Pengikut

Selasa, 16 Mac 2010

satu dinar empat puluh tujuh dirham......

Baitul Maqdis hingga hari ini masih belum dapat dibebaskan lagi. Israel semakin gila dan ganas. Dunia dan kerajaan umat islam diam membisu kerana diajar supaya melihat sahaja kekejaman yang berlaku.

Dunia dan kerajaan umat islam hanya melihat........ooooo i see....

Pemimpin negara umat islam hidup di atas hamparan dinar dan emas. Terbang bebas kemana saja ...... ke Thailand, Amerika\, Singapura...... membeli belah dan berjoli.

Sedangkan umat islam Palestin menderita , sederita-ritanya.

Solahuddin AlAyyubi, pemimpin umat islam yang telah membebaskan bumi Baitul Maqdis dari tangan tentera salibiyyah ......

siapa Solahuddin ini? jarang anak remaja kita mengenali beliau.. kalau nak dibandingkan dengan para pemain bola pasukan MU. ..para artis AF,

Solahuddin ketika wafatnya tiada sebarang harta alih atau tak alih ,tiada emas atau perak kecuali mempunyai satu dinar empat puluh tujuh dirham sahaja.

Semasa hayatnya beliau sentiasa membawa bersamanya sebuah peti. Ramai yang menyangka di dalamnya terdapat permata dan harta yang sangat bernilai..... tetapi selepas beliau meninggal peti tersebut dibuka...

semua terkejut kerana di dalamnya hanya ada sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

surat wasiat tersebut tertulis : kafanlah saya dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi Kaabah yang mulia dan maqam nabi besar Muhammad s.a.w. tanah ini pula ialah sisa-sisa masa perang , buatkanlah ketulan untuk alas kepala saya di alam kubur.

adakah Solahuddin akan menang jika masa hidupnya beliau menumpukan seluruh perhatiannya kepada kemaluan,poket,rumah dan makanan ..... tentu jauh sekali...

8 ulasan:

  1. salam..

    ini lah hakikatnya zaman ini
    yang berharta dan berkuasa pun lebih sayang duniawi , apa lagi kita yg lemah tak punya segala?

    nak berjuang?
    dengar guruh sahaja dah lari, apa lagi nak rempuh peluru atau bom!!!


    wallahualam...

    BalasPadam
  2. heee... pemimpin kita banyak harta yang beralih-alih... sebab, satu untuk engkau, satu untuk aku... ini macam tak adil! kita hanya sebagai tukang tengok gelagat mereka sambil melopong

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz,
    Sejarah beginilah yang baik kita ketengahkan untuk anak-anak kita hari ini. Jangan mereka dok agung-agungkan idola ciptaan dunia hiburan ataupun dunia sukan yang akhirnya idola mereka akan rosak akibat perempuan, dadah, duit...
    Ajar kembali anak-anak kita mengenali sahabat-sahabat nabi.

    BalasPadam
  4. mmg betul pemimpin kerj islam tidak pernah membantu negara yg kena serang oleh yahudi. mereka pro USA.

    BalasPadam
  5. Salam AbuMuaz
    Syukran Laka ya AbuMuaz
    atas informasi ini.Tersentuh diri ini.
    Terima kasih sudi menjadi follower teratak saya itu

    BalasPadam
  6. salam..

    ade award utk abu muaz di blog melatidaisy..
    jemput datang ambil ye :))

    semoga abu muaz sekeluarga dirahmati selalu..amin..

    BalasPadam
  7. melatidaisy :terima kasih,t.kasih .... tapi nak ambik macam mana?

    BalasPadam