Pengikut

Ahad, 7 Mac 2010

bukan sekadar sebat .........

Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.

5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amien…
|

30 ulasan:

  1. Dunia kini makin serabut. Air disangka api. Api disangka air.

    BalasPadam
  2. Beliau cemerlang dalam akademik dan banyak pencapaian lain yang diperolehnya. Dikatakan tidak ada seorang Amerika pun yang menyamai kecemerlangannya.

    Orang Islam dianiayai oleh negara Islam sendiri.

    BalasPadam
  3. celaka sunggu amerika nih!!!!

    betul betul betul

    normal la kot kalau yahudi aniayai umat islam
    yang pelik nya

    orang islam di aniayai oleh org islam juga

    tq for sharing

    BalasPadam
  4. assalammualaikum abu muaz

    doa aafia akan saya aminkan , tiada hijab doanya sekarang
    doa saya juga untuk saudara2 mukmin kita semua
    semoga Allah beri kekuatan kepada kita dan terlebih lagi untuk Aafia.

    untuk musuh seagama kita yang menjual saudaranya,
    kita doakan kehancuran nya di dunia dan akhirat nanti. ameen.

    BalasPadam
  5. paparkan seluruh berita ini sekalipun, masih ada org yg mngaku muslim akan mmbutakan mata, memekakkan telinga dan menutup akal fikiran.

    cuba bygkan ini terjadi kepada seorg warga barat di sebuah negara islam atau timur. 1 dunia akan kata, mundurnya pemikiran dan budaya, terrorist dan mcm2 lagi..termasuk mungkin 1 negara binasa diserang tentera bersekutu.

    BalasPadam
  6. semoga beliau tabah menghadapi dugaan.balasan akan menyusul kpd umat islam yg menganiaya sesama umat islam

    BalasPadam
  7. pihak kafirun laknatullah tidak akan putus asa dan berterusan cuba memusnahkan Islam dan penganutnya. Namun dunia akan hanya dapat melihat dan mengeluh tanpa dapat berbuat apa-apa. Lebih malang, Islam memusuhi dan mengkhianati sedara islam sendiri. Tanda-tanda dunia akhir zaman.

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz,

    Pada zaman Nabi dahulu orang2 Yahudi takut kepada orang2 Islam sebab mereka benar-benar menampakkan kekuatan Islam, sekarang ni org2 kafir kurang dah rasa gerun kepada kita orang2 Islam. Mungkin kita orang2 Islam lemah daripada segi senjata tetapi sepatutnya kena kuat daripada segi kekuatan persatuan, tetapi olehkerana tak ada sepakat lihatlah apa terjadi. Sedih sangat tapi kak hanya mampu memanjatkan doa mudah2an kita semuanya terlepas daripda fitnah kezaliman orang2 kafir ini.

    BalasPadam
  9. Insan Marhaen :ini yg bahaya ni.

    BalasPadam
  10. Werdah :memanjatkan doa pun sudah jadi senjata kepada orang-orang yg beriman.

    BalasPadam
  11. DrSam :barangkali kerana kita ada organisasi bernama O I C

    BalasPadam
  12. Pacifist :amin , insyaAllah .

    BalasPadam
  13. piewahid ;umat islam kini laksana buih dilautan.

    BalasPadam
  14. a kl citizen: benar cikgu. doa orang-orang yang kena zalim tiada hijab disisi Allah.

    BalasPadam
  15. blueCITY® :negara yang mengaku Islam sangat takut kepada negara yang mengaku TUHAN, yakni AMERIKA>

    BalasPadam
  16. ZULKIFLI : negara dan umat Islam sedang membunuh saudara seagamanya sendiri.

    BalasPadam
  17. Ya Tuhanku...selamatkan hamba2 mu yg teraniaya ini. Selamatkan iman kami.

    BalasPadam
  18. ya Allah.. sebak.. begitu dia diuji

    BalasPadam
  19. CC xsuka bila jd mcmni.
    mcm xde tmpat nak mengadu.
    CC pernah nak join UNICEF,UNHCR laaa tapi bila pikir ini mcm negarur sebab yg di tolong bukan umat Islam tapi mcm ada kepentingan politik.
    slah 1nya islam yg teranaya

    BalasPadam
  20. *negarur

    typing error MENGARUT

    BalasPadam
  21. kesian dgn org yg tak bersalah...yg selalu sy terfikir knape kerajaan arab saudi tak pernah campur tangan dlm hal2 demikian.

    BalasPadam
  22. baru prasan arwah ayahanda tuan seiras wajah beliau dgn tuan :)

    ~keluar topik ni

    BalasPadam
  23. Kita tahu bahawa orang munafik ini tempatnya adalah lebih bawah dari orang kafir dalam neraka Allah.
    Pihak yg terlibat dari rakyat Pakistan yg menyebabkan muslimah ini terinaya sehingga begitu rupa akan mendapat pembalasan yg setimpal dgn kerja buat mereka.

    BalasPadam
  24. LanaBulu :benar tuan. Doa orang yg dizalimi tiada hijab disisi Allah swt.

    BalasPadam
  25. echah_syed :t.kasih sudi singgah.

    BalasPadam
  26. endiem :Amerika Dajjal abad ini.

    BalasPadam
  27. zue :apa nak diharapkan pada Saudi. Pengkalan udara Amerika pun dibenarkan sampai sekarang walhal perang teluk telah lama berlalu.

    BalasPadam