Pengikut

Ahad, 19 Julai 2009

BaitulMaqdis


Dah nak masuk bulan Ramadhan kita ni.Kata ibuku selepas solat maghrib tadi. Esok sudah 27Rejab bermakna tinggal sebulan lagi berpuasalah seluruh saudara islam ku seluruh dunia.Esok juga adalah hari dimana berlakunya peristiwa besar dalam sejarah umat islam iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w.

Peristiwa besar ini berlaku dimana baginda s.a.w dijemput mengadap Allah taala ditempat yang paling tinggi yang tidak mampu dicapai walaupun oleh para malaikat dan rasul-rasul yang lain. Ada hikmat yang besar mengapa Allah taala mengisra'kan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke BaitulMaqdis sebelum baginda dibawa kelangit bertemu Allah. (lihat surah al Isra' ayt 1)

Apa yang Allah nak ajar kita ialah BaitulMaqdis itu adalah salah satu tanah suci ummat Islam yang wajib dijaga. Ia adalah tempat ramai para rasul dan nabi diutuskan oleh Allah. Apabila Rasulullah dibawa ke BaitulMaqdis ia bermakna satu kesinambungan dan penerusan daripada ajaran Nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu yang diutus oleh Allah kepada manusia.

Apabila Rasulullah dibawa ke BaitulMaqdis ia sepatutnya memberi peringatan bahawa betapa pentingnya bumi tersebut kepada umat islam.Bumi BaitulMaqdis menjadi tersangat penting kerana ia menjadi tanah suci juga bagi dua agama lain iaitu yahudi dan nasrani.


Umat islam harus menyedari sekiranya bumi palestin bermandikan darah, bunuh membunuh dan zalim menzalimi seperti yang berlaku hari ini maka seluruh dunia juga akan berlaku kucar kacir dan permusuhan.

Lihat pada hari ini bagaimana umat islam seluruh dunia dianggap sebagai pengganas apabila bangkit menentang kezaliman dan penindasan yahudi.Seluruh negara kristian dunia menjadi sekutu rapat yahudi dan berada didalam keadaan mahu menerkam umat islam dan seluruh kekuatan senjata dihadapkan kearah umat islam.Yahudi berjaya menampakkan seolah-olah diri mereka dizalimi dan ditindas oleh umat palestin.

Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah Yahudi itulah yang merampas bumi palestin yang menjadi tanah air umat islam sejak berkurun-kurun lamanya. Yahudi juga tidak mengiktiraf hak umat islam keatas bumi palestin yang menjadi tanah warisan mereka dimana disitulah para nabi dan rasul dibangkitkan oleh allah.

Maka menjadi kewajipan keatas umat islam berjuang untuk membebaskan bumi palestin yang asalnya adalah milik umat islam. Ingat peristiwa Isra' dan Mi'raj maka ingatlah bumi Baitulmaqdis yang masih dicengkam oleh musuh Allah ini.

2 ulasan:

  1. Salam.
    Ramai umat Islam yang sudah lupa (atau mungkin juga ada yang tidak tahu) bahawa Baitul Maqdis adalah kiblat kita sebelum dipindahkan ke Mekah. Justeru Baitul Maqdis seharusnya memberi erti yang bukan sedikit kepada seluruh umat Islam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas kesedaran itu.Apa yang kita mahu ialah para ustaz kita menekankan kesedaran pada ummah kepentingan bumi palestin itu. Anak-anak remaja kita mesti disedarkan bahwa bumi itu adalah milik kita bersama bukan hak rakyat palestin sahaja.

    BalasPadam