Pengikut

Sabtu, 27 Mac 2010

rezeki dicari .........

Sukar untuk menerima ramai orang terpelajar menganggur hari ini. Tidur terlentang di rumah mengharapkan tuhan untuk menyuapkan makanan kemulut.

Tuhan tidak akan menyuapkan makanan untuk kita tetapi ia menyediakan kita dengan kekuatan tenaga dan fikiran yang boleh diguna untuk mencari kehidupan yang halal.

Kebanyakan orang bila mereka susah mulalah menyalahkan ibubapa,anak isteri bahkan menyalahkan kerajaan dan akhirnya menyalahkan tuhan .

Inilah kesilapan hidup yang mesti dielakkan . Ingatlah ulat dalam batu pun disediakan tuhan dengan rezeki. Oleh itu kita mesti berikhtiar dan berusaha untuk menghasil dan mencipta pekerjaan. Buang jauh-jauh sifat malu. Malu tiada pekerjaan lebih besar dari malu kita bekerja walaupun tidak sehebat mana kerja yang dilakukan asalkan halal.

Ada orang memohon kepada tuhan untuk memurahkan rezeki kepadanya dengan hanya berdoa.

Janganlah berjalan dengan mata dan telinga tertutup rapat. Pandang dan dengarlah apa yang orang lain sedang buat dan bagaimana mereka mencari wang.

8 ulasan:

  1. mmg benar..rezeki tu kena pi cari dan berusaha..kemudian yg datang dari sumber yg tak diketahui tu bersyurkurlah..

    BalasPadam
  2. Aneh. Sangat aneh. Pada ketika majikan di Tanah Melayu ini bersungguh-sungguh mahu membawa masuk warga asing mengisi kekosongan jawatan yang 'tidak diingini' oleh warga tempatan, semakin ramai pula rakyat tempatan mengungkapkan ayat, "Bukan senang hendak mencari pekerjaan dalam zaman ekonomi gawat ini". Dasar pemalas!

    BalasPadam
  3. Itu lah zaman skrg En Muaz. SMue mengharap tanpa berusaha. Tak kan datang bergolek rezeki tu. Pikirkan lah smue

    BalasPadam
  4. salam...tuan abu muaz,

    terima kasih singgah di blog saya..

    apa yg penting rezeki yg dicari tu yg halal dan mendapat berkat untuk anak isteri..

    best entri ni tuan..

    BalasPadam
  5. mmg ada org camni.. malang sungguh le kalo dah ada anak beranak

    BalasPadam
  6. salam Abu Muaz
    erm sedih kan senario ini.tapi ia bukan berlaku kepada pemegang yang ada kelulusan tinggi sahaja, kadang2 kerja yang datang melamarnya.tapi sanggup menunggu buah yang entah bila kan gugurnya, hanya kerna alasan tak minat.anak bini kelaparan..
    sebenarnya,tak salah kalau kita kerja yang halal walaupun gaji kecil.

    BalasPadam
  7. rezekiku bukan milikku 100%
    ia milik siapa2 yg mana bakalku agihkannya nanti
    kita hanya menjadi org perantaraan sahaja..

    BalasPadam