Pengikut

Jumaat, 12 November 2010

dua batu besar.....




Salam jumaat..... penghulu segala hari.


saya terbaca satu tulisan oleh seorang penulis barat...

seorang orientalis barat yang mempelajari Islam bertujuan unuk menghentam Islam menyatakan bahawa

"walaupun kuasa-kuasa penjajah Barat yang mempunyai ketumbukan tentera yang hebat berjaya menakluk dunia Islam yang luas, berjaya menjatuhkan kerajaan-kerajaan umat islam dan meletakkan negara islam itu di bawah jajahan mereka, namun mereka (Barat) tidak akan berjaya menghapuskan agama Islam kerana di sana ada dua batu besar yang sangat keras menghalang bala tentera Barat dengan armada perang mereka" .

Jika armada perang barat itu menghampiri kedua batu pejal itu bukan sahaja mereka tidak mampu memecahkan batu yang pejal itu tetapi kapal perang Barat itu yang akan pecah.

Dua batu pejal yang keras dan pejal itu ialah Al Quran dan Mekah al Mukarramah. Selagi ada al quran dan Mekah .... Barat tidak akan dapat menewaskan Islam.

Sesungguhnya Allah telah memilih kita kepada satu agama iaitu Islam maka janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam.

2 ulasan:

  1. salam...tuan,'

    hidup dan matiku hanya untuk Allah swt..moga Allah swt memberi rahmat pada tuan dan keluarga...amin

    BalasPadam
  2. kawan-kawan IM yang join grup Hidayah Centre ( IKRAM )selalu dapat mengislamkan ramai orang.

    teringin IM join mereka itu.

    hujung minggu ini mereka akan buat program ziarah pesakit di hospital pulau pinang. mereka bawa pelajar sekolah tahfiz untuk bacakan doa kepada setiap pesakit yang akan mereka ziarahi sekalipun yang belum islam..

    BalasPadam