Pengikut

Sabtu, 14 November 2009

HINI dulu ,kini TAUN pula .............

Penyakit taun diisytihar wabak di Terengganu


KUALA TERENGGANU: Taun kini diisytiharkan sebagai wabak di Terengganu apabila bilangan pesakit yang mengalami gejala muntah dan cirit birit kronik yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini meningkat kepada 56 orang semalam, berbanding 20 orang kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun setakat ini hanya tiga daripada pesakit terbabit disahkan mengidap taun berdasarkan analisis sampel yang dibuat, tetapi penyakit itu diisytiharkan wabak selepas kes kematian pertama dicatatkan kelmarin.

"Sebagai persediaan dan langkah pencegahan awal, beberapa hospital di daerah lain juga sudah diarah membuka wad isolasi bagi menangani wabak daripada terus merebak.


"Jabatan juga sudah menghantar beberapa pegawai melaksanakan kerja mengambil sampel dan mengenal pasti punca wabak itu berlaku bagi membolehkan kerja pencegahan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Dr Nordiyanah berkata, bagi memastikan wabak tidak menular dan dapat dikawal, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka tidak mendapat jangkitan.

"Langkah yang perlu diambil termasuk mengelak makanan yang sudah tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna, mengelak meminum air yang tidak dimasak, menjauhi premis perniagaan dan pengendali makanan yang tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan yang baik dan jangan makan makanan yang sudah terdedah," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di wad isolasi HSNZ semalam mendapati, pekarangan wad sesak dengan waris pesakit yang ingin melawat tetapi tidak dibenarkan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan hospital.

Sementara itu, waris pesakit, Wan Mohd Zaki Wan Abdul Rawi, 24, berkata dia akur dengan larangan hospital yang tidak membenarkannya bertemu ibu saudaranya di wad isolasi.


Kepada ibubapa yang anak-anak mereka akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM minggu depan pastikan mereka semua tidak membeli makanan yang dijual ditepi-tepi jalan. Janganlah nanti terpaksa mengambil peperiksaan diwad hospital pula.

20 ulasan:

  1. abu muaz:

    Salam..

    dalam pada memanjangkan berita mengenai TAUN, sempat lagi tu promote castrol.. ekekeke

    Waktu musim hujan ni, mempraktikan gaya hidup yang sihat tu patut dilaksanakan secara intensif. kebersihan keseluruhan hendaklah diutamakan, lebih2 lagi kebersihan diri dan juga makanan.. :))

    BalasPadam
  2. Taun mmg glamour di Kelantan dan Terengganu.
    Dikenali sebagai Thypoid.
    Antara nama bacteria yg ada dlm nais ialah

    SALMONELLA
    SALMONELLA TYPHI
    KLABSELLA
    SHIGELLA
    EDWARDSIELLA

    pendek kata ELLA dapat nm.

    BalasPadam
  3. gamoknya minum air tak benar2 masak kot....hehehe

    BalasPadam
  4. salam Abu Muaz.

    mudah2an tak merebak ke negeri2 lain pula.. dan mudah2an kpd yg terkena taun tu cepat sembuh. insyAllah.

    BalasPadam
  5. Di Terengganu penyakit ini dipanggil taun, TETAPI "taung". Gurau je Abu Muaz...

    BalasPadam
  6. saya panggil "cholera"...
    hiks..!!!

    BalasPadam
  7. Eh..tak tahu la pulak. Tie dok kat kuala berang..setakat ni tak de berita pun..

    BalasPadam
  8. assalammualaikum

    semoga sahabt2 kita di sana terjauh dari penyakit ini

    BalasPadam
  9. salam..

    ada terbaca berita ini.. pesakit telah meningkat kepada 56 orang semalam, berbanding 20 orang sangat membimbangkan tu tuan.

    tq singgah di setiap entri saya..:)

    BalasPadam
  10. org terengganu berhati2 ye..
    utamakan kebersihan anda!

    BalasPadam
  11. Salam,
    Ada hikmahnya eden tak dapat hijrah ke sana... tunggu taung selesai dulu kot... he he

    BalasPadam
  12. mamamin : benar sekali mama. Ni baru pusingan pertama banjir.

    BalasPadam
  13. cikcookie : hebat ELLA ni ya.....

    cikgu jang : tak sempat nak masak cikgu...banjir.

    BalasPadam
  14. Werdah : insyaAllah banyakkanlah berdoa.

    BalasPadam
  15. MyBabah : betul tuuu....taunggggg....dia ada makhrajnya tersendiri.

    BalasPadam
  16. yohteh : cholera tuan....jangan cholorox sudah..


    maiyah : harap-harap ianya dapat diatasi segera.

    Tie : lambat sangat dapat maklumat.....

    BalasPadam
  17. anaklaut: dah diistiharkan wabak.

    BalasPadam
  18. fadzilah : insyaAllah cikgu...


    ckg rash : nak tukar ke tidak ni? jangan main-main .... saya ada kabel ni!!!

    BalasPadam