Pengikut

Jumaat, 5 Mac 2010

berpantun jap....


pantun 1.
Dalam meniup ingatlah api,
Dalam makan ingatlah tulang,
Dalam hidup ingatlah mati,
Dalam berjalan ingatlah pulang.


pantun 2.
hangus bertih berwarna merah
mari dituang ke dalam kain
suami yang letih usah dimarah
kelak terbang kebunga lain.


16 ulasan:

  1. salam akhi abu muaz..

    nak berpantun tak reti la..
    betul tu , ajal maut dtg bila2 masa jer , cuma kita jer yg lalai dan leka ..

    memang nk cari penyakit ler kalu suami balik kerja letih2 nk dimarah , kalu tak terbang ke bunga lain pun silap2 haribulan kena pelempang free je jer.

    he he he

    BalasPadam
  2. ambui, mendalam pulak maknanya.hebat, terutama pantun yg pertama tu. yg kedua tu ada unsur² ala menyakat sikit..

    BalasPadam
  3. lain macam je bunyinya pantun no. 2 tu.

    BalasPadam
  4. tima kasih daun keladi
    esk hamba komen lagi

    BalasPadam
  5. Ummi Humaira :sekarang bukan saja pelempang free, bunuh pun dah jadi biasa.

    BalasPadam
  6. endiem :bergantung pada tafsiran masing-masing tuan.

    BalasPadam
  7. hangus bertih berwarna merah
    mari dituang ke dalam kain
    tentu lah dia berasa hangat
    suami yang letih usah dimarah
    kelak terbang kebunga lain
    macam lah dia tu hensem sangat !

    p/s: saya tahu eja ruyung bukan royong. itu sebab saya buat "inverted comma" kerana ia ada maksud tersembunyi. saya ingatkan Abu Muaz faham .. tak apalah !

    BalasPadam
  8. hangus bertih di dalam sampan
    jangan dituang di daun selasih
    suami yang letih haruslah dilayan
    penyambung sayang pengikat kasih

    BalasPadam
  9. al-lavendari : suami zaman sekarang walaupun tak hensem tapi sentiasa laku dipasaran... yg penting pulusnya tuan.

    BalasPadam
  10. Che' Pit : macam-macam seni perlu ada dalam meningkatkan kasih sayang dalam rumahtangga ya, tuan.

    BalasPadam
  11. salam sdr abu muaz..
    mcmne tak ingatkan mati
    sehari 70 kali Malaikat Maut memandang wajah kita..
    suami yg letih kalau dimarah alamat tak cium bau syurga lah gamaknya..kerana Nabi pernah bersabda..
    'andai Allah mengizinkan manusia itu sujud selain dr Allah maka akan ku perintahkan seorg isteri sujud dikaki suaminya...'waallahhuaklam

    BalasPadam