Pengikut

Sabtu, 6 November 2010

citarasa yang sama....

rupa-rupanya tabiat kita manusia akhir zaman ini banyak dipengaruhi oleh tindak tanduk dan perilaku masyarakat jahiliyyah dahulu.

bila bajet dibentang nak bina mega tower yang berharga billion-billion ringgit itu semua orang terkejut... hanya yang bodoh sombong saja bergembira.

rupa-rupanya bangsa dan kaum terdahulu suka benar medirikan bangunan-bangunan yang tinggi dan besar-besar.
kaum Aad misalnya, tapi anak cucu kita tak kenal rupa bangsa kaum ni... tak diajar di sekolah mungkin... itulah yang ramainya anak-anak muda dikatakan buta sejarah.

kaum Thamud....

kaum firaun.....

kaum Aad nii... rupanya mempunyai kepakaran mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit. Mereka ini pakar dalam selok belok memahat batu-batu pejal untuk dijadikan tiang -tiang dan pasaknya. Pendek kata jauh panggang dari api la kalau nak dibandingkan dengan kontraktor-kontraktor binaan kita kini.

kaum Thamud pula mempunyai ilmu membelah bukit-bukau. ... belah bukit zaman itu bukan pakai mesin . Bukit dipahat dan dijadikan bilik-bilik yang diukir dengan ukiran yang indah- indah. Memang kaum ini mempunyai nilai seni yang tinggi.

satu kaum lagi kaum Firaun... ni juga hebat. Bala tenteranya tak tertanding oleh tentera Amerika dan Israel hari ini. Kaum ini membina kubur yang tinggi seperti bukit dengan disusun batu-batu yang besar untuk dikebumikan mayat-mayat firaun yang telah mati.


semua kaum itu sangat berbangga dengan tamadun dan bangunan yang tinggi-tinggi lagi hebat. tetapi Allah mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang zalim kerana melakukan maksiat dan kejahatan. mereka semua itu bukan saja menyalahguna harta yang diberi Allah tetapi kufur terhadap agama dan nikmat yang diberi Allah. Mereka meninggalkan rakyat dalam kemiskinan dan penderitaan.

6 ulasan:

  1. salam...

    semua nak nama dan kebanggaan....

    BalasPadam
  2. x bwk kemana.. makin maju makin mundur iman :(

    BalasPadam
  3. Salam tuan...
    apa ada pada nama kalo maksiat sentiasa berluasan...baik prihatin kepada pengcegahan maksiat dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar2nya semoga anak cucu kita nanti mendapat faedahnya.

    BalasPadam
  4. sekamar rindu : kebanggaan atas penderitaan orang lain cikgu.

    BalasPadam
  5. maiyah :benar maiyah... iman makin rendah bangunan je yang tinggi

    BalasPadam
  6. Cikgu Jang :mereka tidak berfikir demikian cikgu.

    BalasPadam