Pengikut

Selasa, 30 Mac 2010

runtuh lagi.....lari,lariiiiiiiiiiiiiiiiii.............





bangun! bangun! jangan tidur waktu asar......

tengok niiii..... bangunan runtuh lagi di Terengganu......

sorang mati weh..... gempa bumi berskala "0 " richter

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.... cerita soheh, nama bangunan dan tempat kejadian sila baca akhbar pagi .....cerita benar,tiada yang benar melainkan benar belaka.

Isnin, 29 Mac 2010

buang rasa malu yang tak bertempat......

seorang yang terpelajar sepatutnya tidak mengadaikan maruahnya untuk mendapatkan wang. ia sepatut dan semestinya bekerja untuk menyara kehidupannya.

kebanyakan orang terpelajar hari ini merana kerana disesatkan oleh perasaan "kehormatan palsu".
mereka beranggapan bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat itu akan menghilangkan kehormatannya.

kalau beginilah gaya fikir tuan, maka tuan sebenarnya telah tersasar jauh dan ilmu yang tuan perolehi itu tiada makna lagi.

memperolehi ijazah dalam bidang pertanian tetapi malas untuk melihat tanah ladang ......
memperolehi ijazah bidang perniagaan tetapi tiada minat untuk berniaga,........
memperolehi ijazah bidang automotif tetapi segan nak bercomot dengan engin kenderaan.....

sangat malang ........
seorang yang terpelajar sebenarnya tiada sebab untuk malu memakai pakaian sederhana atau kotor terus kerana ia juga tidak mampu seperti orang lain. dia juga mesti menyingsing lengan samada di pasar-pasar atau pasar malam, di atas kaki lima atau dimana sekali pun untuk menyara kehidupan.

tidak kira samada kita terpelajar atau buta huruf hakikatnya kita mahu hidup, mahukan rumahtangga, mahukan kekayaan kalau boleh.

jadi apa yang perlu dibuat? buangkanlah kehormatan palsu itu. bersedialah untuk menerima sebarang pekerjaan yang diberi asalkan halal pada undang-undang dan agama.

jangan malu melakukan kerja ...... walau tuan dicemuh oleh kekasih tuan sendiri.

Ahad, 28 Mac 2010

tiada benda di dunia yang tak berguna......





Kalau kita melihat sekeliling kita dengan cermat, kita akan dapati bahawa tiada benda di dunia ini yang tidak berguna. Benda yang dibuang yang kononnya tiada harga tetapi bila digubah boleh menjadi barangan yang berharga dan mendatangkan wang.

Umpamanya kulit limau, kulit pisang dibuang orang sebagai benda yang tidak berguna. Kulit limau boleh dijadikan makanan jika rajin kerana ada orang yang membuat sira kulit limau. Sedap dan manis ..... dijual boleh mendatangkan wang.

Jika tuan orang-orang terpelajar yang tinggal ditepi laut, tuan akan dapati bahawa laut mencampak benda-benda berharga selepas ombak besar atau air pasang. Jika tuan tidak malu dan segan tuan boleh pungut siput-siput yang cantik itu untuk dijadikan pelbagai hiasan. Berlambak buku-buku kraf dijual dipasaran kini.

Melainkan tuan lebih suka berlapar dari menjalankan kerja-kerja seumpama ini.Jika kita ingin hidup sebagai manusia bukan malaikat buangkanlah semua sifat malu yang tidak bertempat itu.Hadapilah semua kerja dan peluang yang ada itu.

Sedarlah! sekarang bukan zaman orang berbangga dengan segulung ijazah. Takkanlah dari kecil sampai dewasa kita hanya mengharapkan ehsan dari ayah dan ibu sahaja. Bangun!!!!

Sabtu, 27 Mac 2010

rezeki dicari .........

Sukar untuk menerima ramai orang terpelajar menganggur hari ini. Tidur terlentang di rumah mengharapkan tuhan untuk menyuapkan makanan kemulut.

Tuhan tidak akan menyuapkan makanan untuk kita tetapi ia menyediakan kita dengan kekuatan tenaga dan fikiran yang boleh diguna untuk mencari kehidupan yang halal.

Kebanyakan orang bila mereka susah mulalah menyalahkan ibubapa,anak isteri bahkan menyalahkan kerajaan dan akhirnya menyalahkan tuhan .

Inilah kesilapan hidup yang mesti dielakkan . Ingatlah ulat dalam batu pun disediakan tuhan dengan rezeki. Oleh itu kita mesti berikhtiar dan berusaha untuk menghasil dan mencipta pekerjaan. Buang jauh-jauh sifat malu. Malu tiada pekerjaan lebih besar dari malu kita bekerja walaupun tidak sehebat mana kerja yang dilakukan asalkan halal.

Ada orang memohon kepada tuhan untuk memurahkan rezeki kepadanya dengan hanya berdoa.

Janganlah berjalan dengan mata dan telinga tertutup rapat. Pandang dan dengarlah apa yang orang lain sedang buat dan bagaimana mereka mencari wang.

Khamis, 25 Mac 2010

islam yang ubah segala-galanya.....

keberanian peribadi, kebangsawanan yang melampau , keikhlasan tanpa batas kepada kabilah, kejam, suka membalas dendam kepada orang yang memusuhi diri,keluarga atau suku sakatnya.
inilah nilai-nilai yang mewarnai kehidupan masyarakat jahiliyyah dahulu...... sebelum datangnya Islam.

dimasa islam ia telah merubah kepada sifat tunduk kepada Allah,patuh pada segala perintah dan suruhannya,bersikap tabah dan tunduk kepada kepentingan perseorangan atau kabilah. semua ini dilakukan berdasarkan perintah agama , merendah diri,tidak bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk,menjauhi sikap membesar diri dan takbur......... inilah nilai tertinggi seseorang Islam dalam hidupnya.

Islamlah yang meleburkan jiwa keras orang-orang Arab,membuang mana-mana sifatnya yang keji.
Dengan demikian mereka telah menjadi satu individu yang berguna yang menjual dirinya untukAllah dan ikhlas pada aqidahnya.

Maka sangat rugilah orang-orang islam yang kini tidak lagi mengenal rupa dan kehendak suruhan agamanya sendiri.

Rabu, 24 Mac 2010

kanak-kanak hari ini adalah...............

anak-anak kita sebenarnya tidaklah kurang apa-apa dari segi kebendaan atau keturunan tetapi yang salahnya ialah corak pendidikan yang mereka terima .

anak-anak hari ini adalah orang dewasa masa depan. Maka tujuan pendidikan mestilah bermaksud membentuk tingkahlaku baik supaya tingkah laku itu tersedia di dalam dirinya apabila tiba waktunya nanti dan akan mempengaruhi orang lain kearah kebaikan juga.

Satu hal yang kita tidak boleh silap ialah asas tingkah laku adalah bermula di rumah bahkan pendidikan asas juga mestilah bermula di sana. Pendidikan ini yang akan mempengaruhi jiwanya dan memandunya sepanjang hayat kearah kebaikan atau sebaliknya.

kebaikan tingkah laku yang dibina di rumah inilah yang akan membantu para guru bila anak-anak ini mula memasuki alam persekolahan.

jika sekiranya asas pendidikan yang baik tidak diterima di rumah maka para guru atau sesiapa saja tidak akan dapat berbuat apa-apa ...... dan kita hari ini sentiasa mendengar kejadian kanak-kanak dan anak remaja berkelakuan jahat..... dan tidak syak lagi adalah kerana kecuaian kita sebagai ibu bapa.

ibubapa kini barangkali terjelir-jelir lidah mengejar kebendaan...... hingga tiada waktu untuk makan,minum,bermain,bertegur sapa dengan anak-anak.

Selasa, 23 Mac 2010

anak-anakku......

Anak-anakku.

"Ketika aku memerhatikan duniamu hari ini aku diserang kebimbangan terhadap generasi baru, tampaknya mereka matang awal tetapi berlaku di dalam dunia yang tidak selamat mereka cenderung untuk meletakkan perkara kebendaan lebih bernilai dan mencuaikan nilai-nilai kerohanian....... kamu sebenarnya mestilah bersenjatakan keruhanian kalau tidak mahu tergelincir atau dihanyut arus".

Selasa, 16 Mac 2010

satu dinar empat puluh tujuh dirham......

Baitul Maqdis hingga hari ini masih belum dapat dibebaskan lagi. Israel semakin gila dan ganas. Dunia dan kerajaan umat islam diam membisu kerana diajar supaya melihat sahaja kekejaman yang berlaku.

Dunia dan kerajaan umat islam hanya melihat........ooooo i see....

Pemimpin negara umat islam hidup di atas hamparan dinar dan emas. Terbang bebas kemana saja ...... ke Thailand, Amerika\, Singapura...... membeli belah dan berjoli.

Sedangkan umat islam Palestin menderita , sederita-ritanya.

Solahuddin AlAyyubi, pemimpin umat islam yang telah membebaskan bumi Baitul Maqdis dari tangan tentera salibiyyah ......

siapa Solahuddin ini? jarang anak remaja kita mengenali beliau.. kalau nak dibandingkan dengan para pemain bola pasukan MU. ..para artis AF,

Solahuddin ketika wafatnya tiada sebarang harta alih atau tak alih ,tiada emas atau perak kecuali mempunyai satu dinar empat puluh tujuh dirham sahaja.

Semasa hayatnya beliau sentiasa membawa bersamanya sebuah peti. Ramai yang menyangka di dalamnya terdapat permata dan harta yang sangat bernilai..... tetapi selepas beliau meninggal peti tersebut dibuka...

semua terkejut kerana di dalamnya hanya ada sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

surat wasiat tersebut tertulis : kafanlah saya dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi Kaabah yang mulia dan maqam nabi besar Muhammad s.a.w. tanah ini pula ialah sisa-sisa masa perang , buatkanlah ketulan untuk alas kepala saya di alam kubur.

adakah Solahuddin akan menang jika masa hidupnya beliau menumpukan seluruh perhatiannya kepada kemaluan,poket,rumah dan makanan ..... tentu jauh sekali...

Ahad, 14 Mac 2010

sekapal tentera, sekapal pelacur.....

Assalamualaikum semua sahabat maya ....... moga semuanya berada di bawah rahmat dan lindungan illahi.

Semalam aku terjumpa sebuah buku yang sudah lama duduk di atas rak buku di rumah. Kalaulah ia dapat berbicara sudah tentu ia berteriak,bertempik,berdemontrasi mohon supaya aku membacanya.

.....yang tercatat di muka depannya tarikh aku membelinya, iaitu pada 2hb. September 1986.

.... buku tersebut mengisahkan penaklukan Lebanon pada tahun 1918.Nama panglima tentera yang mengepalai angkatan perang tersebut ialah General Gouraud.

apa yang menarik ialah beliau telah membawa bersama-samanya sepasukan tentera yang sangat berpengalaman di medan perang. .. pasukan komando yang sangat digeruni .......

.....tetapi disebalik itu panglima tentera itu juga turut membawa sekapal penuh dengan perempuan-perempuan pelacur.

.....orang bertanya kepadanya: tugas pasukan komando kamu itu kami faham tetapi apa gunanya pasukan yang satu lagi itu?

..... jawabnya dengan angkuh: Pengaruh pasukan yang lagi satu itu lebih hebat dari pasukan komando.

sebenarnya penjajah sememangnya berusaha menyebarkan keburukan dan keruntuhan akhlak disetiap negeri yang mereka takluk dan tugas itu amat berjaya.

soalnya ialah kenapa kita begitu mudah menerima dan mengikut apa saja yang mereka tinggalkan itu?

....sekarang keburukan dan keruntuhan itu semakin parah melanda masyarakat kita.

Sabtu, 13 Mac 2010

hujan turun jua akhirnya...... alhamdulillah


KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.





Sumber: Milosuam

Khamis, 11 Mac 2010

terjelir-jelir mengejar kebendaan.............

kita hari ini terjelir-jelir lidah mengejar kebendaan dan sedang menjauhi keruhanian....(agama)

hidup dalam kabus yang menipu diri.....

hidup dalam alam yang dikuasai kebendaan.... dan sedang melempar jauh nilai-nilai keruhanian.

mari kita perhatikan umpamanya ..... contoh contoh pengiklanan yang banyak kita temui hari ini. Iklan yang mengilhamkan kita bahawa setiap masalah boleh dibeli dengan wang. Umpamanya.... Adakah anda mahukan kebahgiaan di rumah? kalau begitu belilah penyapu eletrik atau makanan segera atau sabun itu dan ini.

mungkin yang dewasa tidak mudah tertipu tapi bagaimana dengan anak-anak dan belia kita yang terlalu terdedah dengan tipuan psikologi ini?


Hari ini adalah zaman dimana anak-anak sentiasa berdepan dengan masalah dan godaan yang lebih besar dari apa yang kita hadapi sewaktu kita masih muda dahulu.

Rabu, 10 Mac 2010

penyesat akhlak anak-anak.....





'' kita!!!!!!!! kenapakah kita mengimport filem-filem ganas,

kenapa kita membenarkan surat-surat khabar, majallah,internet menyebar unsur-unsur seksual?

kenapa kita pertuntunkan filem-filem seks dan lakunan-lakunan lucah di kaca televisyen dan semua media kita?

kenapa kita meruntuhkan rumahtangga kita dengan tangan kita sendiri?

kenapa kita menyebarkan keburukan kepada anak-anak bangsa kita?

kenapa kita meningkatkan kegagalan di sekolah dan universiti kita? kenapa?



apakah jenayah yang paling buruk dilakukan oleh manusia dan pemerintah hari ini?
perbuatan menyesatkan akhlak kanak-kanak dan para belia adalah satu jenayah paling besar yang dilakukan mereka.

Selasa, 9 Mac 2010

demi sesuap nasi................

rakyat negara lain bergadai nyawa demi sesuap nasi...
yang memohon ini mahasiswa pun ada... barangkali.


ini beratur nak isi borang kerja..... bukan pakai online macam di negara aku.



demi masa depan ......
ayah bonda yang jauh di pendalaman......
sanggup ditinggalkan....



nyawa jadi taruhan............





ini anak bangsa negara aku.......
nasi tak payah disuap......
mak ayah boleh jalanlah.....
kerja tak payah, .......
balik lewat malam.....



akhir dunia ............
hidup pun susah....
mati pun susah....

Ahad, 7 Mac 2010

bukan sekadar sebat .........

Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.

5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amien…
|

Jumaat, 5 Mac 2010

berpantun jap....


pantun 1.
Dalam meniup ingatlah api,
Dalam makan ingatlah tulang,
Dalam hidup ingatlah mati,
Dalam berjalan ingatlah pulang.


pantun 2.
hangus bertih berwarna merah
mari dituang ke dalam kain
suami yang letih usah dimarah
kelak terbang kebunga lain.


Khamis, 4 Mac 2010

lariiiiiii......


habis semak samun aku redah.....

tempat nyamuk berkaoroke, berasmara, ..... semua ranap. ...
kalau nyamuk boleh aku faham bahasanya sudah tentu banyak perkataan lucah, mencarut dilontarkan kepada aku.


lebih baik aku hancurkan tempat-tempat maksiat sang nyamuk ini dahulu sebelum mereka menghancurkan anak cucu aku dengan virusnya.
cuma aku lakukan semua kerja ini keseorangan, kerana semua orang lain bekerja waktu pagi.... jadilah program ini gotong saja........ tanpa royong.

Rabu, 3 Mac 2010

20 kali !!!!!!.....

kesatuan guru baru duduk berkira-kira mengenai pengajaran pendidikan seks di sekolah.


anak murid sudah acapkali mengadakan hubungan seks rambang hingga termengandung....

siapa yang lebih pantas dalam era global ini????

kesatuan masih teraba-raba....
murid sudah diraba....

Selasa, 2 Mac 2010

ops sampah......

bila bangun waktu subuh pagi tadi rasa sangat segar.

mood dalam keadaan baik. ...... urat saraf yang bengkok barangkali semua sudah kembali ketempat asalnya. (t.kasih MEM besar)

melihat keliling rumah , yang pastinya banyak sampah lama tak terbuang.

jam 9 pagi aku terpacak di depan kedai hardware. aku beli apa yang patut dibeli bagi menggantikan peralatan yang sudah rosak.

esok pastinya aku akan jadi pekerja Majlis Bandaraya menyapu bersih apa yang ada. (kalau relevan duduk dekat negeri aku, pasti aku pinjam lorinya sebuah)

kepada nyamuk baik kamu lari dahulu malam ini sebelum aku serang tempat kamu esok.



barang-barang ini aku beli tunai ..... tak payahlah buat pesanan kerajaan. harganya pun macam biasa tak perlu di upkan jadi 10 % ke atau 15 % .

SPRM pun tak payah bimbangla.....

Isnin, 1 Mac 2010

doktor berperang!!!!!!!!!

doktor pula bergaduh..... depan pesakit yang nak bersalin.... kenapa nak tahu? ,,,,,,,,

bertengkar siapa yang patut bertugas?
hasilnya bayi meninggal kerana sesak nafas.


Niii..... di Brazil bukan Malaysia..... tapi tak pelik juga nanti berlaku ditempat kita... tak mustahil,tak mustahil.


ini perang antara doktor. perang antara ahli politik tentu lebih dasyat. kuasa doktor yang terhad sudah jadi macam ni, kuasa orang politik yang tiada batas memungkinkan segala-galanya.....