Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2009

Konvokesyen Pertama UDM......catatan lewat.

Tidak lewat rasanya untuk mencoret sesuatu diatas kejayaan anak kedua aku ini. Sepatutnya aku sudah menulis peristiwa ini pada julai yang lalu. Tapi oleh kerana banyak sangat peristiwa yang menarik berlaku dalam tanahair maka tertangguhlah hasrat itu.

Bila melihat majlis konvokesyen Yuna di UiTM dilaman Prof.Abdul Wahab Arbain baru aku teringat majlis konvo anak kedua aku itu. Istiadat konvokesyen kali Pertama Universiti Darul Iman yang diadakan pada bulan Julai yang lalu.



Apa pun tahniah diatas kejayaan anakanda. Usaha gigih dan belajar dengan smart akhirnya dapat juga mencapai impian ini.

Moga-moga yang kecil-kecil ini mengikut jejak abang dan kakaknya untuk menjadi manusia yang dapat menyumbang pada agama dan negara pada masa akan datang.

Tidak ada hadiah yang mahal-mahal untuk meraikan kejayaan itu cuma membeli satu laptop baru untuk mengantikan yang lama yang sudah keuzuran.

mak n ayah...
thanks a lot 4 da laptop.... i promises 2 stdy hard n smart... he..he .. luv both of u.
Catatan sms pd 28 julai 09 ini masih tersimpan hingga kini.

31 ulasan:

  1. Tahniah kerana sudah berjaya membuktikan bahawa anda bapa yang baik. Tahniah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Tahniah! Saya ni lambat lagi nak tengok anak konvo.

    BalasPadam
  3. salam...

    anaklaut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada anak tuan, segala susah payah, diiringi doa ayah dan ibu pasti membuahkan hasil yang membanggakan

    jua anaklaut mendoakan agar seluruh keluarga tuan dirahmati Allah swt selalu, diberi kejayaan kepada semua anak-anak tuan, dan berbahagia di dunia hingga akhirat..


    p/s: terengganu boleh menang mlm ni..selangor yg kuat pun kalah, ni NS..

    insyallah kita jumpa di Bukit jalil...

    BalasPadam
  4. anak laut :
    biar betul-betul tuan.Saya pun inginkan begitu. Nak tengok tok guru gi stadium bukit jalil pulok.

    BalasPadam
  5. tahniah yang agak lewat buat anak pakcik dari Cik Cookie.

    BalasPadam
  6. Cik Cookie : terima kasih atas ingatan ini.

    BalasPadam
  7. tahniah diucapkan walaupun ambe tidak mengenali..
    tapi kegembiraan turut dirasai bersama..
    hihi..

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz,

    Tahniah kpd Abu Muaz sekeluarga.. mudah2an dipermudahkan sgl urusan dan sentiasa diberkati Allah.. Amiin

    BalasPadam
  9. salam abu muaz,
    tahniah dr saya buat anakanda abu muaz yg dah konvo di UDM. Anak kedua saya pun disana, baru p julai baru ni.

    salam buat zaujah...

    BalasPadam
  10. salam,

    tahniah buat ayah dan anak
    heeeeeeee

    BalasPadam
  11. tahniah buat tuan sekeluarga..
    bestnya dapat hadiah laptop..saya dah keje baru mampu beli.huhuhu

    BalasPadam
  12. Salam en ABu Muaz..
    Tahniah untuk rodong..berjaya mendidik anak..

    BalasPadam
  13. Siti : terima kasih . Ibunya juga sangat besar sumbangan membesarkan anak-anak.


    Tirana : t.kasih. Akan tiba waktunya nanti.

    Sharamli : t.kasih

    BalasPadam
  14. Duan : bila balik malaysia hubungi saya.

    Werdah : t.kasih atas doa itu.

    BalasPadam
  15. MamaModen :
    3 tahun tak lama. Anak saya pun masih sambung pengajiannya diUDM dibidang Pendidikan Islam.

    BalasPadam
  16. blueCity : untuk ibunya sama. Tanpa ibu siapalah kami ini.


    fadzilah : anak zaman sekarang cikgu.

    relevan : t.kasih tuan.

    BalasPadam
  17. Salam.. Alhamdulillah.. bukan balasan emas dan permata yang bertimbun diharapkan dari anak.. cukup sekadar melihat kejayaan mereka merupakan hadiah paling besar dalam hidup kita.. tanhiah saudara Abu Muaz berjaya menddik anak2 hingga mengecapi kejayaan. insyalaah kita mengharapkan mereka berjaya dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  18. salam...tuan,


    rezeki kelantan ada lagi ke Bukit Jalil,
    saya pasti akan ke sana,
    lagipun seremban ke Kl 1 jam perjalanan.

    tak sabar nak lihat kelantan mencipta sejarah setelah 40 tahun tidak mengulanginya.

    BalasPadam
  19. salam sdr abu muaz
    terimakasih kerap singgah di tempat saya memberi kata2 yg menyejuk rasa.
    tahniah buat anak sdr abu muaz..saya doakan semua anak2 sdr berjaya dlm kehidupan mereka di dunia dan akhirat..bertuah anak2 punya ibubapa sprt sdr dan isteri dan sdr suami isteri bertuah memiliki anak2 begitu..
    saya juga berharap anak2 saya akan jadi yg sempurna didunia dan akhirat jua.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah...

    Kita tumpang gembira.

    BalasPadam
  21. better late than never. saya pun terlambat untuk ucap tahniah kepada abu muaz kerana berjaya membesarkan anak sehingga mendapat ijazah.

    BalasPadam
  22. tahniah.. bleh snyum lebor le abahnyer

    BalasPadam
  23. yoh teh : terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  24. Anak tumpat : sangat benar kato demo tuuuu

    BalasPadam
  25. anak laut :selamat datang ke bukit jalil

    BalasPadam
  26. Idalara : insyaAllah semoga anak-anak kita semua selamat didunia dan selamat diakhirat nanti.

    BalasPadam
  27. Tie : t.kasih

    allavendari : t.kasih kerana sudi jenguk dan singgah disini.

    maiyah : t.kasih atas ingatan ini.

    BalasPadam