan pembangunan ke untuk tiap kawasan? Untunglah kamu penduduk Bagan Pinang.... Penduduk Manek Urai sudah dapat jambatan......kamu akan dapat apa ya? Tentera sudah dapat bandar tentera darat.!!!!!








deretan bas yang datang dari segenap pelusuk kejamuan hariraya bersama Y.A.B Perdana Menteri. Semuanya kerana ...........sambut raya atau pilihanraya!!!!!!!!!!!!!!!!!!







setahu aku telok kemang tempat melihat anak bulan......... tapi kini ibu bulan sudah datang!





timbalan pengarah pilihanraya pemuda PAS pusat(berbaju putih)........ merenung jauh , berfikir
nak pecahkan undi pos yang hampir 5000 tu....






petugas PAS terengganu.......warga emas turut membantu....... tiada penginapan mewah untuk mereka hanya masjid tempat berteduh






tanpa mengira kesalahan yang pernah dilakukan , takut dengan gertakan dan ugutan mungkin , maka Tan Sri Isa tetap dipilih ......maruah dan integriti semuanya sudah dilacurkan.









depan markas PAS terengganu






bersama ketua dewan pemuda PAS Kuala terengganu.....
apapun berlaku LAWAN TETAP LAWAN. Jumpa lagi.... mungkin ada lagi wakil rakyat yang akan meninggal dunia

9 ulasan:

  1. assalammualaikum

    lama duduk di sana?

    BalasPadam
  2. al citizen : adala dua tiga hari..... cikgu.

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz,

    Seronok dapat tengok ibu bulan..

    BalasPadam
  4. salam..
    nak makan ikan patin .. singgah restoran pak usop di temerloh

    BalasPadam
  5. Salam Abu Muaz..
    Hati hati jgn ekau..soset ket bagan Pinang yoo..

    Susah cari patin..masak lomak cili padi adoo..

    harapan kawan biar bulan cerah ket sano..

    BalasPadam
  6. werdah : ibu bulan pun orang tak nampak usahkan anak bulan .

    endiem : ari tu dah makan dah tapi apa kenama kedai lupalah....

    relevan : bulan tetap cerah tuuuu.... tapi ...sukar untuk jatuh keriba. Ambo akan ke negeri 9 lagi niii....

    BalasPadam
  7. Salam, Syekh;
    Sama-sama kita tunggu pelaksanaan Allah terhadap perancangan-Nya di Bagan Pinang.

    UMNO banyak yang benci, Isa pun ada yang benci, banyak manakah yang suka?

    BalasPadam
  8. Salam tuan zul : insyaAllah .... kita cuma mampu merancang. Berusaha dan tawakkal....

    BalasPadam
  9. salam.....tuan,

    terima kasih singgah anaklaut..

    ya, kita sama2 tengok 11 Oktober ni..

    BalasPadam