Pengikut

Rabu, 24 Mac 2010

kanak-kanak hari ini adalah...............

anak-anak kita sebenarnya tidaklah kurang apa-apa dari segi kebendaan atau keturunan tetapi yang salahnya ialah corak pendidikan yang mereka terima .

anak-anak hari ini adalah orang dewasa masa depan. Maka tujuan pendidikan mestilah bermaksud membentuk tingkahlaku baik supaya tingkah laku itu tersedia di dalam dirinya apabila tiba waktunya nanti dan akan mempengaruhi orang lain kearah kebaikan juga.

Satu hal yang kita tidak boleh silap ialah asas tingkah laku adalah bermula di rumah bahkan pendidikan asas juga mestilah bermula di sana. Pendidikan ini yang akan mempengaruhi jiwanya dan memandunya sepanjang hayat kearah kebaikan atau sebaliknya.

kebaikan tingkah laku yang dibina di rumah inilah yang akan membantu para guru bila anak-anak ini mula memasuki alam persekolahan.

jika sekiranya asas pendidikan yang baik tidak diterima di rumah maka para guru atau sesiapa saja tidak akan dapat berbuat apa-apa ...... dan kita hari ini sentiasa mendengar kejadian kanak-kanak dan anak remaja berkelakuan jahat..... dan tidak syak lagi adalah kerana kecuaian kita sebagai ibu bapa.

ibubapa kini barangkali terjelir-jelir lidah mengejar kebendaan...... hingga tiada waktu untuk makan,minum,bermain,bertegur sapa dengan anak-anak.

5 ulasan:

  1. dek sebab kita mengajar mereka erti kebendaan, jangan le kita menangis esok-esok bila mereka menunjukkan bagaimana cara menghargai kebendaan apakala kita memerlukan kasih sayang

    BalasPadam
  2. bermakna, kanak2/ remaja hari ini adalah cermin sebenar terhadap apa saja sikap/ dasar kita yang dulu...

    BalasPadam
  3. ibubapa kena amek perhatian lebih

    BalasPadam
  4. mmg kene jaga segala hal anak2 ni.. zaman skrg x leh lepa

    BalasPadam
  5. perlakuan anak2 adalah dari perangai ibu bapa juga.

    BalasPadam