Pengikut

Sabtu, 2 Januari 2010

sudah 16 hari tahun baru islam......

Salam semua. Sudah 16 hari kita berada ditahun baru Islam. (16 Muharram). Sudah sepatutnya azam kita sempena tahun baru Islam itu telah cuba kita laksanakan. Biar sedikit tetapi istiqomah. Kalau dulu kita sekadar membaca alquran dimalam jumaat sahaja azamkanlah untuk kita membaca ayat suci itu sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

Sebenarnya apa yang dilakukan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w semuanya merupakan urusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna?

Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan dimuka bumi ini untuk mentadbir dunia dengan hukumnya?

Kita juga tahu bahawa pada hari akhirat nanti manusia akan disoal tentang nyawa mereka,masa,hartabenda,kesihatan mereka dan lain-lain lagi yang semua itu merupakan urusan dunia.Ini membuktikan bahawa menguruskan urusan dunia dengan ajaran islam akan menyelamatkan kita diakhirat nanti.

Hijrah Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah adalah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Penghijrahan itu berlaku kerana apa? Kerana pemimpin dan pembesar quraish ketika itu tidak memberi peluang pada baginda untuk melaksanakan serta menegakkan ajaran Islam di kota Mekah.

Apabila ada kelompok dan kumpulan lain yang sanggup memberi tempat kepada Islam , sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam maka Rasulullah s.a.w dan golongan muhajirin diperintah Allah melaksanakan hijrah itu. Siapa kelompok yang hebat itu? Sudah tentulah puak Aus dan Khazraj yang bersedia taat pada apa saja perintah Allah danRasulnya.

Apa yang ada disebalik hijrah itu?Adakah sekadar mendirikan masjid? Membina masjid baru sahaja? Tidak!!! Masjid didirikan bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan alquran itu adalah panduan hidup manusia didalam semua perkara samada dunia atau akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman dan sistem-sistem yang direka dari barat atau timur. Islam itu sudah cukup untuk kita semua.

Oleh itu wajib ke atas kita umat Islam berpegang dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga kepenghujung hayat kita.

8 ulasan:

  1. Salam, tuan.
    Sudah 16 hari berlalu. Tidak banyak yang berubah untuk diri saya. Hanya 'solat di awal waktu' sahaja yang berjaya dilaksanakan setakat ini. Alhamdulillah moga dapat dikekalkan sepanjang hayat. Kadangkala sedih juga rasanya kerana tidak benar-benar mengikut Sunnah Rasul sedangkan saya tahu saya berupaya melakukannya. :(

    BalasPadam
  2. satu tazkirah yang peringatan yang amat baik. tahun ini saya cuma ingat DUIT sahaja dalam membuat sesuatu:

    D = Doa
    U = Usaha
    I = Istiqamah
    T = Tawakkal

    BalasPadam
  3. Salam. Selepas aidilfitri tahun lepas, saya tidak meninggalkan solat witir hingga sekarang. Alhamdulillah banyak perubahan baik yang berlaku pada diri saya. Mengapa saya istiqomahkan solat witir? Mazhab Hanafi mewajibkan witir - menggambarkan solat witir itu penting, dan sebahagian ulama mengkadanya apabila terlupa atau tertidur - ini juga menggambarkan kepentingannya. Cubalah...

    BalasPadam
  4. salam saudara ,
    tq sama2 ingatkan diri, saya juga
    saya rasa saya masih teruk lagi
    banyak menda yg saya nak buat dan berubah
    tapi...
    heeeeeeeeee
    masih lemah rupanya diri ini...

    chop tu mende dlm bahasa melayu erk?
    hahhahah...
    booking la, ekkekek

    BalasPadam
  5. salam..tuan,


    moga Allah swt memberi ganjaran pahala yg berganda pada tuan atas entri yg sungguh bermakna ini..amin

    BalasPadam
  6. assalammualaikum abu muaz

    kengkawan di atas nampaknya komen2 bagus , terutama mybabah dan al-lavendari

    saya ni?
    masih camtu gak.
    kena ubah...saya tau

    BalasPadam
  7. Assalamualikum sdr abu muaz..
    terimaksih berkongsi ilmu yg banyk manafaat ini..
    Rasa terlalu kerdil bila muasabah diri..terlalu bnyk kekurangan di sana sini..belum cukup untuk bertemu Ilahi..

    BalasPadam
  8. perkongsian yg bagus tuk sy.. makasih

    BalasPadam