Pengikut

Khamis, 8 Oktober 2009

diari usang............



Ini adalah diari usang milik aku tersimpan sudah 30tahun yang lalu . Ia ditemui kembali sewaktu mengemas rumah sempena hariraya baru-baru ini.


Diari ini adalah catatan hidup aku sewaktu alam persekolahan tahun 1979. Sewaktu aku berada ditingkatan lima.Macam-macam hal aku catat......



tarikh 14 disember 1979....... tercatat aku mengikuti lawatan sekolah selepas selesai mengambil spm ke singapura.



aku mengeluarkan simpanan biasiswa kecil sebanyak rm160 untuk dibuat belanja di singapura.Zaman tu biasiswa sebanyak 25 ringgit sebulan.Kira oklah. tercatat juga ibu memberikan wang kepada ku lima puloh ringgit dan dua ibu saudara ku memberikan sepuluh ringgit seorang untuk aku berbelanja diperjalanan...... jadi aku mempunyai wang sebanyak dua ratus dua puloh ringgit ke singapura....... nilai ringgit kita hebat waktu tu.... wang biasiswa ketika itu sangat-sangat dihargai dan cermat berbelanja. Maklumlah bukan senang nak dapatkannya. Aku terbayang pada anak-anak kita hari ini sangat mudah berbelanja menghabiskan wang pinjaman mereka.... beli handphone yg mahal, makan direstoran besar-besar..... keputusan peperiksaan habuk pun tak ada. Menghabiskan duit mak bapak sahaja.






helaian ini mencatitkan aku tidak solat subuh ........ bertarikh 1 julai.....






ini pula catatan perbelanjaan sebulan aku. Tak percaya bila aku membacanya semula. Belanja bulan tuuuu (jun 1979) sebanyak rm19.50..... aiskerim 40 sen....je sebatang. Air kotak dutchlady 50 sen je....




14 disember ..... jumaat kali pertama menjejakkan kaki ke singapura. solat subuh dan zohor dimasjid sultan . Dan itulah kali terakhir aku ke singapura.... sampai sekarang tak pernah pergi semula.



ini pula catatan perbelanjaan setahun aku berjumlah rm246.85 sen. Bukan dua ribu tuuuuu. .... dua ratus lebih sahaja...... kiralah setahun ada 365 hari.... tak sampai seringgit sehari.Waktu tu kesekolah menunggang basikal. Tingkatan lima pun berbasikal.... sekarang niii.... malulah semuanya naik bas atau bermotosikal.... atau mak bapak hantar dengan kereta.

..... wayang pergi juga tengok sekali-sekala.... harga tiketnya $1.25...... ada ditulis dengan nama cerita pula .... it a holy.....holiday.


yang ni pula rekod perbelanjaan aku ke singapura. Waktu tuuu berebut-rebutlah beli kasut jenama adidas. Aku beli juga sepasang berharga empat puluh lapan ringgit.
Dan tiket masuk zoo negara hanyalah 2 ringgit saja.
Catatan belanja bulan disember juga ada tertulis bayaran cabut gigi sebatang sebanyak 7 ringgit ...... hari ni berapa ringgit kalau sebatang gigi dicabut?



Dan aku memang peminat kumpulan Alleycat dan alicesound..... bulan tuuu.... aku beli keset mereka berharga 4 ringgit... sekeping.







Ini adalah catatan yang dibuat oleh manusia .....catatan yang mengembirakan saja banyak tertulis. Suatu hari nanti kita akan dibentangkan pula catatan amal oleh Allah yang maha penyayang dan maha pemurah itu. Apakah kita bersedia untuk menerimanya dengan tangan kanan kita? Catatan yang tidak dapat ditokok tambah lagi.......

25 ulasan:

  1. Salam, Syekh;
    Marilah kita sama-sama berhajat dan bertekad untuk mendapat catatan dengan tangan kanan supaya dengan hajat dan tekad itu, kita terus meninggalkan kejahatan.

    BalasPadam
  2. salam
    bila baca para yang terakhir ... ana tersentak!

    BalasPadam
  3. Salam abu Muaz,

    Kak pun rajin tulis diari tapi sejak setahun kebelakangan ni berhenti menulis.. sesekali lihat balik kita tahu apa yang kita buat.. ingat balik dan mengesankan hati kita.. benarlah sebesar zarah perbuatan kita tetap Allah balas.. semoga kita sentiasa memohon keampunan dpNya ALLAH YG MAHA PENGAMPUN< SUKA MEMBERI KEAMPUNAN...

    BalasPadam
  4. terasa perasaan tiba2 berubah bila membayangkan nanti segala catatan amalan kita dibacakan di hari perhitungan amal.....seramnya!!!

    BalasPadam
  5. Salam Abu Muaz..

    Teringat masa sekolah sampai sebelum kawin ada simpan diari tapi lepas kawin dah buang semuanya ntah mengapa bila membacanya seakan macam tak percaya dulu saya pun boleh tahan nakal juga..takut pula terbaca dek suami dia cemburu sbb dulu ramai kawan lelaki (kawan biasa jela) tapi ada juga menulis perasaan kita tntg berkenaan lelaki lain, almaklumla dulu banyak peminat hehehe (kebetulan ada sorang kawan lelaki itu pula sampai sekarang masa menjadi kawan baik) walaupun dah tak der lagi apa-apa perasaan sbb masing-masing dah berkahwin takut juga bila suami baca akan tersentap hatinya...jadi lebih baik hapuskan saja kenangan lama macam orang putih kata "let by gone be by gone"

    BalasPadam
  6. sekarang dah ada blog.. ehehe, nostalgianyerrr

    BalasPadam
  7. ~~rasanya menulis dalam kertas lebih memberikan keseronokan....

    BalasPadam
  8. Tie dulu memang suka tulis diary. Sekarang tulis blog pulak, hehe..

    BalasPadam
  9. Salam en Abu Muaz..penuh dgn sentimental value dairi usang ekau tu..mcm segala kenangan diBagan Pinang juge..he he

    BalasPadam
  10. salam abu muaz...selamat hari lahir bt abu muaz...semoga pjg umo..dan mndapat barakah dari-Nya..

    BalasPadam
  11. unik diari tu, kene simpan baik2 wat warisan pd anak2

    BalasPadam
  12. Salam ....waduh...bestnyer kalau chekdee dapat baca.....ukhusss...... harta lama....... boleh jual untuk dipamerkan di mezium tak.

    BalasPadam
  13. salam...tuan abu muaz,

    tuliskanlah kembali dalm blog apa yang tuan tulis tu..saya nak tahu jugak ni..

    p/s: ayat yng akhir sekali tu sangat menginsafkan saya..

    terima kasih tuan.

    BalasPadam
  14. sungguh nostalgik,
    mesti hati berbunga-bunga bila mengenang peristiwa silam,
    berkicau-kicau berlagu dan irama ria tak kurang syahdu sekali-sekala,
    apa-apa pun yang paling penting bahagian terakhir catatan itu memang mengesankan.

    salam ukhuwah fillah.

    BalasPadam
  15. Tuan zul : ya mudah-mudahan begitulah hendaknya.

    AL : sekadar peringatan untuk semua .

    Werdah : teruskanlah mencatat mungkin sangat berguna suatu hari nanyi.

    BalasPadam
  16. hai : insyaAllah kesmpatan waktu masih ada untuk kita terus beramal

    BalasPadam
  17. zai : kalau takut musibahnya lbih banyak dari kebaikan eloklah dilupuskan saja semua kenangan ... tapi sayang juga ya khazanah peribadi tuuu.

    BalasPadam
  18. yginsaf4 & e.indah & kulna: ,memang sangat sangat nostalgia.

    tie : zaman telah brubah. Dulu lain sekarang lain

    relevan : me kasih,me kasih....

    BalasPadam
  19. maiyah :ada lagi tu..... tungguuuuu kita minum dulu

    BalasPadam
  20. chedenoor : eh... sayanglah harta ni nak dijual.

    BalasPadam
  21. anak laut dan tinta : t.kasih. Memang banyak meninggalkan kenangan.Tuuuu... tak termasuk kisah cinta monyet.

    BalasPadam
  22. assalammualaikum

    saya jenis tak tulis diari

    tapi, kagum ngan abu muazz... kena simpan elok2 tu

    BalasPadam
  23. salam akhi Abu Muaz..
    selamat ulang tahun kelahiran juga dr ummi utk akhi , kira ummi ni pangkat adik sikit ler kot yer .tak sangka tarikh kelahiran kita sama pula.

    ummi malas tulis diari , awal2 januari jer ada catatan , pastu kosong sepanjang thn , sekarang ni ,bila awal tahun hubby ummi bw balik diari baru dr tmpat keje , terus kasi anak je , dah berusia gini ,malas menulis dah..

    tapi yg takut bila di akhirat nanti semua catatan diari malaikat ttg diri kita dibentangkan satu persatu , di mana kita nk larikan diri , masyaAllah.

    BalasPadam