Pengikut

Jumaat, 20 November 2009

tahniah anakandaku .................

tahniah di atas kejayaan anakanda

Salam tengahmalam. Hujan semakin lebat. Angin pun bukan similir(pinjam dari mama min) tapi kencang dan garang. Membuka dan membelek beberapa laman milik teman-teman maya. Akhirnya bertemu dengan coretan kl citizen. Haaaaa....... inilah perkara yang sama bermain difikiran aku.

Keputusan UPSR hari ini. Tahniah untuk anak nelayan,anak pemandu lori, anak penoreh getah , anak yang ketiadaan ibu dan bapa yang berjaya dengan cemerlang dalam upsr yang diumumkan hari ini.

Benar kata kl citizen bahawa banyak perkara yang perlu dipelajari oleh anak-anak kecil ini. Bagaimana jika harapan menggunung untuk memperolehi 5A tidak kesampaian. Usia semuda itu telah terbeban dengan harapan. 5A adalah lambang kejayaan. Lambang kecemerlangan. Lambang pelajar yang pandai.

Minitis airmata sampai ada yang bengkak matanya tak terduga .......... harapan tinggal harapan 5A gagal dicapai. Rasa kecewa pasti dirasai oleh anak - anak semuda ini.

Jam 9.30 pagi tadi aku menelepon anak keenam aku yang mengambil keputusan upsrnya. Tak dapat lagi ayah........ tapi dengar khabarnya sekolah kita niii (SRAB khairiah K.terengganu)..... seramai 21 orang memperolehi 5A dan 21 orang mendapat 4A 1B. Sekolahnya mempunyai murid tahun enam seramai 83 orang.

Wow..... hebat tuuuu...... kata aku memberi perangsang. Jam 10 pagi sekali lagi aku membuat panggilan.... dah tahu kebelum ? Belum kata anakku. Tapi aku menangkap sesuatu dari nada suaranya. Dah dapat tuuu.... uji aku. Belum....... ok..... tapi ayah punya perasaan kakak dapat 4A 1B kan?........ lama juga panggilan ku tak dijawab.

Dan dia akhirnya mengiyakan tembakan aku tadi. Ok.... tahniah kakak. Oklah tuuuu...... 4A 1B (subjek sains). Aku maklumkan padanya bahawa aku ke sekolahnya sekarang untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu bersama ibu.

Tiba disekolah ibunya terus memeluk dan menciumnya. Aku melihat titisan airmata jernih mengalir. Matanya merah.........

Aku membuat panggilan pada semua abang dan kakaknya untuk memberikan ucapan tahniah pada adik mereka. Moga semangat dan kekecewaannya terubat dan pulih kembali.

Semoga jiwa mu makin kental . 5a atau 5e bukan faktor penentu kejayaan atau kegagalan masa depan. ....masih banyak lagi halangan dihadapan.

30 ulasan:

  1. Tahniah! Bilangan A yang banyak tidak menjanjikan apa=apa jika tidak ada kesinambungan usaha. Tahniah dan penghargaan patut diberi kepada usaha yang dibuat bukan pada hasil yang kita dapat.

    BalasPadam
  2. salam...tuan,


    tahniah juga daripada anaklaut untuk anak tuan itu..4A 1 B tu sudah cemerlang, alhamdulillah..
    moga kejayaan ini memberi semangat buat anakanda tuan untuk terus maju dalam pelajaran..

    tanhiah sekali lagi..

    BalasPadam
  3. tahniah.. itu bukan akhirnya masih ada byk lgi peperiksaan yg akan ditempuh

    jadi keputusan ini adalah petunjuk cemerlangnya dia utk mnghadapi langkah perjuangan seterusnya

    BalasPadam
  4. salam abu muaz..

    tahniah buat anakanda abu muaz..tahniah jugak utk ayah dan ibu nya :)semoga dia terus melangkah dan cemerlang..bukan sja akademik, malah sahsiah dan peribadi muslimahnya..amin..:)

    BalasPadam
  5. Tahniah utk anak en Abu Muaz..kira ok lah tu..Semoga dia terus berjaya dan berjaya..

    BalasPadam
  6. upsr bukan sgalanye
    tp anak mmg harap sngt mahu
    so
    bapak2 kena la paham2 ye

    tahniah

    BalasPadam
  7. tahniah buat anak tuan dan tahniah juga utk tuan..semoga anak tuan lebih berjaya di masa akan dtg. Seronok lihat gelagat murid2 menerima result upsr semalam..mcm2 ragam.

    BalasPadam
  8. Tahniah! Anak yang hebat lahir dari ibu bapa yang hebat juga.

    BalasPadam
  9. tahniah kepada anakanda kekanda Muaz... bravo..!!!

    ***********
    ni nok coba jawab hok déme tanya:
    ...maksudnya nok buat "link" dalam ruang komen lah tu...? senang je..! mula-mula kena buka ruangan baru (new post) hok konon-konon kita nok buat posting/entry baru blog kita. ha ha... di situlah kita tulis apa-apa mende pun, "highlight" je mana-mana perkataan ("klik di sini" ke "klik di sana" ke atau "apa-apa" ke...) dan buat link macam biasa-biasa tu...(pahtu test skali dalang "preview"...) tapi kena ingat, tulisan tu dok payoh edit buat senget ke buat warna-warni ke atau pung wat wi jadi gemok ke... doksoh ar... tulisang biasa je...

    kamudiang...

    ...klik pada "edit HTML"... haaa... di situlah kita "copy" sereme skali "HTML code" tu dan "paste"kan ke ruangan "Catat Ulasan" atau pun "Comment" di mana-mana blog... pahtu test pulok dengan klik "pratonton"... kalu bereh baru klik "Catat Ulasan"...

    (doh hok "new post" tadi guanenyer..? payoh-payoh, delete aje dongggg...!)

    damakianglah adanya... acu-cuba-tra-test...!!

    p/s: ...sebelung tu kalu nok wi senang khije: pergi ke... > dashboard > settings > comments > ...bawahtu "comment form placement" tandakan pada "pop-up window" > bawah skali SAVE SETTINGS... (brase macang ge wat tusen doh pulok... he he...)

    BalasPadam
  10. tahniah .. kepada yang berjaya

    BalasPadam
  11. tahniah, sejambak bunga kepada anaknda abu muaz ye

    BalasPadam
  12. bersyukurlah kita...dikurniakan anak2 yang mendengar kata dan bijak2...apahal pun sama2 kita perbaiki hari ini...untuk yang terbaik di hari esok..tahniah.

    BalasPadam
  13. tahniah!!!

    budak2 zaman sekarang mmg ramai yg pandai2. i dulu 1A jerk, muahhahah dapat gak masuk u. dulu lain sekarang lain.

    tahniah pada anak, dan ayah yg berjaya dan bjawab pd anak2.
    terharu saya baca , caring tuh penting

    BalasPadam
  14. Salam..:):)
    Maaf yaa..lambat bagi ucapan TAHNIAH utk kakak..
    Tak tahu pula ..rupanya ank kita sama ambil resultnya semlm..:)

    BalasPadam
  15. Tahniah..utk anak mu..
    Berusaha lah terus bermula dari kejayaan ini..
    Bersyukurlah..

    BalasPadam
  16. bagi koi, pencapaian 4a1b merupakan pencapaian yg menjadi satu kebanggaan...satu permulaan untuk kejayaan yg gemilang di masa hadapan.

    BalasPadam
  17. assalammualaikum abu muaz

    maaf lambat mengucapkan tahniah buat keluarga ini.., kerana berusaha bersama menghiburkan si adik.

    BalasPadam
  18. wah...teringat zaman sy kecik2 ambik keputusan UPSR.hehe

    BalasPadam
  19. Tahniah kepada penulis dan keluarga. Jadikan kejayaan hari ini sebagai azimat untuk kejayaan lebih bermakna pada masa depan.

    Tahun ni Terengganu masih kekal yang terbaik ke?

    BalasPadam
  20. salam abu muaz,
    owh ada juga anak UPSR yer. tahniah ye..
    4 A 1 B, hebatlah tu.. tahun ni ramai yg sains dapat B yer.. mungkin soalan senang kot, grednya dinaikkan. Kak cik yg slalu dapat sains A pun boleh dapat B pulak kali ni...

    sekali lagi ucapan tahniah buat anak abu muaz..

    BalasPadam
  21. salam ziarah..
    waw heh heh mantap keluarga tuan hamba..
    kt kelantan hujan masih tidak berenti lg.... tp tidak la lebat.. air plak nmpak hampir menenggelami jln raya.. tp masih lagi dapat dilalui kenderaan

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. ...anak-anak..!
    usah bersedih andainya tak tergapai 5A...
    nun...!
    di suatu ceruk tanahair,
    seorang rakan kita sedang berduka meskipun...
    (kita ikuti kisahnya di sini... dan gambarnya di sini...)

    BalasPadam
  24. Salam Abu Muaz. Anak hamba ramai tetapi tidak ada yang cemerlang. Hanya hamba harap, walau pun tidak cemerlang dalam peperiksaan, mereka akan cemerlang dalam hidup. Dalam solat hamba tidak pernah lupa mendoakan perkara ini.

    BalasPadam
  25. Salam...

    Tahniah buat sdra dan anak

    BalasPadam
  26. Salam tahniah untuk anak itu. Insya-Allah dia sebenarnya telah memulakan langkah dengan cemerlang. Di sekolah anak saya juga 21 orang pelajar mendapat 4A1B dan mereka dapat B untuk mata pelajaran sains. Pelik juga apabila KPM mengumumkan peningkatan yang baik untuk mata pelajaran tersebut. Apa pun, saya juga mendapat 4A1B dahulu dan alhamdulillah ia bukan penentu kejayaan saya hari ini. Salam tahniah sekali lagi untuk anak tuan. Saya percaya, dia akan terus berjaya jika dia meneruakan usahanya, Insya-allah.

    BalasPadam
  27. yohteh : t.kasih atas info di atas.

    BalasPadam
  28. Kepada semua saya ucapkan ribuan terima kasih.Anak saya pun telah membaca semua komen ini dan insyaAllah akan dijadikan pedoman dalam hidupnya nanti.Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam