Pengikut

Khamis, 25 Mac 2010

islam yang ubah segala-galanya.....

keberanian peribadi, kebangsawanan yang melampau , keikhlasan tanpa batas kepada kabilah, kejam, suka membalas dendam kepada orang yang memusuhi diri,keluarga atau suku sakatnya.
inilah nilai-nilai yang mewarnai kehidupan masyarakat jahiliyyah dahulu...... sebelum datangnya Islam.

dimasa islam ia telah merubah kepada sifat tunduk kepada Allah,patuh pada segala perintah dan suruhannya,bersikap tabah dan tunduk kepada kepentingan perseorangan atau kabilah. semua ini dilakukan berdasarkan perintah agama , merendah diri,tidak bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk,menjauhi sikap membesar diri dan takbur......... inilah nilai tertinggi seseorang Islam dalam hidupnya.

Islamlah yang meleburkan jiwa keras orang-orang Arab,membuang mana-mana sifatnya yang keji.
Dengan demikian mereka telah menjadi satu individu yang berguna yang menjual dirinya untukAllah dan ikhlas pada aqidahnya.

Maka sangat rugilah orang-orang islam yang kini tidak lagi mengenal rupa dan kehendak suruhan agamanya sendiri.

9 ulasan:

  1. Salam en Abu Muaz..
    Dalam ilmu Sains pun Islam juga yang first.

    BalasPadam
  2. relevan :sangat benar sekali tuan.

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz.

    Begitulah Islam merubah orang-orang terdahulu, tapi kini tidak lagi krn telah membelakangi Islam..

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz,
    Kalau orang Islam tak lalai dan taat dengan agama , Insya Allah kita akan kuat dan menguasai dunia.

    BalasPadam
  5. sy sndri alami.. dgn dekatkan diri dgn Allah.. merubah segala dlm hdp.. alhamdulillah

    BalasPadam
  6. salam,
    permintaan dunia yg makin macam2 membuat umat islam semakin mengejar dunia dan meninggalkan akhirat...
    nampak dan jelas

    wallahualam..

    BalasPadam
  7. salam EnAbu,
    Islam lah secara keseluruhan,bukan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian lg.Kerana Islam lah kita mempunyai harga diri.maka beruntunglah mereka itu walaupun sedikit.

    BalasPadam
  8. namun tak semua yang dapat melihat , walau pun memandang dengan mata terbuka

    BalasPadam