Pengikut

Isnin, 29 Mac 2010

buang rasa malu yang tak bertempat......

seorang yang terpelajar sepatutnya tidak mengadaikan maruahnya untuk mendapatkan wang. ia sepatut dan semestinya bekerja untuk menyara kehidupannya.

kebanyakan orang terpelajar hari ini merana kerana disesatkan oleh perasaan "kehormatan palsu".
mereka beranggapan bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat itu akan menghilangkan kehormatannya.

kalau beginilah gaya fikir tuan, maka tuan sebenarnya telah tersasar jauh dan ilmu yang tuan perolehi itu tiada makna lagi.

memperolehi ijazah dalam bidang pertanian tetapi malas untuk melihat tanah ladang ......
memperolehi ijazah bidang perniagaan tetapi tiada minat untuk berniaga,........
memperolehi ijazah bidang automotif tetapi segan nak bercomot dengan engin kenderaan.....

sangat malang ........
seorang yang terpelajar sebenarnya tiada sebab untuk malu memakai pakaian sederhana atau kotor terus kerana ia juga tidak mampu seperti orang lain. dia juga mesti menyingsing lengan samada di pasar-pasar atau pasar malam, di atas kaki lima atau dimana sekali pun untuk menyara kehidupan.

tidak kira samada kita terpelajar atau buta huruf hakikatnya kita mahu hidup, mahukan rumahtangga, mahukan kekayaan kalau boleh.

jadi apa yang perlu dibuat? buangkanlah kehormatan palsu itu. bersedialah untuk menerima sebarang pekerjaan yang diberi asalkan halal pada undang-undang dan agama.

jangan malu melakukan kerja ...... walau tuan dicemuh oleh kekasih tuan sendiri.

11 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz..

    itu yang dikatakan 'biar papa asal bergaya'.. entahlah..

    BalasPadam
  2. salam abu muaz..

    hidup ini penuh dengan kepura-puraan..

    BalasPadam
  3. tak dapatlah nak praktikkan apa yang dipelajari.

    BalasPadam
  4. pd mereka tak glamour belajar tinggi2 klu buat kerja2 yg mengotorkan tgn.

    BalasPadam
  5. Jika malu cuba sembunyikan kemaluan itu buat seketika..

    BalasPadam
  6. Kalau malu tinggi melangit, tak ke mana pun ilmu yg dipeolehi. Buat keje2 kotor malu, buat tak senonoh ada malu???

    BalasPadam
  7. assalammualaikum abu muaz

    tapi orang2 kita juga suka mencemuh dan mentertawakan...
    tidak membantu , malah menyusahkan...
    kita semua kena sama2 berubah sikap
    itu yang idealnya lah kan
    realitinya...entahlah

    BalasPadam
  8. Kalau dah asas tidak menggayakan kearah keterampilam seperti yg dibincangkan..mmg payah nak mengutip hasil dihujung usaha...
    Lihatlah system pendidikan.. berapa banyak pendekatan yg diberikan..dan lagu mana?

    BalasPadam
  9. saya penah jumpa seorang budak yg kejenya cuma sebagai mekanik,sengaja berpakaian selekeh dan kulu kilir dgn moto buruknya, hanya untuk mencari calon isteri yg benar2 ikhlas boleh menerimanya seadanya..sedangkan dia mempunyai kereta dan telah memiliki sebuah rumah dgn segala keperluan didalamnya.

    BalasPadam
  10. salam..

    apa yg tuan ckp kan mmg betul..kdg2 percakapan org sekeliling juga menyebabkan org yg terpelajar memilih pekerjaan..

    BalasPadam