Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650
Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).
Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.
5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.
Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.
Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amien…
Dunia kini makin serabut. Air disangka api. Api disangka air.
BalasPadamBeliau cemerlang dalam akademik dan banyak pencapaian lain yang diperolehnya. Dikatakan tidak ada seorang Amerika pun yang menyamai kecemerlangannya.
BalasPadamOrang Islam dianiayai oleh negara Islam sendiri.
celaka sunggu amerika nih!!!!
BalasPadambetul betul betul
normal la kot kalau yahudi aniayai umat islam
yang pelik nya
orang islam di aniayai oleh org islam juga
tq for sharing
assalammualaikum abu muaz
BalasPadamdoa aafia akan saya aminkan , tiada hijab doanya sekarang
doa saya juga untuk saudara2 mukmin kita semua
semoga Allah beri kekuatan kepada kita dan terlebih lagi untuk Aafia.
untuk musuh seagama kita yang menjual saudaranya,
kita doakan kehancuran nya di dunia dan akhirat nanti. ameen.
paparkan seluruh berita ini sekalipun, masih ada org yg mngaku muslim akan mmbutakan mata, memekakkan telinga dan menutup akal fikiran.
BalasPadamcuba bygkan ini terjadi kepada seorg warga barat di sebuah negara islam atau timur. 1 dunia akan kata, mundurnya pemikiran dan budaya, terrorist dan mcm2 lagi..termasuk mungkin 1 negara binasa diserang tentera bersekutu.
semoga beliau tabah menghadapi dugaan.balasan akan menyusul kpd umat islam yg menganiaya sesama umat islam
BalasPadampihak kafirun laknatullah tidak akan putus asa dan berterusan cuba memusnahkan Islam dan penganutnya. Namun dunia akan hanya dapat melihat dan mengeluh tanpa dapat berbuat apa-apa. Lebih malang, Islam memusuhi dan mengkhianati sedara islam sendiri. Tanda-tanda dunia akhir zaman.
BalasPadamSalam Abu Muaz,
BalasPadamPada zaman Nabi dahulu orang2 Yahudi takut kepada orang2 Islam sebab mereka benar-benar menampakkan kekuatan Islam, sekarang ni org2 kafir kurang dah rasa gerun kepada kita orang2 Islam. Mungkin kita orang2 Islam lemah daripada segi senjata tetapi sepatutnya kena kuat daripada segi kekuatan persatuan, tetapi olehkerana tak ada sepakat lihatlah apa terjadi. Sedih sangat tapi kak hanya mampu memanjatkan doa mudah2an kita semuanya terlepas daripda fitnah kezaliman orang2 kafir ini.
Insan Marhaen :ini yg bahaya ni.
BalasPadamWerdah :memanjatkan doa pun sudah jadi senjata kepada orang-orang yg beriman.
BalasPadamDrSam :barangkali kerana kita ada organisasi bernama O I C
BalasPadamPacifist :amin , insyaAllah .
BalasPadampiewahid ;umat islam kini laksana buih dilautan.
BalasPadama kl citizen: benar cikgu. doa orang-orang yang kena zalim tiada hijab disisi Allah.
BalasPadamblueCITY® :negara yang mengaku Islam sangat takut kepada negara yang mengaku TUHAN, yakni AMERIKA>
BalasPadamZULKIFLI : negara dan umat Islam sedang membunuh saudara seagamanya sendiri.
BalasPadamYa Tuhanku...selamatkan hamba2 mu yg teraniaya ini. Selamatkan iman kami.
BalasPadamsemuga dia tabah...
BalasPadamya Allah.. sebak.. begitu dia diuji
BalasPadamPerbuatan yang zalim..
BalasPadamCC xsuka bila jd mcmni.
BalasPadammcm xde tmpat nak mengadu.
CC pernah nak join UNICEF,UNHCR laaa tapi bila pikir ini mcm negarur sebab yg di tolong bukan umat Islam tapi mcm ada kepentingan politik.
slah 1nya islam yg teranaya
*negarur
BalasPadamtyping error MENGARUT
kesian dgn org yg tak bersalah...yg selalu sy terfikir knape kerajaan arab saudi tak pernah campur tangan dlm hal2 demikian.
BalasPadamJahatnya amerika..
BalasPadambaru prasan arwah ayahanda tuan seiras wajah beliau dgn tuan :)
BalasPadam~keluar topik ni
Kita tahu bahawa orang munafik ini tempatnya adalah lebih bawah dari orang kafir dalam neraka Allah.
BalasPadamPihak yg terlibat dari rakyat Pakistan yg menyebabkan muslimah ini terinaya sehingga begitu rupa akan mendapat pembalasan yg setimpal dgn kerja buat mereka.
LanaBulu :benar tuan. Doa orang yg dizalimi tiada hijab disisi Allah swt.
BalasPadamechah_syed :t.kasih sudi singgah.
BalasPadamendiem :Amerika Dajjal abad ini.
BalasPadamzue :apa nak diharapkan pada Saudi. Pengkalan udara Amerika pun dibenarkan sampai sekarang walhal perang teluk telah lama berlalu.
BalasPadam