Pengikut

Ahad, 4 Oktober 2009

kalau altantuya masih ada............



Maaf kerana tidak sempat mengadakan rumah terbuka. Kepada rakan-rakan dan teman mayaku aku mohon ribuan kemaafan jika ada tersalah, terkasar bahasa semasa berceloteh dialam maya ini.

Apapun untuk tidak menghampakan kalian semua aku coretkan diruangan ini satu resepi untuk dicuba...... harapanku semoga resepi ini adalah sebagai lambang rumah terbuka ku...... selamat datang rakyat satu malaysia .......


Daging Mongolia


Bahan-bahannya:

50gm sohon
minyak utk goreng terendam
2cm halia, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2 biji bawang merah,dicincang
350gm daging, dihiris nipis
1 biji bawang besar, dihiris
1 tangkai daun kucai
1 biji cili merah, dipotong berbaji
1 tangkai cilimerah, dihiris


bahan-bahan A

1/3 cawan air
2 camca teh tepung jagung
2 camca teh sos perisa tiram maggi
1 camca teh kicap cair maggi
1 camca teh gula
beberapa titis minyak bijian
garam dan lada sulah secukup rasa


cara membuatnya:
1.panaskan minyak didalam kuali dan goreng terendam suhon hingga garing selama 1/2 minit
sejat suhun dan letak atas pinggan hidangan.

2.keluarkan minyak hingga tinggal 2 camca besar saja.

3.tumis halia, bawang merah,bawang putih hingga kekuningan

4.masukkan daging , goreng hingga lima minit @ hingga masak

5.masuk sayuran dan masak hingga seminit . Kemudian masukkan bahan A . Masak hingga didih utk pekatkan kuah.

6.Sendukkan masakan daging keatas suhun dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi.

Hidangan ini untuk empat orang. ........ empat orang sahaja tau.


Selamat mencuba........ jika altantuya masih ada sudah pasti aku akan menjemputnya sekali kerumah terbuka ku.... mencuba masakan yang dibuat oleh rakyat satu malaysia ini. Malangnya beliau telah pergi meninggalkan kita terlebih dulu.

15 ulasan:

  1. lambang rumah terbuka ye! nak guna daging apa? saya tanya habis satu pasar Seremban, tak ada daging Mongolia !

    BalasPadam
  2. al lavendari : salam. daging biasa saja yg kita makan tuu..... cuma resepi ni bernama resepi daging mongolia.

    BalasPadam
  3. best jgk nampaknya resepi ni..blh la nk try jgk,..hehehe

    BalasPadam
  4. saya tgk resepi je...dah tau memang sedap..minyak bijan dan lada sulah tu memberi rasa yang ada umphh..tapi kalo guna daging rusa lagi best!!!
    kesian altantuya...nak buat camna x de rezeki ....!!!

    BalasPadam
  5. salam...

    saya pun nak jemput jugak tuan..:))

    tq singgah anaklaut.:))

    BalasPadam
  6. salam.. sy lak tak mkn daging dah skrg huhu

    BalasPadam
  7. "daging mongolia??"biar betull..nk makan nanti duk teringat-ingat plak cebisan daging2 yg meletup
    :p

    BalasPadam
  8. anak tumpat:cuba masak dulu.

    hai : memang best pun.

    anak laut:rugi kalau tak datang kerumah terbuka ni...

    maiyah: tak apalah nak buat cm mna kalau tak dapat makan daging resepi yg ada ni hanya utk daging sahaja.


    syahbandar: ni memang resepi betul. Dah namanya begitu.

    BalasPadam
  9. Salam,dapatkan info terkini gempa bumi di sumatera live dari media Indonesia
    http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html

    BalasPadam
  10. simple tapi menarik...

    alamak! daging kat rumah dah habis la pulak ... kena tempah tiket ke mongolia la nampak gayanye!

    sebiji cili merah dengan setangkai cilimerah tu tak sama, ya? oooo .. kakcik tau, satu tu capsicum (cili benggala) dan satu lagi cili merah biasa. Betul tak?

    BalasPadam
  11. kakcik seroja : tak payah ke Mongolia pun.... daging biasa je tu... cuma nama resepi tu dah macam tu. Resepi ni bukan saya cipta sendiri. Saya terbaca dimajalah jelita tahun 1992 keluaran september dimuka surat 153. Resepi ori. ni.

    BalasPadam
  12. bertuahnya dapat kawan2 blogger..bukan saja dapat ilmu tntg agama islam tapi ilmu memasak jugak..nie resepi abu muaz sendiri ke ?

    Terima kasih, nak mencuba jugalah satu hari nnti..

    BalasPadam
  13. Salam....tu dia punya resepi...dapat mana pulak tu...kat mongalia sana ke?

    nanti koi suruh bini koi cube masok ya...kot sedapppp

    BalasPadam
  14. zai : jauh perjalanan banyak pengalaman. Ramai kawan banyak pula ragamnya.


    cikgu jang: kalau dah masak jangan lupa jemput saya ya.

    BalasPadam