Pengikut

Ahad, 26 Julai 2009

Sampah pun benci pada kita.........................

Kalau ditanya pada semua orang tentunya mereka akan menyukai suasana yang bersih,nyaman,sungai-sungai yang mengalir deras,bukit-bukit yang penuh dengan pohon-pohon kayu yang menghijau.

...........keindahan kampung halaman sentiasa mengamit perasaan. Suasana sedemikian sudah tentulah semakin berkurang dibandar kini. Yang ada hanyalah bangunan-bangunan yang tinggi melangit.Pokok kayu semuanya dikorbankan atas nama pembangunan.

..........alam sekitar sangat penting dijaga. Kerosakannya menyebabkan kehidupan kita juga menjadi susah dan porak peranda.Kepentingan menjaga alam sekitar semua orang tahu dari murid kelas dewasa, tadika , sekolah rendah sampailah kepuncak universiti.

........alam sekitar yang bersih akan menjamin kesihatan manusia. Akan menjadi tarikan pada sektor pelancungan. Akan membekal pada manusia, binatang dan segala kehidupan dengan udara yang segar. Akan menghasilkan ekosistem yang stabil. Akan memelihara habitat laut dan udara. Dan mengelakkan kepupusan sumber makanan pada manusia.

Tapi manusia tidak menghormati dan menghargai itu semua. Jika jumpa sungai dibuangnya sampah kedalam. Jumpa air terjun dibalingnya tin minuman. Jumpa bukit dibakar.Jumpa pokok ditebas. Hanya Karam Singh yang bersungguh-sungguh menyedarkan mereka tetapi mereka tetap leka.

7 ulasan:

  1. perangai manusia yang ini susah diubah

    BalasPadam
  2. karam singh walia ptt diberi amnugerah lelaki hijau abad 21..hehe

    BalasPadam
  3. basuh baju ; kita cadangkan pada menteri alam sekitar untuk wujudkan anugerah ini.


    a kl citizen ... itulah manusia. Ada idea ke nak ubah perangai ni?

    BalasPadam
  4. Salam.

    Kita tidak mungkin dapat mengubah sikap orang lain. Kita mulakan sahaja dengan diri sendiri. Saya sudah membeli sebuah beg tangan yang agak besar. Jika membeli barang di kedai, seboleh mungkin saya sumbatkan sahaja ke dalam beg tersebut kerana tidak mahu menggunakan plastik. Tetapi, kesal juga rasanya kerana sudah semakin ramai pengeluar menggunakan plastik sebagai pembungkus barang keluaran mereka. Sungguh tidak mesra alam!

    BalasPadam
  5. Sampah memang menyampahkan..Apakan daya..diri kwn setiap hari terpaksa berhadapan dengan sampah sarap..tempat daerah kwn je menjana 27 tan sampah setiap hari..keberkesanan kitar semula mmg diharapkan..

    BalasPadam
  6. Teruk tu encik relevan.....memang sangat-sangatlah anak cucu kita dilatih untuk mengitar semula barangan terpakai.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana sudi menjengah blog chekdee.
    Alam semula jadi ....hmmm zaman sekarang ramai yang tak sedar akan kepentingannya ....akibat kelalaian kita juga....banyak kesan dan akibat yang tidak baik telah berlaku..... bagaimana agaknya kehidupan anak cucu kita di masa akan datang.

    BalasPadam