Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

sekapal tentera, sekapal pelacur.....

Assalamualaikum semua sahabat maya ....... moga semuanya berada di bawah rahmat dan lindungan illahi.

Semalam aku terjumpa sebuah buku yang sudah lama duduk di atas rak buku di rumah. Kalaulah ia dapat berbicara sudah tentu ia berteriak,bertempik,berdemontrasi mohon supaya aku membacanya.

.....yang tercatat di muka depannya tarikh aku membelinya, iaitu pada 2hb. September 1986.

.... buku tersebut mengisahkan penaklukan Lebanon pada tahun 1918.Nama panglima tentera yang mengepalai angkatan perang tersebut ialah General Gouraud.

apa yang menarik ialah beliau telah membawa bersama-samanya sepasukan tentera yang sangat berpengalaman di medan perang. .. pasukan komando yang sangat digeruni .......

.....tetapi disebalik itu panglima tentera itu juga turut membawa sekapal penuh dengan perempuan-perempuan pelacur.

.....orang bertanya kepadanya: tugas pasukan komando kamu itu kami faham tetapi apa gunanya pasukan yang satu lagi itu?

..... jawabnya dengan angkuh: Pengaruh pasukan yang lagi satu itu lebih hebat dari pasukan komando.

sebenarnya penjajah sememangnya berusaha menyebarkan keburukan dan keruntuhan akhlak disetiap negeri yang mereka takluk dan tugas itu amat berjaya.

soalnya ialah kenapa kita begitu mudah menerima dan mengikut apa saja yang mereka tinggalkan itu?

....sekarang keburukan dan keruntuhan itu semakin parah melanda masyarakat kita.

10 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz,

    Mungkin buku tu dah menjerit tapi kita sahaja yang tak mendengarnya..

    Ya pengaruh yang satu lagi tu memang kuat (tapi bukan jenama itu).. sebaliknya yang solehah.. oleh itu elok digunakan kpd perkara yang berguna sahaja.. bukan utk memusnahkan.. krn di sebalik kejayaan lelaki itu adalah...

    BalasPadam
  2. Salam En Abu Muaz,

    Ish..issshhhh ...issshhh...kapal lagi satu tu utk tentera depa ka atau utk negara yg dijajah. Import export virus tu. Itu strategi perang org kapio gamaknyer. Berperang dgn segala alat dan strategi spt gas beracun, candu, dadah, virus aids, virus muzik sampai anak2 cucu adam leka dari tali agama Allah swt. Mohon dilindungi anak cucu jenerasi kita ya.

    BalasPadam
  3. Yang selalu lalai dan alpa adalah anak melayu ISLAM, terlalu leka dgn keduniaan. Itulah petanda dunia hampir kiamat, tetapi masih bole bergembira tanpa mengingat mati. Mudahan mereka selalu dalam lindungan Allah, InshaAllah

    BalasPadam
  4. Yup ! kita mudah lupa . Namun akhirnya kita yang terus terlupa dan sentiasa buat-buat lupa .



    btw ~ Buah Mahkota Dewa . Tidak tertumpu kepada wanita sahaja . Bahkan lelaki juga boleh minum .

    Wanita/lelaki berhak untuk sihat kann...

    BalasPadam
  5. Kapal yang lagi satu lagi itu penuh dengan skim perangsang untuk tujuan pemuasan..

    BalasPadam
  6. a kl citizen :strategi yang sangat berjaya

    BalasPadam
  7. relevan :itu strategi lama. yang baru sekarang menghancurkan segala-galanya.

    BalasPadam
  8. Idda Hashim:benar sekali. mati nii... perkara yang tak tahu bila akan tiba. maka ramai yg buat lupa.

    BalasPadam