Pengikut

Ahad, 28 Mac 2010

tiada benda di dunia yang tak berguna......





Kalau kita melihat sekeliling kita dengan cermat, kita akan dapati bahawa tiada benda di dunia ini yang tidak berguna. Benda yang dibuang yang kononnya tiada harga tetapi bila digubah boleh menjadi barangan yang berharga dan mendatangkan wang.

Umpamanya kulit limau, kulit pisang dibuang orang sebagai benda yang tidak berguna. Kulit limau boleh dijadikan makanan jika rajin kerana ada orang yang membuat sira kulit limau. Sedap dan manis ..... dijual boleh mendatangkan wang.

Jika tuan orang-orang terpelajar yang tinggal ditepi laut, tuan akan dapati bahawa laut mencampak benda-benda berharga selepas ombak besar atau air pasang. Jika tuan tidak malu dan segan tuan boleh pungut siput-siput yang cantik itu untuk dijadikan pelbagai hiasan. Berlambak buku-buku kraf dijual dipasaran kini.

Melainkan tuan lebih suka berlapar dari menjalankan kerja-kerja seumpama ini.Jika kita ingin hidup sebagai manusia bukan malaikat buangkanlah semua sifat malu yang tidak bertempat itu.Hadapilah semua kerja dan peluang yang ada itu.

Sedarlah! sekarang bukan zaman orang berbangga dengan segulung ijazah. Takkanlah dari kecil sampai dewasa kita hanya mengharapkan ehsan dari ayah dan ibu sahaja. Bangun!!!!

14 ulasan:

  1. 0k..saya bangun..untuk balas jasa mak ayah..

    BalasPadam
  2. saya ke thailand, membeli hand bag dari tempurung kelapa..
    memang cantik dan kreatif.
    ramai yang memuji.

    saya kira semakin sukar hidup kita, semakin kreatif kita, kecuali kalau kalau kita MALAS lah

    BalasPadam
  3. salam sdr..
    mng betul...di sekeliling kita terlalu bnyk benda2 terbuang yg boleh dibuat sesuatu untuk dijadikan sumber pendapatan..yang penting usha doa dan tawakkal.

    BalasPadam
  4. kreatif apa kalo mngubah dgn ciptaan ni

    BalasPadam
  5. sharamli :syabas kerana anda sudah bangun dan jangan tidur lagi selepas ini.

    BalasPadam
  6. Idalara :masalahnya memang tidak mahu berusaha.

    BalasPadam
  7. piewahid :t.kasih tuan....ingatan untuk anak bangsa sendiri.

    BalasPadam
  8. a kl citizen :benar sekali cikgu.kesusahan akan mengajar manusia mengenal siapa diri mereka sebenar.

    BalasPadam
  9. salam,
    yg dipanggil sampah pun kita boleh buat dan ubah jadi benda berguna.
    tapi ada manusia buang anak mcm buang sampah?
    semua ciptaan tuhan ada sebab dan hikmahnya.

    masa kecil mak ayah tanggung
    dah besar, dah kawin pun masih nak susahkan makayah? makin ramai yg sebegini..

    BalasPadam
  10. salam...tuan abu muaz,


    moga entri ini membuka mata semua pihak...

    moga allah swt memberi rahmat pada tuan sekeluarga.amin..

    BalasPadam
  11. antara malas dan rajin je. nak2 pula kreatif...

    BalasPadam
  12. Aku pun bakal dapat anak yang ke-9 tidak lama lagi...dang aku kejo mung

    BalasPadam