Pengikut

Selasa, 9 November 2010

kita adalah umat yang kuat...

Bulan haji kini,
jutaan umat Islam sedang dan sudah pun berada di Mekah .


Allah memerintahkan umat Islam yang beriman dari seluruh pelusuk dunia yang berkemampuan berhimpun di sana untuk menunaikan ibadat haji dan menyahut seruan Allah.


Di sana mereka semua akan mengadap tuhan yang satu,
kiblat yang satu,
dan akan dikembalikan dihari akhirat.


Di sana tidak ada beza antara raja dan rakyat,

pemimpin dan pengikut,

kaya dan miskin,

berkulit hitam dan putih,

itulah kesatuan dan perpaduan manusia yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. atas dasar inilah umat Islam akan menjadi mulia, umat yang kuat dan gagah kerana ibadat haji menyedarkan kita semua bahawa kita adalah umat yang besar dan kuat.

8 ulasan:

  1. Salam Abu MUaz.

    FirmanNYA yang bermaksud:

    "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin". (Al-Hajj [22] : 27 - 28)

    BalasPadam
  2. salam..tuan,

    moga tetamu2 Allah semuanya mendapat haji yg marbrur..amin

    BalasPadam
  3. Insan Marhaen :insyAllah akan tiba juga masanya

    BalasPadam
  4. Adlina Husaini :salam dan selamat datang

    BalasPadam