Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

Selamat bertugas Tuan!





Sangat mengkagumkan melihat gambar - gambar perbarisan majlis pertauliahan watikah pegawai-pegawai muda angkatan tentera Malaysia dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 30 januari lalu. Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kedah , Timbalan Yang Di Pertuan Agong

Kesabaran,ketekunan melalui peritjerih semasa latihan ketenteraan dan pelajaran akademik menuntut kesabaran yang sangat tinggi.Harapan ibu dan ayah tergalas dibahu masing-masing. Kelmarin segala kepayahan dan penderitaan selama ini terbalas jua.

Aku membaca satu tulisan dari General Mahmood Shit Khattab salah seorang General Iraq yang sangat terkemuka,seorang muslim yang soleh,yang keimanannya menjadi contoh hidup yang meyakinkan. Semasa perintahan rejim komunis Karim Qasim , General Mahmood ini adalah orang yang paling banyak menanggung derita , kekejaman dan hukuman dari rejim komunis itu.

Diantara pesanannya kepada para perajurit Islam ialah bahawa seseorang perajurit Islam yang sebenar tidak suka berdusta, tidak mencuri,tidak berzina,tidak khianat,tidak menipu dan tidak mengintip rahsia angkatannya.

Seorang perajurit Islam itu mesti sanggup melupakan kepentingan diri demi mencapai kepentingan tertinggi umat.

Seorang perajurit Islam itu juga mesti mempunyai disiplin yang teguh, patuh pada arahan dan melaksanakannya dengan penuh amanah, ikhlas dan segera (tanpa bertangguh).

Ia juga mestilah sabar dalam menempuh sebarang kesulitan,sanggup memikul sebarang kepayahan ketenteraan dengan penuh ketabahan dan penuh perkiraan. Mesti bersifat berani dan maju ke hadapan , dapat bertahan di medan tempur dan selama-lamanya tidak akan undur, tidak lari ketika bertempur, cermat dan hati-hati, tidak mempermudah-mudahkan musuhnya.

Perajurit Islam juga adalah seorang yang berjuang dengan jiwa dan raganya pada jalan Allah dan sama sekali tidak menarik diri dari berjihad.

Ingatlah bahawa orang Islam yang berpuasa,bersembahyang,menunaikan semua yang fardhu tetapi menarik diri dari berjihad di jalanAllah ketika seruan jihad itu fardhu kifayah atau fardhu 'ain ia bukanlah muslim yang sebenar.

Benar sekali sabda baginda junjungan :

"Sesiapa yang mati tidak berperang dan tidak berniat hendak berperang maka matinya adalah di dalam salah satu cabang munafik".

Anggota tentera datangnya dari rakyat,jika moral rakyatnya tinggi maka moral tentera pun akan tinggi juga,demikianlah sebaliknya.

Selamat bertugas dan tabik tuan!

11 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz. Nampak gayanya kita tidak berpeluang untuk berperang sebenar, hanya dapat berperang dengan hawa nafsu sahajalah...

    BalasPadam
  2. Salam, tuan.
    Anak sulung saya yang berusia 8 tahun bercita-cita hendak menjadi tentera. Sayangnya, semalam doktor sudah mengesahkan yang dia perlu memakai cermin mata (seawal usia 8 tahun sudah rabun!.. mewarisi genetik keluarga sebelah bapanya).. Punah harapannya untuk masuk ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) nanti. Tentu dia kecewa jika mengetahuinya.

    BalasPadam
  3. seronok tgk depa kan.. segak bergaya dgn uniform.. tapi CP mmg angkat tangan awal2.. x sanggup nak jalani latihan yg ketat..

    BalasPadam
  4. salam,

    ramai student2 upnm datang buat prektikal kat opis saya ni, heeeeeee...

    saya selalu juga berkursus sama2 dengan atm, memang mereka2 ini berani, bijak dan friendly.
    saya respek juga dengan mereka2 ini.
    tapi keberanian sebenar belum teruji sebab negara kita belum lagi berperang kot,

    hmmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  5. Salam Abu Muaz,

    Semoga perajurit Islam menghayati apa yang diperkatakan ini, dan bagi kita yang tidak ikut berperang, banyak lagi jalan jihad yang Allah bukakan untuk kita, insyaAllah.

    BalasPadam
  6. minat dan sanggup menghadapi rintangan dlm hidup. itu satu cabaran buat perajurit.

    tapi syg abg sy tidak sanggup utk semua itu...dia brhenti separuh jln.

    BalasPadam
  7. ralik kejor bola takraw, sapai ccabut slipar-slipar... Muaz...Muaz...

    BalasPadam
  8. Takbirrr!!..Pertahankan maruah negara..

    BalasPadam
  9. Sebagai seorang Islam bukan sebagai prajurit saja mengamalkan semua suruhan dan menjauhi tegahan agama, kita orang biasapun tak terkecuali, kan, kan ,kan

    BalasPadam