Pengikut

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tinggal sehari lagi ,,,,,,,, Bagan Pinang

Salam. Tinggal satu hari lagi rakyat Bagan Pinang akan membuat pilihan. Pengundi-pengundi pos telah selamat menunaikan tanggungjawab mereka. Pelbagai janji sudah ditaburkan. Rakyat sudah tahu parti dan calon mana menjadi pilihan.

Persoalannya adakah janji-janji pembangunan mampu mempengaruhi minda pengguna? Apakah persoalan moral dipandang serius oleh pengundi dikawasan ini? Sudah lebih seminggu rakyat dikawasan ini agak terganggu kehidupan harian mereka.

Apa pun para peniaga bertepuk tangan dan senyum melebar dengan kedatangan ramai pengunjung dari luar. Kedai-kedai makan masih rancak walaupun jam menghampiri 3 pagi. Rezeki jangan ditolak tapi harga janganlah melampau sangat. Wa tolong lu , lu tolonglah sama gua juga.

Selamat membuang undi dan didoakan semoga semuanya berfikir dalam kewarasan semoga tiada perkara buruk berlaku. Duda atau terunakah yang jadi pilihan????

5 ulasan:

  1. Salam en Abu Muaz..Harapan kawan biar lah warna2 hijau kan memenuhi ruang diBagan Pinang..warna hijau penuh dgn aura yang tersendiri.. :)

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz,

    Semoga Allah menyinarkan Nur.. Amiin

    BalasPadam
  3. Selamat berjuang wahai perwira dan serikandiku... ALLAHUAKBAR...!!!

    BalasPadam
  4. selamat mengundi pd mrk, moga buat pilihan yg bijak

    BalasPadam
  5. Semoga para pengundi bijak membuat pilihan...

    BalasPadam