Pengikut
Isnin, 13 Julai 2009
Nak jambatan undi Barisan
Aku dengar berita semalam. Lama dah aku tak dengar berita TV ni. Aku dengar dengan telinga aku sendirilah bukan dengan telinga orang lain TPM Muhyiddin kata kalau pangkah barisan kali ni orang Manek Urai akan dapat jambatan baru.
Bengang, bengang dan bengang.......aku kalau cakap jenis macam tu aku rasa macam merendahkan martabat para pengundi sedangkan duit nak bina jambatan tu datang pun dari cukai rakyat jelata, dari hamba pacal yang hina. Kalau rakyat tak bayar cukai kerajaan nak ambil duit kat mana nak buat pelbagai pembangunan.
Jadi ucapan seperti ini aku rasa tak payahlah lagi diulangi. Banyak lagi cara lain nak memenangi hati pengundi. Itu tak termasuk ucapan menghina para peraih ikan. Cukuplah , cukuplah Yang Berhormat....orang kampung pun ada maruah. Lama sangat jadi kerajaan pun tak seronok.Sekali sekala elok juga jadi pembangkang baru dapat banyak pengalaman. MU aku takut jadi mati UMNO.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam.
BalasPadamMemang itulah janji (dibaca: ugutan) kepada pengundi di MU (dibaca: Manek Urai, hehehe). Lucu juga sebab dalam berita itu dimaklumkan bahawa jambatan sedia ada itu menjadi sesak ketika berlakunya pilihan raya. Jadi, kalau tidak ada pilihan raya, tidak sesaklah, bukan? Bila tidak sesak, maka jambatan itu bukanlah satu keutamaan kepada penduduk MU. Dan yang lebih lucu, anak-anak muda MU yang akan balik mengundi kata "Kami tidak perlukan jambatan baru kerana yang ada sudah memadai dan selesa."
Hehehee..
Pn Marni..... cara kempen tu tak berubah pandai je berkata zaman telah berubah nasibla kita ni ada pemimpin macam ni.
BalasPadamjanji di mulut..bukan di akal
BalasPadama kl : yang dinilai yang keluar dimulut tu la...sebab tu sebelum keluar dari mulut kenalah cermat betul.....bukan berbelanja je kena cermat cikgu.
BalasPadam