Pengikut

Selasa, 24 November 2009

jangan lupa guru kita..................


Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w telah melihat kehebatan agama Islam ini sebelum baginda wafat. Baginda telah berjaya menjadikan satu bangsa yang asalnya sesat, buta huruf, keras dan degil kepada menjadi satu bangsa terbaik. Bangsa contoh pada dunia.


Bacalah kisah-kisah bangsa quraisy ini setelah mereka memahami Islam sebenar. Rasulullah s.a.w telah membina keperibadian bangsa ini.Mereka muncul sebagai ummat terbaik.Mereka adalah ummat yang kuat berpegang pada syariat Allah. Mereka berakhlak Islam hingga mampu berdepan dengan kuasa besar ketika itu Rom dan Parsi. Ingatlah Rom dan Parsi ketika itu laksana Amerika dan Russia ketika ini.

Cahaya Islam tersebar keseluruh dunia hasil kerja keras dan kuat bangsa mulia ini. Walaupun ummat Islam kini mengalami kelemahan tetapi cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Penganut Islam semakin bertambah dan agama lain makin merosot serta makin hilang. Ideologi ciptaan manusia makin menujukkan kegagalan.

Janganlah kita lupa pada baginda s.a.w dan berselawat padanya tiap waktu dan saat. Disebalik keghairahan kita membaca buku-buku motivasi cipatan manusia sedarlah kita bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah pakar segala ilmu motivasi, pakar segala ilmu kesihatan, pakar dan ahli strategi perang dan sangat berkepakaran dalam ilmu kemasyarakatan . Banyak kisahnya yang perlu kita baca kerana di sana terdapat pelbagai ilmu yang mesti kita gali untuk dimenafaatkan pada anak cucu kita akan datang.

25 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz..

    selalunya kita bukan lupa, tapi.. leka dan alpa!

    BalasPadam
  2. Tuan, saya setuju dengan kak cik

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam Abu Muaz,
    berselawatlah selalu pasti hadirnya bahagia..insyaAllah

    BalasPadam
  5. salam abah..
    CC pun slalu bc buku motivasi tapi btl laa apa abah ckp.
    Nabi adalah yag lebih arif.

    BalasPadam
  6. tiada guru... tiada pula hal yg berarti dalam diri ini serta bangsa ini....
    kalau kita melupakan guru sama saja kita melupakan org tua kita, krana dialah org tua ke2 kita.

    BalasPadam
  7. ku sambut dengan salawat:

    Muhammad S.A.W.

    BalasPadam
  8. salam Abu Muaz..
    Rasulullah adalah segala2nya sehingga Yg Maha Pencipta iringkan nama Baginda sama didlm ucapan syahadah kita.

    BalasPadam
  9. salam....

    banyakkan selawat ke atas nabi junjungan besar kita...pasti Nabi tidak akan lupakan kepada kita di akhirat nanti..

    tuan, moga allah memberi rahmat pada tuan sekeluarga..amin.

    BalasPadam
  10. kisah nabi junjungan akan jadi semangat buat sy

    BalasPadam
  11. hah...! sekali nih baru betol... TAKBIRRR..!!!

    BalasPadam
  12. Benar..dan sedikit sekali mereka yg berfikir..

    BalasPadam
  13. Tanpa guru..hmmm..minda tak kan beralih..

    BalasPadam
  14. Salam Abu Muaz,

    Alhamdulillah, sekarang dah banyak buku2 yg mendedahkan perjuangan para rasul dan sahabat2 serta pejuang Islam yg lainnya. tugas kita sebagai mak ayah lah membimbing supaya generasi akan datang membaca dan mengambil iktibar.

    BalasPadam
  15. salam...
    huhuhuhu kawe gak.. kalo dgn tok guru kita.. jgn la.. kena hormat sungguh2... sebab tok guru kita berjasa besar

    BalasPadam
  16. suami pun guru combi jugak.sejak kawin byk yg combi belajar dari dia.mungkin kalau bukan kerana dia combi bukan combi yg skrg kerana combi ni jenis tak sabar dan sgt cerewet :(

    BalasPadam
  17. kakcik :betul tu kakcik.Leka dan alpa.

    BalasPadam
  18. um masyitah : memang begitu ummi. Berselawatlah atasnya nanti dia juga akan berselawat ke atas kita.

    Cik Cookie : baginda Rasulullah adalah model terbaik.

    BalasPadam
  19. Nanlimo : t.kasih


    mamamin : benar sekali mama......


    ummi humaira : baginda adalah segala-galanya.

    BalasPadam
  20. anak laut : t.kasih

    maiyah : syabas maiyah. sangat banyak ajaranya yang perlu dicontohi.

    BalasPadam
  21. yohteh : takbirrrrrrr!!!!!!


    Lana : memang sedikit orang yg berfikir dan bersyukur.

    BalasPadam
  22. relevan : betul sekali tuan.

    BalasPadam
  23. Werdah : betul tuuuu..... ajarkanlah anak-anak kita dengan kehebatan manusia yang terbaik ini.

    BalasPadam
  24. Cikgu Adham: benar sekali cikgu.


    echah syed : ya..... baguslah. Moga terus bahgia.

    BalasPadam