Pengikut

Jumaat, 16 Oktober 2009

Seronoknya bersama kamu semua........


Waktu untuk bersama dengan kesemua anak-anak sangat sukar diperolehi kini. Masing-masing dengan kesibukan tersendiri . Kesempatan mandi-manda bersama dengan mereka semua pada syawal yang lalu sangat menyeronokkan. Waktu sangat cepat berlalu. Kini mereka semua sudah mulai meninggalkan kita bersendirian dirumah. Barangkali inilah juga perasaan yang dirasai oleh ibu dan bapa kita selama ini.











Kami ketaman pertanian sekayu Kuala Brang Terengganu pada 5 syawal yang lalu. Kejernihan air terjun dan kehijauan alamnya menyejukkan mata memandang. Tempatnya pula jauh dari kesibukan dan kebisingan kota.




Keindahannya masih kekal . Biarlah ia terus kekal begini untuk anak-anak kita akan datang. Janganlah zikir pembangunan meragut kesemua tempat-tempat menarik ini.





Semua balatentera aku berkumpul pada syawal tahun ini.
(sembilan campur dua samajuga satu team bola)


Yang kecil ini pun tumpang sekaki berseronok.






Anak dara aku sibuk bergaya, pantang ada kamera ......





yang niii..... sudah kebekuan..... dari pagi duduk menyelam.




Semuanya sudah kesejukkan.




Awas!!! disebalik keseronokan ada bahaya menanti. Fenomena Kepala air. Sudah banyak nyawa melayang. Tapi jika anda mendengar nasihat insyaAllah semuanya selamat. Apalagi jemputlah bertandang bersama keluarga. Chalet pun banyak terdapat disini. Daripada menghabiskan wang keluar negara lebih baik melancung dan berehat dalam negeri sendiri tetapi waktu sekarang sudah tidak sesuai lagi untuk kesini kerana musim tengkujuh sudah bermula.


Kepada anda semua yang masih mempunyai ibu dan bapa hargailah mereka sementara mereka masih bernyawa. Jadilah anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka jika mereka sudah meninggalkan alam ini. Kepada ibu bapa pula sayangilah anak-anak anda kerana ia adalah amanah dari Allah untuk kita .

16 ulasan:

  1. salam....tuan,

    kenangan bersama family pasti meninggalkan kenangan terindah dalam memori tuan kan?

    terima kasih sainggah anaklaut..:)

    BalasPadam
  2. seronok budak-budak masih ada mak bapak...
    kita budak tua baru je yatim-piatu... hu hu hu...!!

    BalasPadam
  3. anak laut : tuan bila lagi?

    yohteh : lumrah alam ..... begitulah. Nanti kita pula yang akan pergi.

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz,

    Baca N3 ni terkenang2 zaman sekolah rendah, zaman remaja dan zaman muda2 ketika masih berpeluang mandi manda di sungai.. indah dan seronoknya.. ini sungai di dunia..

    Selalu juga dpt tengok kepala air.. ada juga 2 kali dalam sungai semasa kepala air tu nak tiba tapi sempat naik ke tebing alhamdulillah.. dan sangat selalu harung air banjir "Air Dalam" bila nak balik dp sekolah..

    Baru2 ni raya ke lima kami ke sungai di felda sg kelah.. tapi kak dapat tengok je lah cucu2 mandi.. sekejap je pun sbb tak dpt duduk n berdiri lama-lama.

    BalasPadam
  5. salam tuan..
    sukanya anak2 tuan bermain air tu , kalu boleh tak mau naik ke darat gak nya.

    terkenang pd mak ummi kesorangan dikampung.
    begitu ler lumrah alam , tp anak2 ummi masih bersama serumah lg , lum terpisah lg .

    terbayang camna kalu ummi tinggal sorang2 nanti . tu pun kalu panjang umur , kalu tak pun tinggal sorang2 dlm kubur ... hai seram ..takut amal nipis sangat

    BalasPadam
  6. Hutan Simpan Sekayu sangat menarik. Tapi sekarang banyak berubah kalau dibandingkan tahun 1998 dahulu. Saya selalu pergi bila balik kerumah to'ki di Wakaf Tapai.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Seronoknya.., suatu ketika nanti kami kan mengunjunginya jua, insyaAllah.
    Tapi, diri ini lebih menggemari air laut yang masin dan penuh dengan misteri...
    T/k singgah teratak kami...

    BalasPadam
  8. air terjun, seronok untuk mandi manda, sejuk.

    BalasPadam
  9. Salam. Benar, sangat benar sekali kata-kata tuan itu. Masa terlalu cepat meninggalkan kita. Serasa baru semalam saya menjadi anak gadis emak dan abah, kini sudah bergelar ibu. Wah, meriahnya keluarga besar tuan!

    BalasPadam
  10. Besar fmily bapak.Cik Cookie 10org semuanya.lebih bapak sorg.heheheehe

    BalasPadam
  11. assalammualaikum

    bestnya berkeluarga besar

    BalasPadam
  12. werdah : Allah janjikan pada kita dengan sungai yang mengalir nanti.

    ummi : akan tiba waktu dan saat itu nanti.

    BalasPadam
  13. Izzuddin : memang banyak juga berubah. Udara sudah tak sesejuk dulu.

    Rashidah :air laut tak sama dengan air terjun yang lebih memukau. Apapun semuanya kejadian Allah belaka.

    BalasPadam
  14. Marni : terima kasih kerana singgah.

    Cik cookie : keluarga yang cc bina sendiri pula bila ya?

    al kitizen : memang best dengan pelbagai ragam.

    BalasPadam
  15. salam,
    bila anak2 dah semakin besar, bila masing2 dah mula mrantau mencari ilmu & rezeki masa mereka bercuti adalah hari yg kita tunggu2. rasa singkat sangat masa cuti mereka rasanya, sedar tak sedar cuti dah habis..

    BalasPadam